Apa hukumnya menyebut, menaip Al-Fatihah?


Err..lana ada kemusykilan la..tapi tak tahu nak tanya siapa. Hehehe, tetiba terlintas sebentar tadi.

Kalau anda perasan, didada akhbar, ataupun lebih senang dialam maya, apabila kita membaca cerita/kisah/entry yang berkaitan pemergian saudara seugama kita kealam barzakh sana, dipenghujungnya, mesti penulis akan menulis lebih kurang seperti ini, "Al-Fatihah buat arwah ....". Kita pula yang membacanya, secara spontan mesti sebut perkataan yang sama dihati, paling tidak dimulut dengan nada perlahan. 

Apa hukumnya ya kalau kita yang menulisnya, BUKAN SEDEKAHKAN AYAT2 SURAH AL-FATIHAH tu pun, sebaliknya cuma sedekah PERKATAAN AL-FATIHAH tu sahaja?

Bagaimana pula dengan yang membacanya? Sekadar menyebut perkataan Al-Fatihah, bukannya menyebut ayat2 surah Al-Fatihah?

SAYA TAKNAK JAWAPAN "Mungkin mereka baca dalam hati". 

Rasa macam soalan pun salah,heh3. Ada sesiapa boleh tolong?


Comments

Nour Adieb said…
Maybe dorang baca surah al-Fatihah dalam hati..nice entry,sy pown tak pernah terfikir hal ni
Yumida said…
tambahan lg sis: ape hukum klo taip perkataan al-fatihah..tp x blh baca means yg dtg bulan
Fid"s said…
saya tak pasti..
cik lana tanye ustaz lah ye
Cik Kay Jue said…
ckj pun tertanya2 juga ni.. kalau akak da dpt tau jwpn infm ckj tau!
ary_lee said…
Urmmmm... Kalau sedekah al fatihah,xpe rasanya..
ary pun kurang arif^^
En. Nasrudin said…
mungkin penulis...hnya sekadar menulis untuk memperingatkan kita supaya sedekahkan al-fatihah...

fikir positif...:)
caliph shuriken said…
kebiasaannya, kita akan baca surah al-fatihah selepas perkataan itu...
Muttallif said…
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih : Riwayat Imam Ahmad)

Persoalannya,
1. Jika Al-Fatihah hanya dengan menyebut "Al-Fatihah", apakah tujuan sebenar menyebut surah tersebut?

2. Adakah Pahala sedekah untuk Al-Fatihah akan sampai kepada Si Mati apabila kita membacanya sedangkan pahala beliau telah terputus kecuali 3 perkara tersebut diatas?

Justeru, ucapan yang paling baik adalah dengan mengucapkan "Inna-lillahi Wa-inna lillahi Rajiun"

"Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya Kita Kembali"

p/s : Cari dalam google memang ada yang membahaskan tentang perkara ini.

Sama-sama mencari ilmu.
Unknown said…
Yang saya faham dan aplikasi bila macam ni, selepas baca atau dengar " al-fatiha" segera baca dalam hati bertafakur seketika sertai niat ..kepada arwah. Wallahualam.Tq kepada yg memberi pandangan.
Sis AI said…
Sbnrnya, bila dlm artikel mnta sma2 sdekah, trpulang la kat kita. Dah kita bca artikel tu, mstilah kita takkan tau tiba2 kna sedekah Al-Fatihah ke tak.

Klu kita ikhlas nk sedekah, bacalah al-Fatihah spenuhnya. Klu kita taknak, ckup la dgn Innalillah.

Klu sekadar sbut Al-Fatihah pun tak smpai ke mana. Mstilah lengkap dgn ayt2 dia..

Isu ni byk pndangan sbnrnya. Klu nk tolak sedekah ni, ada pndangan kata boleh. Ada pndangan kta tak boleh. Kita ikut la mana yg kita rsa baik..
Cik Azz said…
Hari tu pernah nampak kat fesbuk pasal ni..

