Review Buku: Secrets of The Maze

Tajuk: 

SECRETS OF THE MAZE: An Interactive Guide To The World's Most Amazing Mazes



Sabtu lepas, ada hamba Allah menghadiahkan lana buku diatas. Weyewww, seronok! Hehehe. 

Ia dikarang oleh Adrian Fisher & Howard Laxton. Mungkin ada dikalangan pembaca tidak tahu apa itu Maze, dan mungkin juga keliru diantara Maze dan Labyrinth. Oh ya, maaf, jujurnya, saya tidak tahu apakah perkataan Bahasa Melayu untuk Maze mahupun Labyrinth.. mungkin anda lebih mengetahuinya? Kongsikan bersama.

Labyrinth yang dihasilkan oleh penduduk peribumi Amerika, Pima dan Hopi, suatu ketika dahulu. Perbezaan utama Mazes dan Labyrinth ialah Labyrinth strukturnya lebih mudah dan ringkas berbanding Mazes yang agak berbelit2.

Bestnya buku ni, setiap Mazes sebenar didunia, diskala dan dilakarkan semula kebentuk dua dimensi, bagi membantu pembaca mencubanya sendiri, samada menggunakan pen/pensil. Sebenarnya, saya belum habis membacanya, tapi rasa teruja untuk berkongsikannya bersama, sebab buku ini sesuai digunakan untuk mencabar daya pemikiran kita.

Dibahagikan kepada 6 bahagian utama, dimana seperti biasa, pengenalan diceritakan di Bahagian pertama. Bahagian seterusnya, Ancient Links, menerangkan perkaitan antara Maze dengan sejarah, budaya dan tamadun2 dunia pada masa lampau. Antara tamadun yang terlibat ialah Greek, Rom, Amerika dan Eropah.

Indiana Maze.

Bahagian ke-3 pula bertajuk One Way In, sesuai dengan tajuknya, bahagian ini memperlihatkan kepada pembaca, Mazes yang terdapat diserata dunia yang mana, jalan masuknya terdiri daripada satu laluan sahaja. Laluan yang sama juga yang harus diguna untuk keluar dari maze tersebut.


Mazes To Get Lost In pula menayangkan beberapa buah Mazes yang bukan sahaja sukar untuk dilalui, malah didalamnya juga terkandung beberapa trick/helah untuk mengelirukan lagi laluan yang anda tempuhi. Semua helah ini boleh ditemui dalam Bahagian 4 buku ini.

Bahagian ke-5 pula, Amazing Modern Mazes menjurus kepada Mazes yang ada pada masa kini. Dengan pendekatan yang lebih kreatif, terutamanya dari segi rekaan dan bentuk, ianya jauh berbeza dengan mazes dari zaman lampau. Tapi dari segi kesukarannya, barangkali ia masih boleh dianggap sama. 

Archery Maze, salah satu jenis Mazes moden.

Dan akhir sekali, penyelesaian bagi setiap Mazes didalam buku ini terkandung dalam Bahagian 6, bahagian terakhir sekali. Jom sahut cabaran, selesaikan dibawah ini, ada berani?? Muahaha.


#Amalkan membaca sebagai budaya. Maaf, agak berterabur sikit review kali ni.. Semua imej diperolehi dari Google.


Comments

Muttallif said…
Berjaya dengan soalan no 6 tanpa melanggar apa2 dinding penghalang :)

Maze yang lain semuanya gagal.
1 said…
Salam..yup maze no.6 sng sikit..
klu sy yg masuk kt taman maze tu, knfom berjam baru dpt keluar.haha..tu pun klu dpt keluar..ahha
yayahnasake said…
maaf lambat follow anda
caliph shuriken said…
aritu ada sorang blogger olidei kt taman maze kt oversea.. apa nama ntah tempat tu, huh...
Cik Kay Jue said…
wow.. kak lana memang menarik la buku ni! buku ni in malay kan? nak cari la nanti masa pesta buku.. hehe.. thanks sangat2 buat review buku ni.. saya memang giler buku-buku yang jenis macam ni dan islamiah.. hehe..
APAN said…
mula2 aku sendiri pun x tahu pe yg ko nak sampaikan ni...maze apakah?tpi bila tengok2 gambo baru teringat...dulu, kecik2 pernah main gak maze ni kot.cuma dulu x tan nama pe mungkin.huhu...
Unknown said…
maze no 6 tu paling senang hehe
kerisperak said…
tengok maze ni teringat movie interception.. maze yg kotak ade anak panah tu macamana mainnya lana?
Apai said…
kacang je maze yg last tu..haha...br lepaih letak jari kt skrin laptop...haha


siyes mati kutu if tersesat kt taman maze tu..mad terus!
ary_lee said…
Maze? It's interesting^^

Popular Posts