Jangan meletakkan harapan pada mereka yang bergelar manusia
Antara yang saya pelajari dan fahami tentang kehidupan ialah, sebagai manusia, saya tidak meletakkan harapan pada manusia lainnya.
Bagi saya, bukanlah tidak boleh meletakkan harapan, cuma, letaklah garis sempadan, supaya tidak berlebih-lebihan dan tidak kecewa dihari kemudian.
Contoh, anda berkorban tenaga, masa, kewangan dan perasaan, bagi menjaga hati insan yang anda sayangi, dengan harapan, dia akan membalasnya suatu masa nanti, dengan harapan, dia akan menyedari bahawa anda amat menyayanginya. Dengan harapan..dan harapan..
Usah begitu..ajar diri anda, dan orang2 yang anda sayangi, supaya sandarkan setiap harapan pada Ilahi. Dalam tempoh itu, anda akan belajar soal keikhlasan hati. Soal balasan, soal kesedaran, tolak dahulu ketepi. Yang penting, anda percaya bahawa DIA sentiasa berada disisi.
Comments
jgn le kiter terlalu mengharap akan harapan yg d sandar sesama makhluk..sandarkan lah pd kenangan..haha..
....sandarkan pengharapan kpd yg Maha Esa..wallahualam.
harapan palsu tu namanya..huhu
meletakkan pengharapan hanya kepada Allah atau kita hanya akan kecewa apabila meletakkan harapan kepada manusia. =)
peringatan utk dri sndri jg agr tdk terlupa...
nice sharing..
sayangilah mereka seadanya.. cinta pada Ilahi lebih utama..
Tapi kan.. Kadang kita tau ianya tak menjadi..
Tapi masih tetap berharap..