Ada yang bagi pendapat, katanya sebaik-baiknya kita baca surah Al-Fatihah tu sepenuhnya dan bukannya sekadar menulis perkataan itu sahaja..

Tapi, kita yg mengomen ni selalunya tulis al-Fatihah je dan bacalah dalam hati surah tu dengan niat untuk sedekahkan kepada si mati.. Kalau ada yang letak nama si mati lagi senang untuk kita sedekahkan surah al-Fatihah tadi..

Wallahu'alam...

Kita ikut mana yang baik je la, ya tak..? Yang penting niat kita tu betul dan ikhlas.. :)
coklat susu said…
ha'a la sis..x trpikir plak sy..hihi anyway law dh tawu ans inform sy ley law x keberatan..hihi thnks :)
mujagirl92 said…
datang sini dalam kesibukan berassignment,, tak tau la nak jawab,, hehe
Apai said…
hah betul la tu yg sedara Etuza gtau tu..customnya camtu la..tp yg ko tanya ni lebih kpd soklan persepsi org zaman sekarang kn kn?

Kalau sebut Al Fatihah je xbg ape ape effect kt si mati,kalau baca tu mungkin la ada kebaikan kepada si mati.

walaubagaimanapun , ade beberapa analisa pulak pasal pahala baca quran tuk si mati tidak sampai / sampai kepada yg dh mati

sila rujuk sini

http://www.masjidnegara.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=516:hukum-benarkah-tidak-sampai-pahala-bacaan-al-quran-kepada-orang-islam-yang-meninggal-dunia-&catid=27:ibadah&Itemid=44

kesimpualnnya, baca la al fatihah tu, jgn sekadar sebut je..the end doesn't justify the mean.

Doa kita yg hidup ni penting kpd yg dh mati tu.
Pemimpi Tegar said…
'' Semalam adalah sejarah yang tidak dapat dipinda. Esok adalah khayalan yang belum nyata dan hari ini adalah kenyataan dan penentu siapa kita ''.

Salam ziarah dr Agunci. :)
APAN said…
pernah baca orang naikkan isu ni sebelum ni...hukum kalau tulis saja tp x baca tu xtau la. kena tanya ustaz azhar la pasni kot. sebab jwpn dia paling bes. harapnya...dorang baca la, bukan sekadar tulis supaya orang balas komen dia. haha...
kerisperak said…
pd sy die tulis al fatihah shja sbb dkhuatiri nk salin tulis surah alfatih sepenuhny akan ade kesalahan ejaan mahupun tanda baca.. smpai atau tidak pahala/sedekah bacaan surah Al fatihah kpd arwah itu urusan Allah.. ape yg baik utk kita dn mdatangkn pahala terutamanya utk diri sndiri ape salah membacanya jika ianya xsmpai kpda arwah, ianya smpai (pahala) dhati masing2 yg masih hidup.. Fadhilat membacanyakn bnyk..
eelobor said…
"....Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

(surah Al-Baqarah ayat 155-156)

Anonymous said…
1) Saya selalu pesan pada rakan2, kalau baca berita kematian n keluarga arwah mohon hadiahkan AlFatihah...saya akan post ayat alfatihah dari screen shot dari Apps..Al Quran kat grp tu. Hrp2 yg lain membaca sambil niat sedekah kat arwah. Kalau xsempat pun sy baca alfatihah dulu baru tulis. Kalau beribu comments smua tulis aje alfatihah, tapi tak baca xsampai hadiah tu pada arwah. N arwah pun tak sempat dah nak scroll utk ucap terima kasih atas tulisan Al Fatihah kita tu..:-) :-)

2) CC: Yumida. Masa datang bulan xsalah kita baca ayat lazim, Al fatihah, surah dr Al quran yg kita hafal, banyakkn zikir...cuma tak boleh solat n pegang Al Quran saja. Ada buku pasal amalan wanita ketika haid. Antaranya...Tajuk Buku: Buku Amalan 24jam Wanita Haid, tulisan Fahrur Muis.

Popular Posts