Bawalah anak kecil anda ke taman permainan
Secoret pengalaman untuk dikongsi dgn pembaca budiman, sewaktu kecil, dihujung minggu, ayahanda sering membawa kami dua beradik ke Taman Tasik Titiwangsa. Apabila terlihat helmet kecil dikeluarkan olehnya, tahulah kami, ayahanda nak bawa kami kesana, ohh..riang tak terkata!
Pendapat lana, membawa anak2 ketaman adalah antara langkah terbaik untuk ibubapa mengembangkan potensi fizikal, mental dan sosial secara seimbang antara ketiga2nya dalam diri seorang anak.
Fizikal misalannya, bermain buaian, jongkat-jongket, papan gelongsor, berlari kesana sini. Itu saja sudah cukup membuatkan anak anda berpeluh2, kan sihat badan camni? Takdala duduk depan komputer berhari2.
Mental pula bagaimana? Anak2 akan didedahkan dengan persekitaran luar, lain dari apa yg dilaluinya bersama keluarga dirumah. Dia akan melihat pemandangan, perkara2 baru dan asing baginya. Bila dah asing, sifat ingin tahu pula meninggi. Saya pasti ibubapa bakal ditujah soalan bertubi2. Jadi, jawablah pertanyaan mereka secara kreatif dan kendiri. Kendiri? Mungkin anda boleh meninggalkan persoalan kecil untuk mereka fikir dan jwb sndiri.
Sosial. Dalam sibuk bermain, pasti sedikit sebanyak mereka akan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat, dari yg sebaya hingga ke warga tua. Ambil kesempatan ini, utk mendidik mereka berkenaan cara pergaulan, menghormati sesama insan, tatasusila serta berbudi bahasa.
- Sayangi anak, penuhkan mereka dengan ilmu didada, bukan di kertas peperiksaannya -
Comments
Taman permainan penting sangat, kat Mesir ni sepanjang am duduk 4 tahun sini rasa ada satu je yg jumpa, tu pun kotor dan kecik sangat.
Budak-budak sini pun main bola dekat jalan raya sebab takde padang,tanah limited.
Last-last dah besar main bola power gila :P
skang ni kalau ada ibubapa nak buat, kena jaga molek2 la anak2 tuh...jngan kerana 5 saat, menyesal x sudah :)