Ke Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC
Saya minta maaf ya, pada saudara/i PariPariPutih, Caliph, Uncle, Nas@Tokey, Sis AI, Kak Azz, Cik Fiza, Nasir Hamzah, AbgTaliff, Adik Ary, Adik Hilmi, Adik Sharina, Adik Kayjue, Apan dan ramai lagi. Terima kasih ya singgah diblog saya, walaupun saya tidak dapat membalasnya.
Semalam, saya ke Pesta Buku. Sampai disana jam 11.30, saya mengalas perut di The Mall terlebih dulu. Lebih kurang pukul 12.30 tengahari, saya mulakan misi mencari, buku2 yang saya nak di dalam PWTC.
Tau tak, misi saya memang betul2 macam misi, hehe. Dari 12.30 tengahari, sampai 5.30 petang saya kat dalam tu. Mula2 sampai, saya pusing dahulu, setiap tingkat dan dewan yang terlibat. Mencari, booth mana yang harus saya pergi, booth mana yg haram didepani, hehehe. Selepas dah pusing, saya berehat sebentar dipentas utama, sempat lagi melelapkan mata, hahaha. Kemudian, barulah misi sebenar bermula.
Terjahan bermula dari tingkat 3 ke tingkat pertama, saya rasa sepanjang tempoh itu, saya agak 'gila'. Saya dah cakap dah, mesti tersasar beli, hehehe. Selepas tu, baru sedar, yang patut dibeli, tak beli lagi.
Kesudahannya?? Hari ini, saya akan pergi lagi. Semalam saya pergi seorang diri, jadi tak cukup tangan membawa kesemuanya (alasan, tulah kau, tersimpang tak habis2, hehe). Mudah2an Allah memudahkan urusan saya hari ni, seperti hari semalam.
Salam sayang..dari saya untuk anda. Cewahh, hahaha.
Comments
Xda eh? Cz buku tu dah lama..
Nak bagi Lana pinjam pun, buku tuh dah takde kat ary..
cz ary bg someone spesial..
BTW, selamat memborong^^
apa2 pun, hepi olidei & hepi hunting ^^
Ataupun bawa list buku yang diidamkan. Mungkin tidak akan tersasar jauh. Insya-allah
ramai tak org hari ni...?
buku siti rosmizah memang tebal... cuma novel dia keluaran buku prima jer tak tebal... sedang2 jer...
p/s: Aikk... Komen dah ada moderation dah.. :D
Sy belum ada kesempatan nk pg PBKL. Jauh la katakan, lgpn xada ongk0snya. Hihi.
boleh gak nama aku ada situ. pelik nih...