RSS Feed

"Eh, dia tiada tangan lah"

11

May 6, 2012 by


Ada dikalangan kita, sifat kehairanan dan takjubnya sangatlah over. Kita disamping dia, sampai rasa tidak selesa dibuatnya.

Belum lagi yang dihairankan itu mendengar butir bicaranya, silap gaya, mahu tersungkur dan terus tenggelam dalam rasa rendah diri dan hina.

Apabila kita berdepan dengan mereka yang kurang upaya, yang selalu kita gelar OKU singkatannya, segeralah set dalam minda bahawa mereka juga serupa dengan kita. Sama-sama manusia. Apa yang kita mahu, mereka juga berkehendakkannya.

Kalau anda rasa simpati, dan ingin membantu, tetapi tidak tahu bagaimana ingin memulakannya, mari, saya kongsikan sedikit panduan untuk kita bersama.

Mulakan dengan dua perkara: Sebuah salam dan seulas senyuman. Tidak perlu diterangkan kebaikannya, kita sudah diajar mengenainya sejak mula mengenal dunia.

Dan, jika perlu, bertanyalah secara berhemah, "Ada apa-apa yang saya boleh bantu saudara?". Jangan gusar untuk bertanya, saya percaya, mereka memerlukan bantuan kita. Kerana kebanyakkan yang ada disekeliling kita dibina untuk memudahkan orang 'celik' dan 'normal' seperti kita. 

Kita juga, si 'celik' dan 'normal' juga memerlukan bantuan mereka.. untuk menginsafi, mensyukuri dengan apa yang telah Allah bagi. Maklumlah, sebagai manusia, kita memang, mudah sangat lupa diri.



11 comments »

ain farahin said...

senyum tak perlu kata apa2.
senyum itu sedekah dan permulaan yang baik.

nasir hamzah said...

betul apa yg lana cakap.. mereka juga seperti kita. walaupun mereka oku tapi mereka punyai kelebihan yg tiada pd kita.. bantu membantulah sesama insan yg memerlukan..

Cik Kay Jue said...

betul tu kak..... :'(

~ Cik Azz ~ said...

Betul la tu..

Tapi naluri kita mmg agak sukar nak lari dari terus memandang golongan seperti ini.. Bukan memandang dengan hina, tapi memandang dengan rasa simpati.. Dan akhirnya kita akan mensyukuri apa yg kita ada..

Selain dari itu, jangan lupa untuk mendoakan golongan sebegini agar hidup mereka diberkati dan dilindungi Allah selalu..

Kadang2 kita tidak mampu untuk menyumbang, namun sumbangan doa kita yang ikhlas itu didengari olehNYA... InsyaAllah...

Elih Japahar said...

Betul tu ^_^ manusia kan..

aizamia3 said...

mereka tak minta jadi begitu.. bila ada peluang bantulah mereka walau hanya dengan secebis doa.. ;)

PariPariPutih said...

Dulu-dulu masa aku balik jalan kaki dari kerja... aku saja yang selalu pimpin orang buta melintas jalan, dan orang keliling?? Lihat awek yang seksi... pegang si OKU dgn pandangan hina derang.... ada aku kesah ke?? salah ke aku bagi bantuan pada yang memerlukan.. biarlah aku pimpin tangan sibuta, dari aku pimpin tangan orang yg celik tapi buta mata hatinya... ko hader?? hak hak hak

caliph shuriken said...

teringat plak citer lama kt stesen komuter Serdang wktu intern dulu..

*kemudahan yg ada di sekeliling kita x byk bpihak kpd golongan OKU...

Jasman said...

sy klu boleh xnak tengok org oku ni...bkn sbb apa, cuma xnak rasa sayup/sedih kat ati ni...

APAN said...

diharap kita yg sempurna secara fizikalnya ini boleh mengambil pengajaran drpd entri kakak kecik ini...

Jahidih Saili said...

Salam..setuju sgt dgn lana..
sy suka pggil org dlm golongan ni sebagai ahli syurga..kalau nk dptkan syurga, salah satu caranya adalah dgn cara membantu golongan ni..
bila dpt membantu golongan xbernasib baik ni, rasa gembira sgt2..:)

Powered by Blogger.