RSS Feed

Jangan meletakkan harapan pada mereka yang bergelar manusia

15

May 3, 2012 by


Antara yang saya pelajari dan fahami tentang kehidupan ialah, sebagai manusia, saya tidak meletakkan harapan pada manusia lainnya.

Bagi saya, bukanlah tidak boleh meletakkan harapan, cuma, letaklah garis sempadan, supaya tidak berlebih-lebihan dan tidak kecewa dihari kemudian.

Contoh, anda berkorban tenaga, masa, kewangan dan perasaan, bagi menjaga hati insan yang anda sayangi,  dengan harapan, dia akan membalasnya suatu masa nanti, dengan harapan, dia akan menyedari bahawa anda amat menyayanginya. Dengan harapan..dan harapan..

Usah begitu..ajar diri anda, dan orang2 yang anda sayangi, supaya sandarkan setiap harapan pada Ilahi. Dalam tempoh itu, anda akan belajar soal keikhlasan hati. Soal balasan, soal kesedaran, tolak dahulu ketepi. Yang penting, anda percaya bahawa DIA sentiasa berada disisi. 



15 comments »

fArAh kUchEnGg said...

yup, betol tu ckp kamu. tidak terlalu meletakkan harapan pada manusia.. ape2 pon thanks yea coz sudi kongsikan entry ini :)

Encik H said...

pertama kali saya jenguk ke sini..dan Alhamdulillah, entry pertama yang dibaca dah mampu menarik hati..:)

Muttallif said...

Ikhlaskan diri dalam segala perkara yang kita lakukan...Letakkan DOA dan Tawakkal kepada Allah swt

ShalleyshaLina a.k.a ChaLie said...

so true...

Cikgu Azim said...

ya ya ya sy sokong betul ni http://takmungkinbenar.blogspot.com

Ahmad Saufe said...

Bak kate lam citer DBLK..." Semakin Tinggi Harapan Semakin Sakit Jatuhnya"

jgn le kiter terlalu mengharap akan harapan yg d sandar sesama makhluk..sandarkan lah pd kenangan..haha..

....sandarkan pengharapan kpd yg Maha Esa..wallahualam.

sis92 said...

mberi harapan lepastu bila kita dah bagi petanda positif, mhilang macam tu saja ..

harapan palsu tu namanya..huhu

Cha_Haya said...

setuju.

meletakkan pengharapan hanya kepada Allah atau kita hanya akan kecewa apabila meletakkan harapan kepada manusia. =)

peringatan utk dri sndri jg agr tdk terlupa...

nice sharing..

caliph shuriken said...

noted.. insyaAllah.. nice sharing ^^

nasir hamzah said...

yer lana, pernah terjadi pada nasir, sehingga tiba pada satu tahap menjadikan nasir terlalu kecewa.. dari situ nasir belajar ikhlaskan hati.. walaupun belum berjaya sepenuhnya, tapi kata org taklah nanti kita terlalu kecewa dengan apa yg " manusia" buat pada kita..huhu..

sayangilah mereka seadanya.. cinta pada Ilahi lebih utama..

Nurmujahidah Ismail said...

wah lana berfalsafah,, best baca setiap yang lana tulis,, hehe

coklat susu said...

setuju sngt dgn sis..kalau harapkan kita tu tinggi lagi senanglah kita akan kecewa nanti..sy pernah kena mcm tu.sakitny hnya DIA yg tahu..tp ada hkmah disebalik kejadian,sy lebih mendekatkan diri dgn PENCIPTA saya :')

Sharina Abdullah said...

Hm sedih pula baca entry ni. Sbb banyak sangat berharap, makin kuat lah sakitnya. Nice entry kak lana :)

Karukord Jagau's said...

betul3...saya sukuuung.. >_<

ary_lee said...

terlampau berharap hanya membuatkan hati kecewa..
Tapi kan.. Kadang kita tau ianya tak menjadi..
Tapi masih tetap berharap..

Powered by Blogger.