Evolusi Template
Sepanjang tempoh berblog, yang paling banyak bertukar, dah tentu header. Siap buat entry khas untuknya, Evolusi Header.
Tak kurang juga, penggunaan template blog yang berbeza. Yang boleh saya ingat, saya dah bertukar 5,6 template. Dan yang sekarang ini, adalah yang keenam. Yang pertama dulu, guna yang blogspot sedia. Bermula dari kedua sehingga sekarang, saya cuba cari di website2 lain.
Dari yang kedua hingga sekarang:
Guna sekejap je.
Ini antara yang saya suka. Sekarang pun masih gunakannya diblog kedua, Iqra'
Paling lama saya guna setakat entry ini ditulis. Saya pilih sebab suka dengan elemen floatingnya. Dan dah tentulah sebab warnanya. Selain tu, saya nak kan pembaharuan. Saya guna template ni bila buat comeback dalam dunia blog, selepas 3 bulan 'pengsan'.
Saya cuba guna template ni untuk hilangkan rasa jemu dengan yang sebelumnya, tapi sekejap je guna. Saya suka, tapi template ni terlalu 'kosong'. Sudahnya, kembali pada template Motion.
Cari punya cari, jumpalah yang sedang pakai ini. Grisaille maksudnya lukisan yang terhasil melalui penggunaan warna monochrome (hitam,putih dan kelabu, but mostly on kelabu).
2. LiteThemes
Comments
saya pun dah lama tak tukar template dengan header. sibuk punya fasal sampai malas nak cari idea
tapi yg tang header tu, selalu gak gatal tangan pi tukar,,haha
Template baru nampak lebih kemas :D
CPL... nak tukar2.. pon pk 60x hehe...
Keep moving Lana.. Jangan jadi macam akak, hangat2 tahi ayam je bab tukar2 template ni... :)
Em setakat ni ada la dalam 3-4 kali kut tukar template. Sebenarnya nak tukar lg. Tp yg malasnya biasanya tak puas hati sepenuhnya ngan template tu. Kena modify macam2 kat html code. Ergh! Tu perlukan semangat kental tu. Tu yg tak tukar2 lagi sampai skang =_=
kita paling suka yang motion hehe
tapi yang sekarang ni kemas, sejuk je. tolong doakan kita baik2 ea bulan depan nak masuk degree. jagakan blog tau :D