RSS Feed

Banyak + Tinggi = Amanah + Tanggungjawab berganda

15

April 29, 2012 by


Sebagai blogger, saya akui, saya mahukan ini: populariti, follower beribu, beratus pengkomen tegar, entry yang berkualiti, trafik tinggi, penampilan blog yang lebih kemas/cantik, rasa dihormati dan dihargai, ehh, macam2 la lagi.

Tapi saya sedar..

Semua yang saya nak memerlukan usaha, daya tumpuan, kerajinan tahap tinggi. Itu, tidak menjadi masalah, atau bebanan utama. Yang merisaukan saya, amanah dan tanggungjawab, bolehkah saya memikulnya dengan baik?

Kita, buat sesuatu, ikutlah kemampuan. Jangan semata2 mencari kemegahan, lalu amanah dan tanggungjawab diabaikan.

Saya ambil contoh mudah, senarai blogger di bloglist saya, mereka yang tersenarai bukan sekadar yang join segmen saya, bahkan saya kumpulkan sekali dengan yang lama saya kenali, yang baru ditemui, dan yang meletakkan saya didalam bloglist mereka, baik secara diberitahu, mahupun secara senyap sunyi. 

Dan, bloglist tu, bukan semata2 nak tayang disitu. Saya rasa ada keperluan, rasa bertanggungjawab untuk menjengah satu persatu, biarpun mereka tiada entry baru. 

Kesimpulannya, harga yang perlu dibayar, adalah tinggi..untuk sebuah populariti dan cita-cita tinggi. Kita perlu bersedia untuk berkorban, bersedia menyahut cabaran, dan bersedia berdepan dengan tanggungjawab dan amanah. Tanpa persediaan, percayalah, satu masa, bila anda tidak mampu menguruskannya, terdetik dihati "ini merupakan sebuah bebanan". Tidak..kita tidak mahu begitu. 



15 comments »

PariPariPutih said...

I agree... tidak ada satu kejayaan dalam hidup tanpa melalui keperitan untuk kita sampai ke puncaknya... and that's why you are one of the successful blogger muda, so your journey should continues...keep it up Lana

ain farahin said...

setiap manusia mmg dilahirkan dgn tgjwp masing2.so,kita haruslah menjalankan dgn sebaik-baiknya.
insya-allah.

Nurmujahidah Ismail said...

muja pun tngh berusaha keras nak jadi ckgu berjaya nih,, :D

Muttallif said...

Semoga apa yang kita sampaikan dalam penulisan kita menjadi panduan dan manfaat kepada semua orang lain :)

~ Cik Azz ~ said...

Akak pulak tak pernah nak fikir tentang rating, nama yang popular, komen yang banyak, followers yang ramai dan sebagainya..

Akak cuma melahirkan apa yang akak rasa.. Semuanya terpulang.. Jika ada yang nak baca dan dapat sedikit ilmu, alhamdulillah..

Jika tak nak baca pun tak apa.. Sebab prinsip akak tak suka nak memaksa.. :D

Encik Atan said...

namun begitu,kita haruslah menceriakan kantin sekolah kita yang agak menyakitkan hati,jiwa dan perasaan.......haha




sumpah!best bace blog ni.....

Sis AI said...

Ala sis, bohonglah klu ada Blogger yg trus menerus nk blogging dlm dunia sendiri. Satu hri akn mrasakn kseronokn blogging ni dgn mmber2 maya.. Btul tu. Yg pnting usaha sndiri, gunakn inovasi trsendiri..

caliph shuriken said...

setuju.. apa2 pun harus ikut kemampuan jgak.. hepi blogging semua ^^

gnesop poseng said...

tanggungjawab kepada pembaca blog.. pastikan beri yang terbaik :)

ary_lee said...

Tips untuk menjadi blogger berjaya...

by Tyntha Lana^^

Nak jadi blogger yang dikenali dan dihargai hasil karyanya pasti memerlukan pengorbanan..
Terutamanya pengorbanan dari segi masa..
Tapi ary tak ada masa nak menjengah semua blog..
Caner tu?
HUhuhuhuhu..

etuza said...

terima kasih atas maklumat. Saya selalu katakan bahawa masa kita di blog amat limited. Tahniah ya..ikon blog remaja berhikmah. Teruskan selagi ada daya..suatu masa menjadi tatapan genarasi baru

nasir hamzah said...

thanks lana entry yg menarik buat nasir yg masih baru ni, apa yg lana cakap tu betul, nasir sendiri sedang merasakannya masa mula berblog, asyik nak kejar trafik memangjang.. akhirnya diri sendiri yg kecewa..

tapi sejak kenal lana dan kawan2 yg lain nasir rasa seronok berblog bukan untuk kejar trafik atau glamor tapi lebih kepada kemesraan dan keakraban kita semua dalam persahabatan maya ini.. thanks lana..

sori ayat berterabur..huhu

Cik Kay Jue said...

betul3... sekarang baru saya tau apa yang blogger ramai follower rasa..

APAN said...

boleh dikatakan setuju ngan point saudari comel dlm entri ini...tmbh2 bab bloglist tuh...itulah orang yg aku nampak paling menyokong. dan sebagai penghargaan, aku letak situ. x perlu nak tukar2 bagai...kalau dorang tiba2 menghilang utk jangka masa yg lama, aku bg peluang kpd link blogger lain lak... AKU SUKA, AKU KONGSI :)

sha my heart said...

Wah, bgus ni. Mengingatkan kpd mrka yg trlupa ttg tggjwb sbg bl0gger.
Pasal nk trjah bl0glist, kdg2 mls. Hehe.
Entri kita pun perlu menampakkan kematangan seiring dgn usia bl0g.

Powered by Blogger.