Kahwin


Start angka umur beralih pada 20 tahun, diri mula diterjah persoalan, "bila nak kahwin?". 
Takpun, ada yang bilang, "dah boleh la tu kahwin".

Di blog juga diterjah perkara yang sama.
Mentang-mentangla lana bagitau umur lana, korang ni kan, kena silat baru tau, hahaha.

Lana tiada jawapan..sebab tu la, apabila ada yang bertanya, lana diamkan saja.

Bagi lana, kahwin..urmm..sebahagian perjalanan hidup.
Dan perjalanan tu pula sering ditemani pertanyaan:

"Selepas SPM, ko nak masuk U mana?"
"Habis diploma, ko nak sambung ijazah apa?"
"Pasni, ko nak bekerja kat mana?"
"Bila nak bertunang?"
"Nikah ngan sandingnya kat mana, bila?"
"Bila nak dapat anak ni?"
"Dah anak ke berapa?"
"Anak ko yang sulung tu belajar tadika mana?"
"........................."
"Anak yg sulung tu dah sudah SPM kan? Pasni dia sambung mana?"
"........................."

Soalan-soalan itu akan berterusan, berpusing bak roda.
Perkataan mungkin berbeza, maksudnya menuju arah yang sama.
Sama2 kita berdoa, dipanjangkan usia utk sampai ke setiap 'peringkat pertanyaan' dengan berjaya.


Comments

Anonymous said…
huhu sis pun dah merasa bahangnya bila dah masuk angka 20..mulalah makcik2 tanya itu ini..n serius mmg soalan yg sis lana tulis tu mmg tepat sekali kihkih
Anonymous said…
kak lana kira okay apa umur 20 dah ditanya bila nak kahwin. dekat facebook tu yg muda pun dok gatai nak kahwin naa. saya doakan kak lana cepat dapat jodoh dan akan ada anak yg comel. meuehehehehehe. ok saya gurau -_-'
ewanthology said…
bila nak kawen???
..cik hana.. said…
bila lana nak kahwin? hahaha...

sama la lana,soalan ni selalu hana dapat sejak nak abis belajar ni...pening nak jawab ,soalan exam pun x pening camni...hehehe
Jajas said…
sabar lana...
aizamia3 said…
dari sebelum kahwin sampai dah ada anak.. soalan-soalan tu berputar bak roda.. takkan habis selagi hayat dikandung badan..
Cik Kay Jue said…
adeh.. rasa macam kena cubit.. haha.. :P
Unknown said…
Betul tu Cik Lana, masuk je umur angka 20 ni memang soalan tu yang femes sangat ditanya orang. :D
nasir hamzah said…
memang betul sangat lah lana, entahlah dah jadi adat agaknya pertanyaan macam tu..haha.. nasir pun dah malas nak jawab bila di tanya " bila nak kawin? entahlah.. ada jodoh ader lah, takde jodoh redha jelah yer.. har har har...
mohamad shazni said…
hehe..sabar ye lana..pasti akan tiba jua hari bahagia itu,,^___^
tanak komen entri! cuma nk taip, SILA PASTIKAN KAD UNDANGAN WALIMAH ANDA SMPI KE PETI RUMAH SAYA NANTI. sekian, terima kasih. kihkihkih..

* semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik dari Allah. amin~
APAN said…
nasib baik aku TAK pernah tanya ko pasal kawen. haha...jngn stress2 ye...kalau terasa dengan kata2 sebelom ni harap diampuni :)
caliph shuriken said…
byk laa soalan bonus kt sini.. nk tambah lagi, bole? hukk...
Apai said…
oooo dah boleh kawen ropenya ko ni..haha
Unknown said…
Persoalan yang makin dielak makin akan ditanya dan tanya dan tanya... selagi belum tutup mato... kena tanya jer le... sabau jer la bebanyak dik... ha ha ha akak dah lepas dah (but take it on the positive side, orang bertanya bermakna masih ramai orang yang ambil kisah pasal kita... selain dari nak jadik BZ BODY keh keh keh)
Reena Sidek said…
huhuhu... tulah yg saya alami sekarang lana... org dok tanya... bila nak kawin... dr umur masuk 20... org dok tanya soalan yg sama... sekarang dah masuk 26... soalan tu masih lagi... kadang2 dpt jemputan kenduri kawin... rasa tak nak pergi jer... tension betol...
Qaseh Qistina said…
mmg soalan tu sgt femes bila umo dah masuk 20.sama la..org syik tny bila nk kawen, tunang.tp qaseh jawab insyaAllah, doa2 kn cepat ye..hehe..baru snyp.
# said…
HEHEHE.... Pilihlah orang yg kita rasa yakin n tunggulah masa kita rasa dan betulx bersedia keh..

...Lana...jeng jeng jeng..mesti tak lama lagi kan...amin...semoga apa yg diimpikan akan menjadi mudah....n Pasal orang tanya-tanya tu...jawab dengan senyuman jer...tapi kalau dalam blog tak nampak senyum ke, serius ker...tulis macam ni jer pun okey...teeett!~ T__T hihihi...

Just kidding okey Lana ...
afzalsukasuki said…
aik Lana muda lagi ke?ingatkan dah geng mak2 haha
Unknown said…
wah..so, bile cik Lana nak kahwin.?hehe^^

Amin..kalau umur panjang , da ade pengalamn sndiri dptlah jwb semua soaln2 ue kan..~
bukanretis said…
tak suka soklan bila nak kawen tu.. macek2 igt jodoh jatuh dr langit ke? *sigh
NasQ said…
ala... soalan soalan tu, dah nak mati pun akan ditanya gak...
Cik Azz said…
Akak tak suka nak tanya2 orang pasal kawen ni... Walaupun dorang dah kapel lama, akak buat tak tau je. Entah la, tak berminat nak tanya peribadi orang..

Dan sebab itu akakpun tak suka bila orang tanya akak, bila nak kawen..
aswadz said…
soalan2 gitu x kan pernah stop. lps achieve satu, org akan tanya soalan laen lak. begitu lah seterus nyer.
ary_lee said…
jawapannya mudah..
Insya-ALLAH bila ada JODOH^^

Popular Posts