Kemenangan di Medan Pertempuran


Dengan izinNYA, umat Islam diseluruh dunia akan menyambut hari kemenangan, setelah berperang dalam medan tempur Ramadhan selama sebulan.

Tahniah buat anda, kerana berjaya melaluinya dengan baik. Malah, mungkin lebih baik dengan kemenangan berganda berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Saya? Setakat entry ini ditulis, saya berjaya tidak menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan. Mungkin bagi anda, apalah sangat nilai kejayaan tu kan.

Tapi bagi saya, duduk dibandar yang dikelilingi pelbagai bazar, peluang untuk menidakkannya dan membuat dek aje, bagi saya adalah sukar.

Dan, sikap gopoh ketika berbuka juga, semakin berkurangan. Tahun2 sebelum ini, paling tidak, sebaik azan Maghrib berkumandang, tangan lekas menggenggam air tebu secawan, diikuti segelas air masak. Sekarang, air tebu tiada, tinggal air masak sebelum mula menjamu selera.

Bagaimana soal ibadat? Saya tidak tahu. Itu biar ALLAH sahaja yang menilainya. 

Apapun, saya mendoakan yang terbaik untuk kita semua.


Comments

nurdani said…
tahun ni rasa lebih baik daripada sebelumnya. berbuka dengan air masak pun dah mencukupi. nikmat berpuasa tu seronok sangat Lana.

selamat menyambut hari raya maaf zahir batin :D
Jajas said…
semalam berbuka dgn nasi arab kambing+ayam...
Chic Na said…
cik na pun dah berjaya mengelakkan pembaziran. macam tahun2 sudah mmg banyak membazir terutama di pasar ramadhan. skrg tinggal ngn family dah tak pegi pasar ramadhan lg.

harap yg terbaik juga utk semua. :)
Unknown said…
As Salam Lana... tahniah sbb tak menjejak kaki ke BAZAR RAMADHAN... same here... dan rasanya tahun ini lebih byk penjimatan dari pembaziran alhamdulillah ^.^ bagaimanapun dari segi amalan secara jujurnya masih belum mencapai tahap yg terbaik... (banyak sangat2 yang harus akak perbaiki... iman, solah etc)... semoga ini bukanlah RAMADAHN terakhir buat kita sume insyallah... semoga kita diberi usia lanjut untuk bertemu RAMADAH di tahun hadapan. amin.....
Lovely Lieyza said…
tahniah...kita sama... tidak mnjejakkn kaki ke bazar taun nie.... :)
kerisperak said…
Mungkin sebab usia. Usia mematangkan fikiran selain pengalaman yang tidak putus2. Apa2 pun, berubahlah menjadi yang terbaik dan ke arah kesempurnaan (mencari kesempurnaan).

hope ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya, dan jadikan ramadhan tahun ini sbg kayu pengukur untuk menambahbaik ramadhan yang akan datang.. insyaallah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN LANA..^_^ sy nak memohon ampun maaf seandainya sepanjang sy berkenalan dgn Lana melalui dunia maya, sy ada terkasar bahasa, buat Lana terkecil hati, saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..

p/s: ucapan awal takut tiada kesempatan nanti.. jaga diri ya Lana.
Lelaki said…
rasanya seperti kepalsuan jika tidak diraikan ramadan bersama bazaar ...hehe!
caliph shuriken said…
bersederhana itu lebih baik kn ^^
Unknown said…
betul tu.. bila dikelilingi bazar ramadhan ni, memang susah nak kawal nafsu kita sebenarnya
APAN said…
cayalah sis...blh tahan x pegi bazar tu...bagus2...
mmg kalau pegi hari2 pun jemu nak beli nanti...
last2 beli mende sama gak...
Unknown said…
sib baek tengah diet.. bazar pergi untuk cuci mata sajer.. hehee... neway salam raya ... and Good Luck... Habiskan sisa ramadhan tahun ni yang ade dengan sehabis baik.. InsyaAllah.. amin buat semua
gnesop said…
kemenangan mengikut pandangan sendiri.. semoga kita ambil pengajaran dari kisah2 nabi tentang kemengan aidilfitri bukan mennag buat kuih raya.. hehehe

peperangan yg akan kita rindui iaitu Ramadan :)
ewanthology said…
orang bujang mcm saya confirm kena pegi bazar...klu x pegi nak berbuka apa?? huhu
Ety said…
sama-samalah kita.

salam 10 Ramadhan terakhir dan salam Aidilfitri :)
NasQ said…
setakat hari ni aku berjaya tidak meninggalkan bazar ramadhan kerana mana ada masa nak masak...
mujagirl92 said…
bazar is a must,, mana leh mask kat asrama,, hehe
Pecinta pink^^ said…
bgus lana..tak p bazar.akma ikut mood.hehe..
rasanye puasa thun ni lbih best:)
Abang Karu said…
saya berjaya menjejak kan kaki ke bazar setiap hari.....x pernah tetinggal lg walau sehari..... hehheee kalau x beli .... sapa nk masak......huhuhuuu
Abang Karu said…
salam dan slmt hari raya Lana.... ^__^
fuzore said…
kalau hari kerja mmg singgah kat bazar la jawabnya.. itu pun kalau x de plan makan kat luar.. cuma hari cuti je dapat makan wife masak kat rumah..
Cendol said…
aah kan mmg payah nak tahan tak pegi bazar.cendol setakat ni pegi bazar sekali.pastu tak pegi dh sebab pegi bazar buat sakit hati je baik tak payah.duk rumah lg baik.
ha taun ni cendol pn TERPAKSE mkn dgn sopan sebab ade tetamu berbuke sekali.tak dpt le gelojoh2 mcm selalu.haha
btw,tahniah le ats kjayaan kamu tu >__<
Unknown said…
tahun nie seperti tahun2 yang lepas, tiada beza, cuma yang menariknya adalah.....???biar lah rahsia..kekeke
tirahzairi said…
bleh kira bpe kali p bazaar...mkn ape mak msk je...2 pon xabes....merdeka...tetbe...hihi
Aimacomel said…
seronok kan bila kita berjaya mengawal nafsu bukan setakat nafsu makan je,
alhamdulillah baby tahun ni pun semuanya bersederhana dalam berhemah..
Nong Andy said…
tahniah sebab masih bertahan tidak ke bazaar ramadan..
ary_lee said…
Hari raya hari kemaafan..
hari raya hari kemenangan..
setelah jalani ujian..
bersederhanalah...

Eh? Nyanyi plak^^
Selamat ari raya lana^^


Nak tau? Ari tuh ary ter-mimpi Lana..
Betull..
Tak tipoo...
Yang tak boleh blah, ary terjumpa beg lana warna purple..
Then Lana sombong pada ary waktu tu..
Haru T_T
Reena Sidek said…
sy dah beberapa kali pergi bazar tu pun sbb nak beli roti john atau Abc jer... yg lain2 tak pandang...

shuhadaothman said…
thun ni shu kurang pegi bazar sbb da dok kt umah. Kalau thun lps tiap hari la. Hehe ^^
Cik Kay Jue said…
amin...
sy pun rasa thn ni rasa nak mkn buke tu tak de la bernafsu sangat... biasa2 je.. kalau da g bazar tu macam tak tau nak beli or nak makan apa...
beta tak pergi bazar ramadhan. tapi 1 yang pasti tiap kali ramadhan, beta wajib berbuka dengan air keladi. setiap hari! :)

Popular Posts