Kemenangan di Medan Pertempuran
Dengan izinNYA, umat Islam diseluruh dunia akan menyambut hari kemenangan, setelah berperang dalam medan tempur Ramadhan selama sebulan.
Tahniah buat anda, kerana berjaya melaluinya dengan baik. Malah, mungkin lebih baik dengan kemenangan berganda berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Saya? Setakat entry ini ditulis, saya berjaya tidak menjejakkan kaki ke bazar Ramadhan. Mungkin bagi anda, apalah sangat nilai kejayaan tu kan.
Tapi bagi saya, duduk dibandar yang dikelilingi pelbagai bazar, peluang untuk menidakkannya dan membuat dek aje, bagi saya adalah sukar.
Dan, sikap gopoh ketika berbuka juga, semakin berkurangan. Tahun2 sebelum ini, paling tidak, sebaik azan Maghrib berkumandang, tangan lekas menggenggam air tebu secawan, diikuti segelas air masak. Sekarang, air tebu tiada, tinggal air masak sebelum mula menjamu selera.
Bagaimana soal ibadat? Saya tidak tahu. Itu biar ALLAH sahaja yang menilainya.
Apapun, saya mendoakan yang terbaik untuk kita semua.
Comments
selamat menyambut hari raya maaf zahir batin :D
harap yg terbaik juga utk semua. :)
hope ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya, dan jadikan ramadhan tahun ini sbg kayu pengukur untuk menambahbaik ramadhan yang akan datang.. insyaallah.
SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN LANA..^_^ sy nak memohon ampun maaf seandainya sepanjang sy berkenalan dgn Lana melalui dunia maya, sy ada terkasar bahasa, buat Lana terkecil hati, saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..
p/s: ucapan awal takut tiada kesempatan nanti.. jaga diri ya Lana.
mmg kalau pegi hari2 pun jemu nak beli nanti...
last2 beli mende sama gak...
peperangan yg akan kita rindui iaitu Ramadan :)
salam 10 Ramadhan terakhir dan salam Aidilfitri :)
rasanye puasa thun ni lbih best:)
ha taun ni cendol pn TERPAKSE mkn dgn sopan sebab ade tetamu berbuke sekali.tak dpt le gelojoh2 mcm selalu.haha
btw,tahniah le ats kjayaan kamu tu >__<
alhamdulillah baby tahun ni pun semuanya bersederhana dalam berhemah..
hari raya hari kemenangan..
setelah jalani ujian..
bersederhanalah...
Eh? Nyanyi plak^^
Selamat ari raya lana^^
Nak tau? Ari tuh ary ter-mimpi Lana..
Betull..
Tak tipoo...
Yang tak boleh blah, ary terjumpa beg lana warna purple..
Then Lana sombong pada ary waktu tu..
Haru T_T
sy pun rasa thn ni rasa nak mkn buke tu tak de la bernafsu sangat... biasa2 je.. kalau da g bazar tu macam tak tau nak beli or nak makan apa...