Kuntilanak dan L'oreal
Membantu jiran menguruskan homestaynya, telah menemukan saya dengan pelbagai ragam manusia yang tidak pernah saya jumpa.
Yang terlebih jujur. Pinggan pecah diberitahu, memohon maaf pun tak segan silu.
Yang jenis kureng2, kepala paip patah, lampu dilibas sampai pecah.
Bila time pulangkan kunci, senyum semacam. Tahu sudah, mesti ada perabot yang karam.
Tapi, yang menipiskan kesabaran saya, kerabat Kuntilanak Diraja.
Kerabat ini mempunyai rambut yang panjang berjela.
Bila kerabat ni bermaharajalela, memang naik suhu badan saya.
Apa tidaknya, setiap kali mereka selesai mendiami. Terkejutlah diri.
Melihat lantai dibanjiri rambut mereka. Kadang2 itu, macam baru selepas tsunami.
MasyaALLAH.. sabar sajalah memujuk hati.
Kerabat Kuntilanak ni pun satu..ingat model L'oreal ke apa?
"Kerana dirimu begitu berharga"
(-_-)
Uruskanlah 'sisa-sisa' kita dengan baik ya..termasuk rambut juga.
Kemana pun kita pergi, bukan setakat membawa diri, pandai2lah juga membawa peribadi.
Comments
Lain kali kena letak syarat, hanya yang botak je boleh sewa homestay tu.. hehehe...
Syaz follow sini. Teruskan menulis. :)
n____n
Kemas macam yang kita masuk..
Tapi ary buat ala kadar je:P
Kemas macam yang kita masuk..
Tapi ary buat ala kadar je:P
mesti pompuan letew
sampai rambut pun ada? mls sngt gayanya tuh...
biasanya harga homestay dah masuk utk kos2 yg akan pecah kan? huhuhuhu
Nak tahu nasir cakap apa? Peh!! dah macam tongkang pecah bilik neh..hehe..
mungkin ada hikmah nya nasir keja kat situ.. sekarang kalau nasir sewa hotel ke homestay ker.. bila cheack out pasti clean... eheheh...
perangai mcam2 kan...
atie rajin gak sewa homestay...
tp kite kene jaga mcma umah kite sendiri...
dah macam2 cara buat... masih jugak macam tu...
setiap kali lepas sikat rambut... mesti kena besihkan rambut yg gugur tu... huhuhuhu