Aurat #1 - Titik Permulaan

INI SEBUAH CERITA TENTANG SAYA. 

Saya mula pakai tudung pada usia 12 tahun (darjah 6). Dari darjah 1 hingga 5, uniform sekolah saya yang jenis skirt tu saje, hari Jumaat pakai baju kurung. Bila keluar jalan2, baju jenis lengan pendek dan memang tak pakai tudung.

Waktu itu, memang tak paham tentang hukum2 agama. Tahu tu memang la tahu. Ye la kan, setelah bersekolah kebangsaan disebelah pagi, sebelah petang belajar disekolah agama pula. Belajar tauhid, sirah, feqah, tajwid dll tapi masih tak faham.

Tak faham ni..dari sudut saya..ehemm sekali lagi, dari sudut saya, maksudnya tiada kesedaran. Bukan tiada hidayah bak ayat artis sekarang, it just.. takda kesedaran. *Hidayah dan kesedaran sama tapi tak serupa.*

Sampailah satu hari, ada sekali saya gi Carrefour Wangsa Maju. Waktu tu darjah 5, saya kesana bersama abah dan adik, saya masih ingat lagi baju saya berlengan pendek, seluar track, rambut tak bertutup. Dikelilingi ramai orang, saya tak tahu kenapa saya rasa tak selesa. Sebelum ni banyak kali pergi sini, tak rasa apa pun. Yang saya ingat, saya tak selesa dengan perubahan fizikal diri. *Tahukan maksud saya, anak perempuan mula berubah fizikal pada usia 9 tahun keatas?*

Time tu, saya nak tutup dada sebab dah mula rasa perubahan fizikal disitu, serius, saya memang tak selesa, rasa macam, "kenapa timbul2 ni, kenapa dada dah tak rata"- tu la yang terlintas dalam kepala dulu,hahahahadoooiiilaaa (-_-). Fikir2 balik, pendidikan tentang perubahan fizikal patut bagi kat student masa bersekolah rendah lagi, bermula dari darjah 3 ok kot.

So, that's it, itulah titik permulaan saya pakai tudung. Time tu pun, pakai sebab nak cover bahagian dada. Tak faham lagi erti aurat sebenarnya. Cehh.

Bersambung...

Comments

ewanthology said…
tahniah kerana cepat tersedar untuk menutup aurat
Encik H said…
hahahahahahahhaha..part monolog tu lawak la Lana..memang nampak la naive & innocent..

gelak lagi sekali boleh x? hahahahahahahah
Tinta Lana said…
Kentut punye H, gelakkan ak, aku seyes kot, kot, kot la, hahahah
nurdani said…
betul2. sampaikan saya jalan pun bongkok semata-mata nak cover bahagian depan tu.wakakak
Nong Andy said…
tahun 2003 baru pakai tudung..
MalizaMah said…
monolog tu... huuuuu lawak...
in sha allah... leeza juga mahu menjadi lebih baik. semua org mahu menjadi lebih baik. doakan yg terbaik. suka entri ni.
Jie said…
hahaha.. gelak sikit, tapi baguslaa, permulaaan yang baik walaupun kelakar sikit...
Unknown said…
ehhh! lana reply komen... ini keajaiban!
Unknown said…
mhahahaha kesimpulannya mpuan cepat matang berbanding lelaki... kecik2 pun dh pandai emosi2 bagai *faham2 jerla-perubahan hormon*
Unknown said…
salam lana :)

terima kasih lana...bercerita ttg emosi kanak2 perempuan apabila meningkat dewasa...bila perubahan fizikal berlaku...perkara ni perlu diketahui juga oleh lelaki sbg pengetahuan sbg bapa kelak... :)
Unknown said…
alhamdulillah lana dapat hidayah sebenarnya tu...perempuan ni cepat matang, semoga Allah melindungi lana...
Unknown said…
hehehe....that great lana...perlahan2...see skrg tutup terus...zaman kanak2 memang mcm tu...peka tapi degil nak pakai...bila dah besar pjg...malu kot kalau tak pakai...hehehe
Unknown said…
hahahhaa....
cik lana ni suka buat aku guling2 da....
herm.. yerp yerp... sgt setuju... pendidikan psl bendalah tu perlu didedahkan awal... itu zaman dulu. budak la ni ... lagi awal bijaknya...
Chic Na said…
bagusla lana. sedar dari awal. cam cikna lambat jgk la sbb cikna lmbt membesar. hikkk.. pakai tudung pun sbb abah suruh. masuk 15 tahun kot baru betul2 sedar. -_-
Takpe... sikit2 bermulanya yang baik bagi menutupi yang indah. Maaf lama sgt rasanya tidak berkunjung ke blog cik Lana. Doakan akak cemerlang dalam exam semester 5 ni ya ^__^ Jemput membaca juga mengomen di sini juga. hehe
http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/03/sabar-dan-solat-hajat.html
Akak pakai tudung sebab emak abah suruh. tu pun jap buka jap tutup tp skrg pakai... takut suami dpt dosa sbb akak tak cover apa2 yg patut. hehe
Shida Radzuan said…
awal juga lana pakai tudung :)
caliph shuriken said…
yup, lebih mudah nk lakukan sesuatu bila kita sendiri paham, bukan buat2 paham sambil blur2, erkk...

Popular Posts