Hadiah
Baru ni, saya ke shopping complex A.
Dan untuk beberapa urusan, saya diminta tunggu sebentar di kaunter khidmat pelanggan.
Sementara menunggu, saya melihat kerenah beberapa pelanggan.
Mereka meminta pekerja dikaunter berkenaan membalut hadiah untuk pelbagai tujuan.
Ada hadiah untuk diberikan pada bayi baru lahir, hadiah harijadi dan juga majlis perkahwinan.
Sebelum memulakan balutan, pekerja akan bertanya pada pelanggan,
"Dah cek barang ni cik/encik? Tiada masalah ya?"
Pelanggan hanya menjawab, "eh..aaa..belum pulak. Tolong dik, tolong cekkan."
Saya termenung..
Sudahlah kerja membalut diserah pada orang lain.
Memeriksa barang yang hendak diberi sebagai hadiah itu pun nak diserah pada orang lain.
Buatlah secara bersungguh-sungguh..bukankah anda nak meraikan orang?
Jangan semuanya hendak senang lenang.
Ambillah sedikit masa, untuk cek keadaan barang.
Comments
biasa laa klu ada peluang org akan pilih nak senang je...
Kalau dapat jenis pekerja yg buat derk je, dah tentu dia main bungkus je hadiah tu..
Mungkin kastemer tu jenis beli barang tanpa perlu cek dulu.. Pastu, bila barang tu dah ada kat tangan pekerja tadi, dan pekerja tadi tanya dia dah cek ke belum, tu yang dia mintak tolong pekerja tu cek kan untuk dia..
Jadinya, bila dah cek barang tu sama-sama iaitu pekerja tadi dan kastemer tu, nanti takde la timbul isu barang rosak dan sebagainya... :)
Aku suka balut sendiri.. tapi memandangkan balutan aku selalu huduh.. aku akan pertimbangkan kasi org kedai yg balut.. tapi selalunya aku balut sendiri.. wlaupun huduh.. hahaha.. org ckp is the tought tht count kononnya :D
banyak2 kan sabar la kita ni kan?