Sepanjang perjalanan..


Semalam..sepanjang perjalanan..
Banyak yang saya lalui, pelajari dan menilai menggunakan akal dan fizikal yang dipinjam Ilahi.
Perjalanan ke Selatan, bertujuan menghantar adik menimba, menambah pengetahuan.

Dua kejadian.
Pertama, sebuah kemalangan, melibatkan penunggang motosikal berkuasa besar, berkonvoi dalam kumpulan. Terbabas, melanggar jambatan. Saya memperlahankan kenderaan, mujur ketika itu, tidak banyak kenderaan yang lalu.

Penunggang yang terlibat? Saya tidak risaukan. Bukan kejam, cuma, ia sudah ditakdirkan, menjadi mangsa kemalangan. Yang membuatkan hati saya berderau dalam debaran, rakan2 konvoinya, yang cuba menyelamatkan.

Sebahagian mereka, berhenti ditengah jalan. Sebahagian lagi, meletakkan motor mereka secara bercempiaran. Seorang dari mereka, mungkin terkena hambatan kejutan, atau mungkin juga cuba menenangkan keadaan, dengan beraninya, berlari anak ketengah jalan, dengan harapan, dapat memberi amaran pada kenderaan2, yang berdesup penuh kelajuan.

Saya? Mata dan anggota badan, disatukan, dikuat dan dikerahkan memberi tumpuan dalam pemanduan. Cuma dalam hati.. "Ya Allah, selamatkanlah pemandu tadi..sebagaimana Engkau menyelamatkan perjalanan kami. Dan, tenangkan rakan2nya, moga mereka tidak menjadi mangsa seterusnya."

Kedua, kenderaan besar, sebuah lori tangki. Dihadapannya, sikecil, sebuah Myvi. Saya di lorong tengah, mereka dilorong kiri. Kecurigaan saya terhadap pemandu lori terbukti, kelajuan dan kegilaannya nyaris 'memakan' diri dan Myvi.

Kegilaannya memandu membuta tuli, menyebabkan dia membrek mengejut. Bunyi kuat, nyaris-nyaris menghentam si Myvi yang kiut. 

Dari jauh, jelas kelihatan, kesan tayarnya yang hitam, di permukaan jalan. Dan asap, turut berkepul-kepulan, terlindung sebentar penglihatan. Bau getah pula, menular dalam setiap pernafasan.

Saya? Dalam keadaan mengantuk semasa pemanduan, terus mendapat kesegaran. Seolah2 terkena tamparan, hati lekas berkata, "Ya Allah, lemahnya aku sebagai hambaMu..begitu juga mereka2 yang berada disisiku. Tolonglah Ya Allah, kurniakan aku, serta pemandu2 disekelilingku, perlindungan dan keselamatan dalam mengharungi perjalanan."


Comments

Sharina Fadzil said…
Ya Allah, debar2 baca entry kak lana kali ni. hihik. alhamdulilah, kak lana selamat pergi selamat balik :D
Unknown said…
Alhamdulillah, Lana selamat tiba :). Well aku memang ada "phobia" dengan jalan raya ni... and almost 4-6 years kalau balik kg suami or anywhere on earth we go.. akak yg drive, sebab penyakit "tak berani naik kereta yang orang lain bawak" dah sebati dalam diri ni.. penat atau tak terpaksa gak redah.. dan sekarang phobia tu dan berjangkit bila naik flight :P semoga Allah dapat memulikan semula semangat dalam diri ni... :(
Sis AI said…
Macam2 jdi.. Alhamdulillah, nsib baik sis terselamat kan.. Apapun, bru tdi sy dgn kluarga nak belok simpang kanan, tiba2 ada motor menyelit belah kanan dan pecut. Ibu sy hmpir nk lnggar dia. Syukur, tak langgar. Fmily marah. Pngguna jalan raya prlu lg hati2 dan brsikap snsitif kat sbarang prgerakan.. Smoga kita sntiasa dlindungi Allah..
caliph shuriken said…
alhamdulillah.. lana selamat dlm perjalanan ^^

*semoga dlm lindunganNYa sentiasa...
Cik Azz said…
Alhamdulillah..

Semoga kita semua selamat di bawah lindungan Allah.. Selamat dalam segala hal yang melingkungi kehidupan seharian..

Amin...
Unknown said…
syukur sangat2 kepadaNya ya..Tylana selamat. Ni lah pastikan awal pagi doa minta rahmatNya..sepanjang perjalanan jangan lalai dan leka ya.Allah pasti selamatkan kita. Wallahualam..
Muttallif said…
Alhamdullillah LANA,

Selamat pergi dan selamat sampai. Syukur.

Tapi sikap pemandu kita sekarang semakin menjelekkan. itu yang saya mahu perkatakan. (marah!)
mujagirl92 said…
aish,, muja tk suka tngok accidents,, takut
alhamdulillah lana selamat tiada ape yg belaku..moga allah lindungi lana dan org yg berada disamping lana

segelintir pemandu lori agak ketelaluan penting kan diri pandu dgn laju..cik eyla salu gak terkene menakutkan.
ary_lee said…
Ada satu pengajaran yang cuba disampaikan Glee dalam episod On My Way..
Don't ever text when U r driving..

*kena tak komen dengan entri Lana?
HahahahaXD
Cik Kay Jue said…
Ya Allah.. macam2 berlaku di atas jalan raya... itu yang amat merisau kan saya kak.. huhu..
APAN said…
nasib baik xde pape yg berlaku kpd kamu...kalau x naya aku :)

Popular Posts