Kahwin
Start angka umur beralih pada 20 tahun, diri mula diterjah persoalan, "bila nak kahwin?".
Takpun, ada yang bilang, "dah boleh la tu kahwin".
Di blog juga diterjah perkara yang sama.
Mentang-mentangla lana bagitau umur lana, korang ni kan, kena silat baru tau, hahaha.
Lana tiada jawapan..sebab tu la, apabila ada yang bertanya, lana diamkan saja.
Bagi lana, kahwin..urmm..sebahagian perjalanan hidup.
Dan perjalanan tu pula sering ditemani pertanyaan:
"Selepas SPM, ko nak masuk U mana?"
"Habis diploma, ko nak sambung ijazah apa?"
"Pasni, ko nak bekerja kat mana?"
"Bila nak bertunang?"
"Nikah ngan sandingnya kat mana, bila?"
"Bila nak dapat anak ni?"
"Dah anak ke berapa?"
"Anak ko yang sulung tu belajar tadika mana?"
"........................."
"Anak yg sulung tu dah sudah SPM kan? Pasni dia sambung mana?"
"........................."
Soalan-soalan itu akan berterusan, berpusing bak roda.
Perkataan mungkin berbeza, maksudnya menuju arah yang sama.
Sama2 kita berdoa, dipanjangkan usia utk sampai ke setiap 'peringkat pertanyaan' dengan berjaya.
Comments
sama la lana,soalan ni selalu hana dapat sejak nak abis belajar ni...pening nak jawab ,soalan exam pun x pening camni...hehehe
* semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik dari Allah. amin~
...Lana...jeng jeng jeng..mesti tak lama lagi kan...amin...semoga apa yg diimpikan akan menjadi mudah....n Pasal orang tanya-tanya tu...jawab dengan senyuman jer...tapi kalau dalam blog tak nampak senyum ke, serius ker...tulis macam ni jer pun okey...teeett!~ T__T hihihi...
Just kidding okey Lana ...
Amin..kalau umur panjang , da ade pengalamn sndiri dptlah jwb semua soaln2 ue kan..~
Dan sebab itu akakpun tak suka bila orang tanya akak, bila nak kawen..
Insya-ALLAH bila ada JODOH^^