Review Buku: Secrets of The Maze
Tajuk:
SECRETS OF THE MAZE: An Interactive Guide To The World's Most Amazing Mazes
Sabtu lepas, ada hamba Allah menghadiahkan lana buku diatas. Weyewww, seronok! Hehehe.
Ia dikarang oleh Adrian Fisher & Howard Laxton. Mungkin ada dikalangan pembaca tidak tahu apa itu Maze, dan mungkin juga keliru diantara Maze dan Labyrinth. Oh ya, maaf, jujurnya, saya tidak tahu apakah perkataan Bahasa Melayu untuk Maze mahupun Labyrinth.. mungkin anda lebih mengetahuinya? Kongsikan bersama.
Labyrinth yang dihasilkan oleh penduduk peribumi Amerika, Pima dan Hopi, suatu ketika dahulu. Perbezaan utama Mazes dan Labyrinth ialah Labyrinth strukturnya lebih mudah dan ringkas berbanding Mazes yang agak berbelit2.
Bestnya buku ni, setiap Mazes sebenar didunia, diskala dan dilakarkan semula kebentuk dua dimensi, bagi membantu pembaca mencubanya sendiri, samada menggunakan pen/pensil. Sebenarnya, saya belum habis membacanya, tapi rasa teruja untuk berkongsikannya bersama, sebab buku ini sesuai digunakan untuk mencabar daya pemikiran kita.
Dibahagikan kepada 6 bahagian utama, dimana seperti biasa, pengenalan diceritakan di Bahagian pertama. Bahagian seterusnya, Ancient Links, menerangkan perkaitan antara Maze dengan sejarah, budaya dan tamadun2 dunia pada masa lampau. Antara tamadun yang terlibat ialah Greek, Rom, Amerika dan Eropah.
Indiana Maze.
Bahagian ke-3 pula bertajuk One Way In, sesuai dengan tajuknya, bahagian ini memperlihatkan kepada pembaca, Mazes yang terdapat diserata dunia yang mana, jalan masuknya terdiri daripada satu laluan sahaja. Laluan yang sama juga yang harus diguna untuk keluar dari maze tersebut.
Mazes To Get Lost In pula menayangkan beberapa buah Mazes yang bukan sahaja sukar untuk dilalui, malah didalamnya juga terkandung beberapa trick/helah untuk mengelirukan lagi laluan yang anda tempuhi. Semua helah ini boleh ditemui dalam Bahagian 4 buku ini.
Bahagian ke-5 pula, Amazing Modern Mazes menjurus kepada Mazes yang ada pada masa kini. Dengan pendekatan yang lebih kreatif, terutamanya dari segi rekaan dan bentuk, ianya jauh berbeza dengan mazes dari zaman lampau. Tapi dari segi kesukarannya, barangkali ia masih boleh dianggap sama.
Archery Maze, salah satu jenis Mazes moden.
Dan akhir sekali, penyelesaian bagi setiap Mazes didalam buku ini terkandung dalam Bahagian 6, bahagian terakhir sekali. Jom sahut cabaran, selesaikan dibawah ini, ada berani?? Muahaha.
#Amalkan membaca sebagai budaya. Maaf, agak berterabur sikit review kali ni.. Semua imej diperolehi dari Google.
Comments
Maze yang lain semuanya gagal.
klu sy yg masuk kt taman maze tu, knfom berjam baru dpt keluar.haha..tu pun klu dpt keluar..ahha
siyes mati kutu if tersesat kt taman maze tu..mad terus!