Aurat #1 - Titik Permulaan
INI SEBUAH CERITA TENTANG SAYA.
Saya mula pakai tudung pada usia 12 tahun (darjah 6). Dari darjah 1 hingga 5, uniform sekolah saya yang jenis skirt tu saje, hari Jumaat pakai baju kurung. Bila keluar jalan2, baju jenis lengan pendek dan memang tak pakai tudung.
Waktu itu, memang tak paham tentang hukum2 agama. Tahu tu memang la tahu. Ye la kan, setelah bersekolah kebangsaan disebelah pagi, sebelah petang belajar disekolah agama pula. Belajar tauhid, sirah, feqah, tajwid dll tapi masih tak faham.
Tak faham ni..dari sudut saya..ehemm sekali lagi, dari sudut saya, maksudnya tiada kesedaran. Bukan tiada hidayah bak ayat artis sekarang, it just.. takda kesedaran. *Hidayah dan kesedaran sama tapi tak serupa.*
Sampailah satu hari, ada sekali saya gi Carrefour Wangsa Maju. Waktu tu darjah 5, saya kesana bersama abah dan adik, saya masih ingat lagi baju saya berlengan pendek, seluar track, rambut tak bertutup. Dikelilingi ramai orang, saya tak tahu kenapa saya rasa tak selesa. Sebelum ni banyak kali pergi sini, tak rasa apa pun. Yang saya ingat, saya tak selesa dengan perubahan fizikal diri. *Tahukan maksud saya, anak perempuan mula berubah fizikal pada usia 9 tahun keatas?*
Time tu, saya nak tutup dada sebab dah mula rasa perubahan fizikal disitu, serius, saya memang tak selesa, rasa macam, "kenapa timbul2 ni, kenapa dada dah tak rata"- tu la yang terlintas dalam kepala dulu,hahahahadoooiiilaaa (-_-). Fikir2 balik, pendidikan tentang perubahan fizikal patut bagi kat student masa bersekolah rendah lagi, bermula dari darjah 3 ok kot.
So, that's it, itulah titik permulaan saya pakai tudung. Time tu pun, pakai sebab nak cover bahagian dada. Tak faham lagi erti aurat sebenarnya. Cehh.
Bersambung...
Comments
gelak lagi sekali boleh x? hahahahahahahah
in sha allah... leeza juga mahu menjadi lebih baik. semua org mahu menjadi lebih baik. doakan yg terbaik. suka entri ni.
terima kasih lana...bercerita ttg emosi kanak2 perempuan apabila meningkat dewasa...bila perubahan fizikal berlaku...perkara ni perlu diketahui juga oleh lelaki sbg pengetahuan sbg bapa kelak... :)
cik lana ni suka buat aku guling2 da....
herm.. yerp yerp... sgt setuju... pendidikan psl bendalah tu perlu didedahkan awal... itu zaman dulu. budak la ni ... lagi awal bijaknya...
http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/03/sabar-dan-solat-hajat.html