RSS Feed

PIKOM PC FAIR 2012 dan kerenah manusia

14

April 15, 2012 by


Semalam, 14 April 2012, kami dua beradik sempat la menjengah PIKOM PC FAIR 2012 di KLCC. Barang yang dihajati, Alhamdulillah, berjaya dibeli. 

Ada satu tips untuk anda diluar sana, sebelum nak membeli apa2 pun produk/gadget elektronik ni..tolonglah, survey dulu - internet, kedai, tanya rakan2. Supaya? tidak mudah dikelentong dengan harga yang bukan2.

Dan tak lupa, bagi anda yang jenis tak tahu untuk berkata "TIDAK", bawalah sekurang2nya seseorang untuk menemani anda, supaya anda tidak "ditarik" dan "tertarik" dengan mudah pada...bukan tawaran2 disana, sebaliknya pada yang memberi flyers, risalah, booklet dan yg sama dengannya.

Ini kali kedua saya ke sini. Dan tadi, berlaku lagi insiden saya ketawa dengan riangnya bila ditegur pemberi2 flyers. Semasa menghampiri exit salah satu dewan pameran, kami terpaksa melintas sekumpulan..no, segerombolan 'tentera2' Maksis, Celtom, UniPai, Digey dan sewaktu dengan mereka. Perghh, usah cakaplah, bersungguh giler 'tentera2' diorang menggempur kami berdua. Memandangkan dah ada pengalaman sebelum ni, kami berlalu dengan muka rilex, cool je..mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.

Sampailah kepada seorang 'tentera' Maksis ni.. "Akak, akak pakai internet? Akak pakai yg mana? Broadband? XX? Akak belajar lagi? Akak, kita ada promosi skrg ni, bla bla bla".

Punyalah laju macam mesingan dia berkata, ditambah dengan mimik muka untuk meyakinkan saya, saya apa lagi, terus tertawa, hahaha.

Sudahnya, dia memekik kat saya,

"Kenapa akak gelak, saya salah cakap ke kak"

Bertambah ketawa la saya dibuatnya. hahahaha. Ketawa sampai pintu keluar pulak tu. 'Tentera2' lain selepas itu, sempat lagi menggempur sambil bertanya, "ha akak, senyum2, ketawa ni, ni kak, kita ada promosi..bla bla bla".

#Fuh, tak terkalah saya 'tentera2' ni,hehehe. Berhati2lah dengan festival macamni ya. Banyak godaannya.



14 comments »

sis92 said...

sis pernah gi sekali je ..hukhuk ..,,g rambang mata tengok lagi2 gadget lah -,-
tak suka tau tentera2 tu..emm tp nak buat cmne kan, dah keje diorang ..bahaya pada mak2 dan org tua2 lah.. dgr je harga murah terus nak beli ..

ZulhilmiRosnin said...

apakah barang yang dihajati dan tercapai jua dibeli itu agaknya? hee~

Muttallif said...

Betul tu. Terkadang taliff akan pilih jalan yang kurang tenteranya apabila hendak keluar dati tempat PC Fair.

Sudahlah Rambang Mata, di kejar oleh tentera lagi. Penat tu nak melayan kerenah mereka. Tapi, itu kerja mereka untuk kejar kita.

Anyway, apa yang dah dibeli? :)

Sis AI said...

Tringin nk prgi laa.. Ades! Nk beli antivirus pc! Dh naik hantu dh Trojan ni, wakaka!

Tp yg tentera tu, slalunya skadar bg snyuman jela.. Takde la smpai gelak, wakaka!

APAN said...

baru je tadi ada membe call.tanya pendapat aku pasal nak angkat laptop.katanya ada pc fair kat kl.kakak dia nak beli.apalah yg aku tau sngat pasal gadget nih...

promoter brdbnd ni la paling bes kalau dilayan.bosan2 tu layan gak diorang ni....berdebat sekali sekala.dorang pun sama.biru kata merah teruk.merah pun kata biru teruk.haha...

~ Cik Azz ~ said...

Oo... Setakat ni akak masih mampu mengawal diri dan nafsu dari kena tarik, ditarik dan tertarik dengan tentera macam tu..

*Tertarik dengan tentera original je.. Semat ahh uniform dorang.. Gagah berani lak tu.. :D

caliph shuriken said...

dh pnah gi event cmni.. harga kdg2 lagi mahal drp harga kt luar.. kualiti blom tentu lagi.. satu company bukak lebih drp 1 booth, huh...

! Shealai ! said...

hahahaha...pok pek pok pek...saya pun slalu kena macam ni..nak lari pun drg dok kejar.....

Ini Kisah Tia said...

hahaa .. memang lawak . siap buat muka tak bersalah .. saya pernah macam tu :)

etuza said...

Selalu hati2..semua pernah alami..promot.Kiri kanan kita.

Karukord Jagau's said...

dah keje diorng mcm tu.....nk tarik pelanggan....mmg di latih tuk jd tentera mcm tu....

time2 karnival ni la nk cari pelanggan seramai mungkin....jd pandai2 la bwk diri.... :)

Cik Kay Jue said...

biasa la tu kak.. dorg pun kerja.. jadi itu kerja dorg jual produk telekomunikasi.. tapi kadang-kdang2 kesian juga tengok dorg.. tak de orng nak layan.. hehe..

Jahidih Saili said...

haha..saya pernah sekali masa pesta buku tahun lalu kt pwtc..ada satu sudut tu sy selalu sgt lalu..kbtulan di sudut tu ada ramai org promote linguaphone..hairan, tiap kali saya lalu, dorang tu xserik2 promote padahal sy dah cakap xnak..tiap kali promote, mrka akan tanya, muet dapat band berapa, sy jawab biasa2 ja..haha..
satu ketika bila dah hot sbb balik2 tanya perkara yg sama, sy jwb, "xpa kak, sy dapat muet band 6, bahasa lain pun byk yg sy tahu"..haha..

ary_lee said...

Ary pun g gak ari jumaat hari tuh..
Ya ALLAH.. Sampai dua kali ary round.. Lenguh kaki = ="
Ni kes tatau jalan keluar lah ni..

Powered by Blogger.