RSS Feed

Eksklusif

24

October 11, 2012 by


Wanita, tahukah anda kenapa agama menitikberatkan soal pemakaian?
Ada dua langkah untuk mengetahui jawapannya.

Pertama, pergi kekedai mamak, orderlah apa-apa.
Kedua, perhati para lelaki yang dewasa. Tak kira bangsa, agama.

Sebaik perempuan lalu lalang, automatik mata mereka bulat terbuntang.
Dalam keadaan terbuntang, anak mata fuhhh! Atas bawah meliar pandang.
Tak cukup tu, pandang dari kanan kekiri. Ada juga pandangannya sampai tahap silang menyilang!

Tak cukup dengan 'scanning', ada tu sampai buat 'X-Ray', siap dengan 'analisis' sekali!!

Setiap kali saya kekedai mamak, memang saya perhati kaum Adam punya aktiviti.
Leka manapun pandangan mereka terhadap perempuan yang lalu lalang,
leka lagi saya bila memikirkan apa yang mereka bayang!

Tak boleh juga salahkan mereka. Mata mereka tercipta sedemikian rupa.

Jadinya, wanita, jagalah apa yang perlu.
Kita bukan setakat mahal, tinggi nilai dan mutu, malah EKSKLUSIF!



24 comments »

Ahmad Saufe said...

tak salah kita menghargai anugerah Allah tu, peremfuan...

LelakiSemalam said...

tau tak per!

hehe!

the malay male said...

lelaki mmg mcm tu.... saya tahulah sebab saya lelaki.. huhu

leakedknowledge said...

amboi kemain dia...nak sarkastik sungguh...mata mereka tercipta sedemikian rupa...mpuan pun lebih kurang jer pada hakikatnya...

~ Cik Azz ~ said...

Tak suka masuk kedai mamak..

Tp pernah gak masuk..

Tak pandang sangat dorang.. Lebih tumpukan perhatian pada tahap kebersihan kedai dan makanan serta tandas je.. :-)

caliph shuriken said...

siap sebut combo tuu.. scanning, x-ray, analisis, hikk...

Chic Na said...

betul tu. selalu gak perhati. kdg2 kita yg naik malu. :)

azie namico said...

di sebabkan mahal, tinggi nilai dan mutu, malah EKSKLUSIF la lelaki suka tengok...ahaks


hi lana syg !

nurdani said...

itulah mata...

Tukang Karut said...

Hihi... Alamak.. boleh kantoi cam ni...

kasut puteh said...

true. mata diorang yg rabun pon boleh jd terang kalau menscanning. huhu

Jajas said...

hahaha...masa mamak tu goreng mee goreng aku tu...siap korek telingga dgn jari kelengkeng...

PotiaCasaDelarossa said...

tu lah... fikirkanlah dulu sebelim pakai... pakaian dalam pon kena yang gelap2...

Ayie Abas said...

kecuali mata yg hatinya ada ALLAH dan dadanya ada IMAN dan lagi...hidupnya ada SUNNAH...^__^

Muttallif said...

Indahnya ciptaan Allah

Nong Andy said...

salam..

nak komen.. tapi tak tau nak komen macam mana... komen2 yg lain di atas nampaknya dah byk. malas akak nak ulang derang dah cakap semua :D

aizamia3 said...

suka perhatikan orang dalam diam.. ;)

shidaR said...

betul lana..tp dlm hal ni dua2 kne cntrol keadaan kan..kalo nk kate pompuan je jga..yg pkai baju btutup pon depa nk pndang..sebab laki mmg lumrah mcm tu..

Embun Melati said...

buat lelaki dan perempuan:

dua-dua jaga aurat,dua-dua jaga pandangan..

trah zain said...

betul2.. sgt takut bila fikir apa la yg dorang duk pikir tu.. moga Allah pelihara diri kita daripada sebarang fitnah..amin..

Norhaizan hakim said...

Samer ngan Nong Andy.

azstory said...

Mata mereka tidak tercipta untuk itu, namun nafsu yg mendorong mata untuk tercipta untuk itu..

Lan Bingka said...

saya tutup mata, tapi scan.. hmm

Ruzzezanie said...

dan beta pernah tengking seorang jantan kerana tengak beta macam errr. ntah lah. dan hasilnya seisi kedai terkejut dan jantan tadi blah.

ok, beta ni kalau keadaan memaksa memang beta hilang kesopanan sebagai gadis.selamba beta ni kadang-kadang tak dijangka. ahh, pedulik apa beta!! sapa suh tgk beta macam tu. kan??

Powered by Blogger.