Aurat #2 - Ayahanda


Ayahanda banyak membentuk keperibadian saya.

Apa yang saya pakai, banyak dipengaruhi olehnya.
Kalau shopping baju seluar, selalu kami yang pergi shopping mall berdua.

Seingat saya, ayahanda tak pernah halang saya nak pakai apa.
Perkataan 'tidak' tu jarang dengar dari mulut dia.
Dia selalu bagi hint melalui raut wajahnya, tentang pakaian yang dia tak suka.

Sampai sekarang pun, dia masih buat perkara serupa.
Cuma mungkin sebab saya semakin dewasa, dan fesyen sekarang semakin 'berbahaya', dia lebih telus bersuara. 

Pernah sekali, nak beli baju raya. Dari luar kedai, saya dah berkenan sepasang baju raya ni. Cantik coraknya, bila masuk dan tengok..urmhh, jenis jarang kainnya. Memang nak kena pakai inner. Ayahanda terus geleng kepala. Terus pergi kedai seterusnya.

Beli T-shirt pulak, antara yang dia tengok, pada labuh dan corak. Saya dulu tak faham kenapa ayahanda suh cari yang labuh skit, sebab selalu design yg kita suka tu la, yg tu la takda labuh, semua pendek. Dah matang skit, baru faham. Perempuan, Allah dah ciptakan banyak aset yg mengalahkan berlian, hehehe.

Saya cuma nak bagitau, betapa penting peranan ahli keluarga dalam menjaga aurat ahli keluarganya yang lain. Lebih2 lagi, peranan dari seorang ketua keluarga, bapa. Kalau bapa tiada, adik beradik lelaki, pak cik saudara dan sebagainya. 

Bersambung...

Comments

Karen Monica said…
masa remaja dulu ada juga ayah bagi pendapat tentang pemakaian puteri, tapi bila dah dewasa ni, ayah dah tak tegur lagi. Mungkin belum ada lagi pakaian pilihan puteri yang tak berkenan di matanya..hehe
NasQ said…
betul la tuh... kalau tak, siapa lagi nak menegur kan kan...
Unknown said…
Untungla... syukur dikurniakan Ayah yang perihatin....
hopefully ... im gonna be that kind of daddy too in da future.

* Lana... jgn nak mual mual.. chepi tahu chepi awek pun xde lg.. hahahaha
mujagirl92 said…
adusshhh,, teringat zaman kecik2,, stoking tak tinggal,, kenapa la bila besar ku berubah,, sob3
Unknown said…
wanita itu bagaikan perhiasan dunia..beruntunglah wanita yang menjaga aurat..
gadisBunga™ said…
jaga dan terus jaga. kadang-kadang memang tempting tengok baju cantik cantik tapi tak berapa proper menutup aurat, kat situ kenalah kita buat pertimbangan sendiri.

:)
Unknown said…
hi lana...siap ada sambungan lagi ! pjg kisah aurat nie eh ! memang betul..org yg paling rapat ngan kita lah yg akan menegur atau memberi pandangan tentang pakaian kita...dari situ kita tau dia syg kita...supaya kita lebih berhati dalam memilih...wpun pilihan itu di tangan kita...hehehe
Shida Radzuan said…
sama la ..lana ayh mst pesan :) nasib la shida ni jenis bkn yg nk bgaya tlampau..kn so simple adalah shida :)

nice sharing dear :)
Shida Radzuan said…
lana..nk req ssuatu la :)
ary_lee said…
hurmmmmm.. betul lah tu..
disebabkan ayah ary yang endah tak endah dengan development anak dia ni, anak dia rosak kejap.. eh? rosak pun boleh kejap2 eh?
HahahahaXD

*Lana, rindu ary tak? ^^
Unknown said…
salam lana :)

masa belum kawin ayahanda yg ambil kisah soal pakaian..mana yg sesuai atau tak...

nanti bila dah kawin...suami la pulak yg kena prihatin...kena jaga aset isteri yg mengalahkan berlian tu...hehe :)
caliph shuriken said…
yer laa kn, aset yg mengalahkan berlian tu kena jaga baik2.. mana bole suka2 tunjuk kt org kn, hukk...
Unknown said…
Bagusnya ayah Lana..:)
Ooh Deo said…
kaum wanita perlu tahu, siapa yang akan ditarik ke neraka bersama mereka kerana mereka..
Jajas said…
lana...

aku pon nak jadi mcm ayah ko...seorg yg perihatin terhadap anak2nya...

jgn ko memilih sgt dlm memilih psgan hidop ni...hehe
Encik H said…
aku pernah baca sorang blogger taip, elakkan guna perkataan 'tidak' dan 'jangan' dalam mendidik anak2..:)
aizamia3 said…
didikan yang baik akan melahirkan anak yang baik, insyaAllah.. ;)
Aimacomel said…
ye lana, betapa pentingnya peranan ahli keluarga dlm membentuk sahsiah diri kita. Lana, mana menghilang??

Popular Posts