RSS Feed

Aurat #3 - UiTM Arau

31

May 21, 2013 by

UiTM Arau, tempat saya menyambung pelajaran selepas SPM.

Minggu2 awal disana, senior mengeluarkan arahan berkenaan dengan tatacara pemakaian. Antara yang ditekankan untuk junior perempuan, baju berlengan panjang (yang dimaksudkan, t-shirt/blouse).

Boleh dibilang baju lengan panjang saya waktu itu. Kalau adapun, ia lebih bersifat, melindungi diri dari kesejukan, nak2 sewaktu musim hujan.

Saya bagitahu perkara ini pada ayahanda. So, ayahanda dan ibunda membeli beberapa pasang baju lengan panjang dan mengeposnya keutara. Sampai sekarang, saya masih ingat lagi warna dan coraknya :).

Permulaannya, memang sedikit rasa kurang selesa, sebab dah biasa mengenakan baju lengan pendek saja. Tapi bila dikelilingi dengan suasana yang baik, lama2 alah bisa tegal biasa.

Tetapi, orang kata, suatu perkara tu, bila kita dah biasa, dan bila cuba ubah haluan lama ke baru, amalan lama tu sedikit2 kekal ada. Bukan 100% hilang macamtu saja.

Samalah keadaannya saya. Kebiasaan berlengan pendek tu masih ada sampai sekarang. Kadang2, walaupun pakai baju lengan panjang, automatik je duk menyingsing lengan. Suka benar melipat lengan baju tu sampai kesiku,huhu.

Perubahan..ia sama seperti kejayaan. Ia bukan destinasi, tapi suatu perjalanan.
Moga perjalanan ini dipermudahkan untuk saya dan semua hambaNya :)

*Aurat #1 (Titik Permulaan) dan Aurat #2 (Ayahanda) boleh dibaca di SINI.


31 comments »

Noh Kodiang said...

nice ending...terbaek r...uitm arau...outing the store je la...hahaha

mujadafewa.my said...

muja pun,, asal makan mula la nak singsing,, hand sock banyak,, tapi tak pakai,, :(

Teena Tna said...

Mula2 masuk Uitm ada MDS..memang diingatkan tentang pakaian..dulu Teena pernah jadi PM masa MDS, memang kenangan yg terindah..

NinaAz said...

Baguslah tuuu. Perubahan kearah kebaikan sgt2 dituntut. ;)

hana hadi said...

hana pun macam tu jugak. dulu kalau keluar elok je pakai lengan pendek tapi entah macam mana rasa kekok plak pakai lengan pendek. hehe kalau lengan penek pakai jaket or cardigan kat luar

Nana Liena said...

saya tak suka lengen pendek..huhu..kalau kat rumah okay..kalau keluar pakai mcm tu rasa pelik.. hehe

semua berkekalan ya kak..^^

the malay male said...

benda dah jadi habit ni mmg susah nk ubah, insyaAllah, alah bisa tegal biasa.


mcm saya, dah mula nk bhenti merokok, tapi kdg2 tu isap jugak sebatang sehari kt office... hehe

Nurrul said...

Ouh ,memang kena berlengan panjang.. baik juga untuk perempuan tutp aurat.. :)
Hmm , nak tanya boleh ? kalau time kita belajar tuh.. pakaian yg perlu dipakai mcm mana dan jenis kasut pula bgaimana ?.. err sbb Nurrul kena prepared brg2 seminggu je lagi.. so kena barang betul2 utk keperluan belajar..

Sop Nama Saya said...

bagus tu
mana yg baik perlu ikut kan?

Shida Radzuan said...

setuju lana..byk perkara juga shida bljar msa zmn stduy dlu...hurmmm..

Mia Liana said...

oooo... mula2 memang kekok.. nanti dah lama2 akan terbiasa juga.. ;)

nuyui a.k.a miss YUI said...

stuju dgn kata2 itu lana..

Kesuma Angsana said...

yup berubah secara perlahan2 kan !

Tinta Lana said...

Noh ~ Tq2..aah..outing dekat the store..tpi, ak tak pernh smpai pun,setahun je kat sana, :)

Muja ~ kan muja? dah terbiasa menyingsing, huhu..

Teena ~ aah..ada minggu orientasi..urmm, lana pernah jadi PM juga..sangat berbeza keadaan msa lana kadi PM..zaman lna orientasi, tough juga. Shari dpt tido dalam 2-3jam je.. Tpi student baru skrg, serba serbi senang :)

Tinta Lana said...

