"Eh, dia tiada tangan lah"
Ada dikalangan kita, sifat kehairanan dan takjubnya sangatlah over. Kita disamping dia, sampai rasa tidak selesa dibuatnya.
Belum lagi yang dihairankan itu mendengar butir bicaranya, silap gaya, mahu tersungkur dan terus tenggelam dalam rasa rendah diri dan hina.
Apabila kita berdepan dengan mereka yang kurang upaya, yang selalu kita gelar OKU singkatannya, segeralah set dalam minda bahawa mereka juga serupa dengan kita. Sama-sama manusia. Apa yang kita mahu, mereka juga berkehendakkannya.
Kalau anda rasa simpati, dan ingin membantu, tetapi tidak tahu bagaimana ingin memulakannya, mari, saya kongsikan sedikit panduan untuk kita bersama.
Mulakan dengan dua perkara: Sebuah salam dan seulas senyuman. Tidak perlu diterangkan kebaikannya, kita sudah diajar mengenainya sejak mula mengenal dunia.
Dan, jika perlu, bertanyalah secara berhemah, "Ada apa-apa yang saya boleh bantu saudara?". Jangan gusar untuk bertanya, saya percaya, mereka memerlukan bantuan kita. Kerana kebanyakkan yang ada disekeliling kita dibina untuk memudahkan orang 'celik' dan 'normal' seperti kita.
Kita juga, si 'celik' dan 'normal' juga memerlukan bantuan mereka.. untuk menginsafi, mensyukuri dengan apa yang telah Allah bagi. Maklumlah, sebagai manusia, kita memang, mudah sangat lupa diri.
Comments
senyum itu sedekah dan permulaan yang baik.
Tapi naluri kita mmg agak sukar nak lari dari terus memandang golongan seperti ini.. Bukan memandang dengan hina, tapi memandang dengan rasa simpati.. Dan akhirnya kita akan mensyukuri apa yg kita ada..
Selain dari itu, jangan lupa untuk mendoakan golongan sebegini agar hidup mereka diberkati dan dilindungi Allah selalu..
Kadang2 kita tidak mampu untuk menyumbang, namun sumbangan doa kita yang ikhlas itu didengari olehNYA... InsyaAllah...
*kemudahan yg ada di sekeliling kita x byk bpihak kpd golongan OKU...
sy suka pggil org dlm golongan ni sebagai ahli syurga..kalau nk dptkan syurga, salah satu caranya adalah dgn cara membantu golongan ni..
bila dpt membantu golongan xbernasib baik ni, rasa gembira sgt2..:)