Lelaki dan perempuan: Berdepan masalah
Umumnya..
Apabila berdepan masalah, perkara yang merunsingkan, yang menyesakkan dada dan fikiran,
Terdapat perbezaan reaksi antara lelaki dan perempuan.
Perempuan, sesuai dengan penciptaan, satu akal, sembilan perasaan.
Kerana sembilannya, dia mudah bercerita. Kerana sembilannya, disitu letaknya kekuatan, kelemahannya.
Tapi akalnya satu, bila kemelut melanda, jarang dia mengguna untuk mencari jalan keluar yang padu.
Yang dimahu, ada seseorang, yang sudi berkongsi, mendengar luahan yang terbuku.
Lelaki, sesuai dengan penciptaan, satu perasaan, sembilan akal.
Kerana satunya, dia pendamkan sahaja. Kerana satunya, disitu letaknya keperkasaan, kerendahannya.
Tapi akalnya sembilan, bila kemelut melanda, dia berdiam, kerahkan keringat menghadapi rintangan.
Tanpa dia sedar, diamnya mengundang seribu persoalan.
Umumnya..bertolak ansurlah antara Adam dan Hawa.
Wahai Hawa, bila Adam mu berdepan kemelut, biarkan dia dengan dunianya. Ya, niatmu mulia untuk membantunya.. bantulah dengan percaya, dia mampu melepasinya.
Wahai Adam, bila Hawa mu berdepan kemelut, sentiasa lah berada disisinya. Ya, niatmu mulia untuk menyelesaikannya.. bantulah dengan mendengar keluh kesahnya, dia pasti berasa lega.
Comments
wanita itu hebat jiwa dia dpt mengawal 9 nafsunya dgn 1 akal..
Lelaki itu binasa jika 1 nafsu mengawal 9 akalnya..
Tapi susah ary nk tgkp isinya..
Mungkin sbb fktor kekurangan kematangan.. HJohohohohoXD
Itu je...
:D
aku suka ayat nih :)
*apa yg penting kerjaasamaa ^^
alhamdulillah semuanya baik2 saja :)