RSS Feed

Lelaki dan perempuan: Berdepan masalah

23

April 20, 2012 by


Umumnya..
Apabila berdepan masalah, perkara yang merunsingkan, yang menyesakkan dada dan fikiran,
Terdapat perbezaan reaksi antara lelaki dan perempuan.

Perempuan, sesuai dengan penciptaan, satu akal, sembilan perasaan.
Kerana sembilannya, dia mudah bercerita. Kerana sembilannya, disitu letaknya kekuatan, kelemahannya.
Tapi akalnya satu, bila kemelut melanda, jarang dia mengguna untuk mencari jalan keluar yang padu.
Yang dimahu, ada seseorang, yang sudi berkongsi, mendengar luahan yang terbuku.

Lelaki, sesuai dengan penciptaan, satu perasaan, sembilan akal.
Kerana satunya, dia pendamkan sahaja. Kerana satunya, disitu letaknya keperkasaan, kerendahannya.
Tapi akalnya sembilan, bila kemelut melanda, dia berdiam, kerahkan keringat menghadapi rintangan.
Tanpa dia sedar, diamnya mengundang seribu persoalan.

Umumnya..bertolak ansurlah antara Adam dan Hawa.

Wahai Hawa, bila Adam mu berdepan kemelut, biarkan dia dengan dunianya. Ya, niatmu mulia untuk membantunya.. bantulah dengan percaya, dia mampu melepasinya.

Wahai Adam, bila Hawa mu berdepan kemelut, sentiasa lah berada disisinya. Ya, niatmu mulia untuk menyelesaikannya.. bantulah dengan mendengar keluh kesahnya, dia pasti berasa lega.



23 comments »

kerisperak said...

ceramah subuh td..

wanita itu hebat jiwa dia dpt mengawal 9 nafsunya dgn 1 akal..

Lelaki itu binasa jika 1 nafsu mengawal 9 akalnya..

PariPariPutih said...

Lupakan mereka yang telah meninggalkanmu, tetapi jangalah pula kamu melupakan untuk mengingati mereka-mereka yang ketika & di saat ini sedang mendampingimu. Ada ketikanya kita perlu menangis untuk menghargai saat-saat bahagia kita dan ada ketika-ketikanya pula, kita perlu bergembira bagi setitis air mata!

ary_lee said...

Penuh pengisian entri ini..
Tapi susah ary nk tgkp isinya..
Mungkin sbb fktor kekurangan kematangan.. HJohohohohoXD

TokeY said...

Semua cubaan yang terjadi, terjadi atas kehendak Tuhan. Dan setiap kehendak Tuhan adalah untuk memuliakan.

misyamissyou said...

bantu dgn percaya, bantu dgn mendengar..yep..setuju!

~ Cik Azz ~ said...

Walau dalam apa keadaan sekalipun, gunakan akal dengan sebaik-baiknya..

Itu je...

:D

Sis AI said...

Ya, bab ni sy stuju! Tp tu la sis, kdang2 risau tntng kaum Adam ni, smpai terlupa kejap dgn pndirian diorg. Tp seriously, sy prnh jumpa jgk laki yg suka luah msalah dia. Bg sy.. Itu lbih baik. Sbb dgn cra tu, dpt fhm antara satu sma lain..

nasir hamzah said...

sokong apa yg cik az cakap, gunakan akal sebaiknya...

CiK FizA said...

sgt bermakna entry nie lana ! yep. sblom bertindak, gunakan akal dengan sebaik2nya. :)

aira shahira azmi said...

syies,brtul lah entry ni..pndpt aira sme mcm tu..sbb kite sndiri bole tgok kn?huhu

Jasman said...

lana bila nak kawen?

nurmujahidah said...

wah ahkak lana kite,, bijak bijak,, :D

etuza said...

Tahniah entry hebat berhikmah. Banggan dengan kamu Tylana.

Lan Bingka said...

jangan ditambah masalah dgn bebelan.. mari saling memahami

Cik Kay Jue said...

like! suke part yang last sekali!! >_<

P#eoniX said...

haku selalu jadik mangsa keadaan...membe haku neh pompuan...dah kawen,tapi,slalu luah perasaan kat haku...tapi,haku dengo je lah ape dye nak sampaikan...adoilah...masalah orang dah kawen manelah haku tau nak bwat camner...haku pon x kawen lagik...bukan salahkan dye nak meluah...cume,spatutnye dye cari orang yang lagik pengalaman dari haku...huhuhh!!!ntahlah...serba salah dibuatnye...kejap dye cakap menci,kejap lagik dye cakap sayang....camtuh ke orang yang dah kawen huh???ehheheh...silap orang plak haku tanye...ko pon blom kawen lagik kan??kan??maknenye haku maseh hade can lah lagik...ngeh...ngeh...ngeh...

Jahidih Saili said...

Salam lana.. best entri ni :-) setuju sgt...tiap llaki dan perempun ptt tahu realiti penciptaan lelaki dan perempuan..kena rajin mengkaji...klu x, byk mslh b'laku. klu xfaham, terjadilah perceraian antara suami isteri, tuding menuding antara llaki dan prmpuan dan byk lg...

Jahidih Saili said...

sy suka baca buku 'men are from mars, women are from venus' dgn 'think like a man, act like a lady'..

APAN said...

bantulah dengan percaya, dia mampu melepasinya

aku suka ayat nih :)

caliph shuriken said...

wahh.. bole edit jadi love letter ni, hikk..

*apa yg penting kerjaasamaa ^^

MNI-MZ said...

jika solatnya tiada masaalah, maka perilaku dan tutur katanya dijaga.. jika dia ada masaalah dengan solatnya, maka sebaliknya lah perilakunya. -ustaz Don =D

Ahmad Saufe said...

by right that's how it supposed to be...but, naaah its hopeless..haha

sis92 said...

huhu terasa entri ini bersesuaian dengan entri pelakon sis tu uhuk2..
alhamdulillah semuanya baik2 saja :)

Powered by Blogger.