Rama-rama putih
Semalam. Khamis malam Jumaat.
Sebelum mata terlelap,
Kelibat sang rama-rama berwarna putih memunculkan diri dibilik kecil ini.
Terbangnya begitu sederhana.
Sehinggalah pada satu detik, sang rerama terlanggar bilah kipas.
Jatuh kelantai terhempas.
Lana cari mana kelibatnya..sesaat ada, tiada pula sesaat kemudiannya.
Pagi ini, bangun. Di kaki katil, disitu penghujung nyawanya.
---------------------------------------
Jumaat, 12 tengahari, 2 Syaaban 1433H bersamaan 22 Jun 2012.
Opah Wah selamat kembali pada Penciptanya.
Al-Fatihah buat mu.. Gugur seorang lagi orang tua dalam keluarga besar ibunda.
Umurnya sudah menjangkau angka 80an.
Ibunda bercerita, dua minggu lalu, tanda2 panggilannya sudah ada.
Nyanyuk, keluar rumah berkaki ayam, cakap merapu-rapu..
Comments
smoga tabah hadapinya
p/s: Jangan pulak kaitkan rama2 putih tu dengan pemergian arwah...
moga ditempat bersama org2 beriman.. amin
Smoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg soleh. amin