Eksklusif
Wanita, tahukah anda kenapa agama menitikberatkan soal pemakaian?
Ada dua langkah untuk mengetahui jawapannya.
Pertama, pergi kekedai mamak, orderlah apa-apa.
Kedua, perhati para lelaki yang dewasa. Tak kira bangsa, agama.
Sebaik perempuan lalu lalang, automatik mata mereka bulat terbuntang.
Dalam keadaan terbuntang, anak mata fuhhh! Atas bawah meliar pandang.
Tak cukup tu, pandang dari kanan kekiri. Ada juga pandangannya sampai tahap silang menyilang!
Tak cukup dengan 'scanning', ada tu sampai buat 'X-Ray', siap dengan 'analisis' sekali!!
Setiap kali saya kekedai mamak, memang saya perhati kaum Adam punya aktiviti.
Leka manapun pandangan mereka terhadap perempuan yang lalu lalang,
leka lagi saya bila memikirkan apa yang mereka bayang!
Tak boleh juga salahkan mereka. Mata mereka tercipta sedemikian rupa.
Jadinya, wanita, jagalah apa yang perlu.
Kita bukan setakat mahal, tinggi nilai dan mutu, malah EKSKLUSIF!
Comments
hehe!
Tp pernah gak masuk..
Tak pandang sangat dorang.. Lebih tumpukan perhatian pada tahap kebersihan kedai dan makanan serta tandas je.. :-)
hi lana syg !
nak komen.. tapi tak tau nak komen macam mana... komen2 yg lain di atas nampaknya dah byk. malas akak nak ulang derang dah cakap semua :D
dua-dua jaga aurat,dua-dua jaga pandangan..
ok, beta ni kalau keadaan memaksa memang beta hilang kesopanan sebagai gadis.selamba beta ni kadang-kadang tak dijangka. ahh, pedulik apa beta!! sapa suh tgk beta macam tu. kan??