PIKOM PC FAIR 2012 dan kerenah manusia
Semalam, 14 April 2012, kami dua beradik sempat la menjengah PIKOM PC FAIR 2012 di KLCC. Barang yang dihajati, Alhamdulillah, berjaya dibeli.
Ada satu tips untuk anda diluar sana, sebelum nak membeli apa2 pun produk/gadget elektronik ni..tolonglah, survey dulu - internet, kedai, tanya rakan2. Supaya? tidak mudah dikelentong dengan harga yang bukan2.
Dan tak lupa, bagi anda yang jenis tak tahu untuk berkata "TIDAK", bawalah sekurang2nya seseorang untuk menemani anda, supaya anda tidak "ditarik" dan "tertarik" dengan mudah pada...bukan tawaran2 disana, sebaliknya pada yang memberi flyers, risalah, booklet dan yg sama dengannya.
Ini kali kedua saya ke sini. Dan tadi, berlaku lagi insiden saya ketawa dengan riangnya bila ditegur pemberi2 flyers. Semasa menghampiri exit salah satu dewan pameran, kami terpaksa melintas sekumpulan..no, segerombolan 'tentera2' Maksis, Celtom, UniPai, Digey dan sewaktu dengan mereka. Perghh, usah cakaplah, bersungguh giler 'tentera2' diorang menggempur kami berdua. Memandangkan dah ada pengalaman sebelum ni, kami berlalu dengan muka rilex, cool je..mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.
Sampailah kepada seorang 'tentera' Maksis ni.. "Akak, akak pakai internet? Akak pakai yg mana? Broadband? XX? Akak belajar lagi? Akak, kita ada promosi skrg ni, bla bla bla".
Punyalah laju macam mesingan dia berkata, ditambah dengan mimik muka untuk meyakinkan saya, saya apa lagi, terus tertawa, hahaha.
Sudahnya, dia memekik kat saya,
"Kenapa akak gelak, saya salah cakap ke kak"
Bertambah ketawa la saya dibuatnya. hahahaha. Ketawa sampai pintu keluar pulak tu. 'Tentera2' lain selepas itu, sempat lagi menggempur sambil bertanya, "ha akak, senyum2, ketawa ni, ni kak, kita ada promosi..bla bla bla".
#Fuh, tak terkalah saya 'tentera2' ni,hehehe. Berhati2lah dengan festival macamni ya. Banyak godaannya.
Comments
tak suka tau tentera2 tu..emm tp nak buat cmne kan, dah keje diorang ..bahaya pada mak2 dan org tua2 lah.. dgr je harga murah terus nak beli ..
Sudahlah Rambang Mata, di kejar oleh tentera lagi. Penat tu nak melayan kerenah mereka. Tapi, itu kerja mereka untuk kejar kita.
Anyway, apa yang dah dibeli? :)
Tp yg tentera tu, slalunya skadar bg snyuman jela.. Takde la smpai gelak, wakaka!
promoter brdbnd ni la paling bes kalau dilayan.bosan2 tu layan gak diorang ni....berdebat sekali sekala.dorang pun sama.biru kata merah teruk.merah pun kata biru teruk.haha...
*Tertarik dengan tentera original je.. Semat ahh uniform dorang.. Gagah berani lak tu.. :D
time2 karnival ni la nk cari pelanggan seramai mungkin....jd pandai2 la bwk diri.... :)
satu ketika bila dah hot sbb balik2 tanya perkara yg sama, sy jwb, "xpa kak, sy dapat muet band 6, bahasa lain pun byk yg sy tahu"..haha..
Ya ALLAH.. Sampai dua kali ary round.. Lenguh kaki = ="
Ni kes tatau jalan keluar lah ni..