Apa hukumnya menyebut, menaip Al-Fatihah?
Err..lana ada kemusykilan la..tapi tak tahu nak tanya siapa. Hehehe, tetiba terlintas sebentar tadi.
Kalau anda perasan, didada akhbar, ataupun lebih senang dialam maya, apabila kita membaca cerita/kisah/entry yang berkaitan pemergian saudara seugama kita kealam barzakh sana, dipenghujungnya, mesti penulis akan menulis lebih kurang seperti ini, "Al-Fatihah buat arwah ....". Kita pula yang membacanya, secara spontan mesti sebut perkataan yang sama dihati, paling tidak dimulut dengan nada perlahan.
Apa hukumnya ya kalau kita yang menulisnya, BUKAN SEDEKAHKAN AYAT2 SURAH AL-FATIHAH tu pun, sebaliknya cuma sedekah PERKATAAN AL-FATIHAH tu sahaja?
Bagaimana pula dengan yang membacanya? Sekadar menyebut perkataan Al-Fatihah, bukannya menyebut ayat2 surah Al-Fatihah?
SAYA TAKNAK JAWAPAN "Mungkin mereka baca dalam hati".
Bagaimana pula dengan yang membacanya? Sekadar menyebut perkataan Al-Fatihah, bukannya menyebut ayat2 surah Al-Fatihah?
SAYA TAKNAK JAWAPAN "Mungkin mereka baca dalam hati".
Rasa macam soalan pun salah,heh3. Ada sesiapa boleh tolong?
Comments
cik lana tanye ustaz lah ye
ary pun kurang arif^^
fikir positif...:)
(Hadith Sahih : Riwayat Imam Ahmad)
Persoalannya,
1. Jika Al-Fatihah hanya dengan menyebut "Al-Fatihah", apakah tujuan sebenar menyebut surah tersebut?
2. Adakah Pahala sedekah untuk Al-Fatihah akan sampai kepada Si Mati apabila kita membacanya sedangkan pahala beliau telah terputus kecuali 3 perkara tersebut diatas?
Justeru, ucapan yang paling baik adalah dengan mengucapkan "Inna-lillahi Wa-inna lillahi Rajiun"
"Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya Kita Kembali"
p/s : Cari dalam google memang ada yang membahaskan tentang perkara ini.
Sama-sama mencari ilmu.
Klu kita ikhlas nk sedekah, bacalah al-Fatihah spenuhnya. Klu kita taknak, ckup la dgn Innalillah.
Klu sekadar sbut Al-Fatihah pun tak smpai ke mana. Mstilah lengkap dgn ayt2 dia..
Isu ni byk pndangan sbnrnya. Klu nk tolak sedekah ni, ada pndangan kata boleh. Ada pndangan kta tak boleh. Kita ikut la mana yg kita rsa baik..
Ada yang bagi pendapat, katanya sebaik-baiknya kita baca surah Al-Fatihah tu sepenuhnya dan bukannya sekadar menulis perkataan itu sahaja..
Tapi, kita yg mengomen ni selalunya tulis al-Fatihah je dan bacalah dalam hati surah tu dengan niat untuk sedekahkan kepada si mati.. Kalau ada yang letak nama si mati lagi senang untuk kita sedekahkan surah al-Fatihah tadi..
Wallahu'alam...
Kita ikut mana yang baik je la, ya tak..? Yang penting niat kita tu betul dan ikhlas.. :)
Kalau sebut Al Fatihah je xbg ape ape effect kt si mati,kalau baca tu mungkin la ada kebaikan kepada si mati.
walaubagaimanapun , ade beberapa analisa pulak pasal pahala baca quran tuk si mati tidak sampai / sampai kepada yg dh mati
sila rujuk sini
http://www.masjidnegara.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=516:hukum-benarkah-tidak-sampai-pahala-bacaan-al-quran-kepada-orang-islam-yang-meninggal-dunia-&catid=27:ibadah&Itemid=44
kesimpualnnya, baca la al fatihah tu, jgn sekadar sebut je..the end doesn't justify the mean.
Doa kita yg hidup ni penting kpd yg dh mati tu.
Salam ziarah dr Agunci. :)
(surah Al-Baqarah ayat 155-156)
2) CC: Yumida. Masa datang bulan xsalah kita baca ayat lazim, Al fatihah, surah dr Al quran yg kita hafal, banyakkn zikir...cuma tak boleh solat n pegang Al Quran saja. Ada buku pasal amalan wanita ketika haid. Antaranya...Tajuk Buku: Buku Amalan 24jam Wanita Haid, tulisan Fahrur Muis.