RSS Feed

Ke Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC

22

May 1, 2012 by


Saya minta maaf ya, pada saudara/i PariPariPutih, Caliph, Uncle, Nas@Tokey, Sis AI, Kak Azz, Cik Fiza, Nasir Hamzah, AbgTaliff, Adik Ary Adik Hilmi, Adik Sharina, Adik Kayjue, Apan dan ramai lagi. Terima kasih ya singgah diblog saya, walaupun saya tidak dapat membalasnya.

Semalam, saya ke Pesta Buku. Sampai disana jam 11.30, saya mengalas perut di The Mall terlebih dulu. Lebih kurang pukul 12.30 tengahari, saya mulakan misi mencari, buku2 yang saya nak di dalam PWTC.

Tau tak, misi saya memang betul2 macam misi, hehe. Dari 12.30 tengahari, sampai 5.30 petang saya kat dalam tu. Mula2 sampai, saya pusing dahulu, setiap tingkat dan dewan yang terlibat. Mencari, booth mana yang harus saya pergi, booth mana yg haram didepani, hehehe. Selepas dah pusing, saya berehat sebentar dipentas utama, sempat lagi melelapkan mata, hahaha. Kemudian, barulah misi sebenar bermula.

Terjahan bermula dari tingkat 3 ke tingkat pertama, saya rasa sepanjang tempoh itu, saya agak 'gila'. Saya dah cakap dah, mesti tersasar beli, hehehe. Selepas tu, baru sedar, yang patut dibeli, tak beli lagi. 

Kesudahannya?? Hari ini, saya akan pergi lagi. Semalam saya pergi seorang diri, jadi tak cukup tangan membawa kesemuanya (alasan, tulah kau, tersimpang tak habis2, hehe). Mudah2an Allah memudahkan urusan saya hari ni, seperti hari semalam. 

Salam sayang..dari saya untuk anda. Cewahh, hahaha. 



22 comments »

PariPariPutih said...

Walaikusalam, Lana ha ha ha nampaknya sudah mula dia punya projek "ulat buku" di PWTC... hokey apa.... benda2 yg berpekdah cenggini jangan dilepaskan peluang, sbb tak semua manusia ni minat dgn buku (termasuk cik paripari hu hu hu). Selamat menjalankan misi ke dua hari ni... kim salam kat rak-rak buku tu ye?? He he he adios speddy gonzalez... akak nak mandikan anak2 tonet den.. (hamster le tu) bye.... keep in touch Lana.

Jasman said...

sy xsuka baca buku...hehe

PariPariPutih said...

Jasman: teetttt (tumpang lalu kat sini jap) cik admin jgn mare aaaa... aku pun sama (aku cuma suka baca buku yang ada gambar berwarna-warni jer... bole??) keh keh keh

Cik Kay Jue said...

amboi kak lana.. shopping sakan nampak.. huhuhu jelez ni ! huhuhu.. :P

etuza said...

semoga lancar urusan ya.

ary_lee said...

Owh~~
Xda eh? Cz buku tu dah lama..
Nak bagi Lana pinjam pun, buku tuh dah takde kat ary..
cz ary bg someone spesial..
BTW, selamat memborong^^

caliph shuriken said...

wahh, sampai 2 hari misi mencari buku, hikk..

apa2 pun, hepi olidei & hepi hunting ^^

nasir hamzah said...

wah lana tengah busy cari buku rupanya, harap2 kali ni lana berjumpa ler dgn buku yg lana minat yer..

Sharina Abdullah said...

Amboi kak lana, shopping sakan. Haha nt jgn lupa bgtau kak lana beli buku apa eh, hihi :)

Munirah Shamsudin said...

Saya nak pergi Kak Lana T_T Dalam otak macam-macam buku nak beli T_T Hampa nya esok sekolah. Cis cis cis. Takpelaaaaaaaaaaaaa.

Muttallif said...

Jangan Tersasar lagi Lana. MEsti dapatkan apa terfikir.

Ataupun bawa list buku yang diidamkan. Mungkin tidak akan tersasar jauh. Insya-allah

uncle said...

salam sayang untuk lana juga..MUAHHHH lekat kat pipi seminggu tak hilang tauu hahaha ..weii beli buku apa? antarlah satu buat hadiah besday uncle kat sini hihihi

sis92 said...

wah seronknya..nanti senaraikan tau buku apa yg dibeli tu nak tau jugak :)

Karukord Jagau's said...

hahaa dh dpt ke buku yang nk di beli tu....?
ramai tak org hari ni...?

adey said...

betul moga lancar urusan hari ini, selamat berehat.

adey said...

datang tinggalkan jejak maya.

Masz Sidek said...

wah... seronoknya dpt pergi lagi...

buku siti rosmizah memang tebal... cuma novel dia keluaran buku prima jer tak tebal... sedang2 jer...

~ Cik Azz ~ said...

Beli tak buku yang akak suffest tu...?

p/s: Aikk... Komen dah ada moderation dah.. :D

TokeY said...

Lana Lana Lana....:), singgah sokmo...sinimm.

sha my heart said...

Bestnya..
Sy belum ada kesempatan nk pg PBKL. Jauh la katakan, lgpn xada ongk0snya. Hihi.

APAN said...

lama betul lpk dalam tu...mmg penagih betul ni...jngn membazir sngat dah le. beli bnyk2. tpi x baca. contoh, beli buku resepi, tpi haram x pandai masak pun. nak cuba pun mls. apa kes? haha...

boleh gak nama aku ada situ. pelik nih...

Jahidih Saili said...

Salam..tahun ni.sy xdpt pg ke pesta buku..hehe..klu nk pg, sy nk cari byk jurnal tp xda rzki kot :) mesti byk buku lana beli kan?

Powered by Blogger.