Sepanjang perjalanan..
Semalam..sepanjang perjalanan..
Banyak yang saya lalui, pelajari dan menilai menggunakan akal dan fizikal yang dipinjam Ilahi.
Perjalanan ke Selatan, bertujuan menghantar adik menimba, menambah pengetahuan.
Dua kejadian.
Pertama, sebuah kemalangan, melibatkan penunggang motosikal berkuasa besar, berkonvoi dalam kumpulan. Terbabas, melanggar jambatan. Saya memperlahankan kenderaan, mujur ketika itu, tidak banyak kenderaan yang lalu.
Penunggang yang terlibat? Saya tidak risaukan. Bukan kejam, cuma, ia sudah ditakdirkan, menjadi mangsa kemalangan. Yang membuatkan hati saya berderau dalam debaran, rakan2 konvoinya, yang cuba menyelamatkan.
Sebahagian mereka, berhenti ditengah jalan. Sebahagian lagi, meletakkan motor mereka secara bercempiaran. Seorang dari mereka, mungkin terkena hambatan kejutan, atau mungkin juga cuba menenangkan keadaan, dengan beraninya, berlari anak ketengah jalan, dengan harapan, dapat memberi amaran pada kenderaan2, yang berdesup penuh kelajuan.
Saya? Mata dan anggota badan, disatukan, dikuat dan dikerahkan memberi tumpuan dalam pemanduan. Cuma dalam hati.. "Ya Allah, selamatkanlah pemandu tadi..sebagaimana Engkau menyelamatkan perjalanan kami. Dan, tenangkan rakan2nya, moga mereka tidak menjadi mangsa seterusnya."
Kedua, kenderaan besar, sebuah lori tangki. Dihadapannya, sikecil, sebuah Myvi. Saya di lorong tengah, mereka dilorong kiri. Kecurigaan saya terhadap pemandu lori terbukti, kelajuan dan kegilaannya nyaris 'memakan' diri dan Myvi.
Kegilaannya memandu membuta tuli, menyebabkan dia membrek mengejut. Bunyi kuat, nyaris-nyaris menghentam si Myvi yang kiut.
Dari jauh, jelas kelihatan, kesan tayarnya yang hitam, di permukaan jalan. Dan asap, turut berkepul-kepulan, terlindung sebentar penglihatan. Bau getah pula, menular dalam setiap pernafasan.
Saya? Dalam keadaan mengantuk semasa pemanduan, terus mendapat kesegaran. Seolah2 terkena tamparan, hati lekas berkata, "Ya Allah, lemahnya aku sebagai hambaMu..begitu juga mereka2 yang berada disisiku. Tolonglah Ya Allah, kurniakan aku, serta pemandu2 disekelilingku, perlindungan dan keselamatan dalam mengharungi perjalanan."
Comments
*semoga dlm lindunganNYa sentiasa...
Semoga kita semua selamat di bawah lindungan Allah.. Selamat dalam segala hal yang melingkungi kehidupan seharian..
Amin...
Selamat pergi dan selamat sampai. Syukur.
Tapi sikap pemandu kita sekarang semakin menjelekkan. itu yang saya mahu perkatakan. (marah!)
segelintir pemandu lori agak ketelaluan penting kan diri pandu dgn laju..cik eyla salu gak terkene menakutkan.
Don't ever text when U r driving..
*kena tak komen dengan entri Lana?
HahahahaXD