NinaAz ~ Ya, selagi ada nyawa, kita cuba berubah.. Dah mati tade pluang dah,huhu

Hana ~ urm, kalau kat area rumah, nak gi kedai or kekereta, lana pun biasa pkai lengan pendek, tpi sarung baju sejuk kat luar.. panas terik pun sarung baju sejuk jugak..bedal je la,hehehe

Nana ~ Lengan pendek kat dalam umah ok je..kat luar la..lagi2 dikhalayak rmai..takut nampak ketiak,hik3. InsyaAllah..amin..tq nana ^^

Tinta Lana said...

MalayMale ~ InsyaALLAH..masa penentunya..kita cuma berusaha..

hahaha, sya faham..saya doakan abgiwn pun alah bisa tegal biasa..sama2 buat perubahan kearah lebih baik.. :)

AbgSop ~ aah abgsop, mana yg baik, kita ikut.. :)

Shida ~ Sama la shida..nak2 masa sem 1..macam2 benda baru blaja kat u dulu.. ^_^

Tinta Lana said...

Nurrul ~ dik nurul, arahan berlengan panjang tu dalam tempoh minggu orientasi.. selepas da start study..ada je yg langgar arahan tu. Terpulang pda diri kita nak pilih jalan mana. Org lain cuma tunjukkan saja :)

Boleh.. urmm, generally, dari segi baju, cari yang longgar dan selesa dipakai. Baju kurung (ni dikira baju formal untuk pelajar prmpuan) memang item harus ada..seingat akk, ada hari2 kat uitm, kena pakai baju kurung. Bawak la juga blouse, kemeja, t-shirt yg sesuai tuk dipakai kekelas. Sesuai maksudnya..sederhana..tak terlalu berlebihan dari segi design, corak n warna.

Seeloknya, apa pun jenis pakaian yg kita bawak, make sure ada wrna2 basic (hitam/putih/biru korporat). Sebab, wrna2 camni, bawak pegi mana2 pun slmt.

Untuk aktiviti luar, bawak pakaian dan kasut sukan yg sesuai..

Dari segi kasut.. kasut bertutup memang harus ada (warna pun elok wrna basic mcm wrna baju yg akk sebut kat ats tadi). Sandal pun bawak juga dik..ada hari2 mesti rsa nak bersantai kan :) selipar pula, guna kat area asrama..utk nk ketoilet or kekedai terdekat.

Tu je yg akk bleh ingat..ada pa2 bleh tanya lagi..insyaAllah,cuba membantu :)

tenku butang said...

heee.. xpe.. untuk kebaikan apasalahnya kan.. hu2..

4feet8 said...

masa buat diploma baru sy kumpul baju lengan panjang.. jadi, ada koleksi satu set warna luna lengan pjg. bila adik masuk uni, serahkan pada adik sbb dah jarang guna tshirt.. ;)

Mime MF said...

ehhh sm la..pkai lengan pnjg pun mmg dh habit nak melipat jugak lengan tu..nk menyinsing gak lengan bju...aduii..

Nana Liena said...

*semoga berkekalan.ahaha.tersalah komen..baru perasan..hehe

whitecappuccino said...

lama2 nanti kekal la tu..mmg susah untuk berubah ke arah kebaikan tapi insyaallah, ada kemahuan..boleh aje.

puteri kasih said...

eh sama lah kita lana, puteri pun pun kalau guna lengan panjang, automatik menyinsing. susah juga nak kikis sikap tu. Terutamanya masa nak siapkan kerja, rasa macam lengan panjang tu menyekat pergerakan tangan..hehehe

Nurrul said...

Terima kasih kak Lana atas perkongsiannya.. :)

caliph shuriken said...

klau sy kuar umah paling kurang mesti standby satu jaket or sweater, huh...

Encik H said...

sebab aku ni lelaki, so aku selesa keluar rumah pakai baju lengan pendek..hehehe

tapi..seluar mesti seluar panjang..even time naik bukit or bersukan..last aku keluar bandar pakai seluar paras lutut, rasanya 12 tahun lepas..

azstory311 said...

"tengok dengan siapa kita duduk dan tinggal.."

Cik Kay Jue said...

betul tu kak nk buat perubahan tu perlukan masa dan suasana..

Tinta Lana said...

4feet8 ~ Bagus juga buat macamtu.. takda pembaziran berlaku :)

Whitecappuccino ~ InsyaAllah..

PuteriKasih ~ haa, camtu la lana rasa puteri,hhahaha, kdg2 tu, dah buat baru sedar..

Tinta Lana said...

EncikH ~ Alhamdulillah.. :)

Azstory ~ Betul tu mir, lana tak nafikan.

Kayjue ~ Iya, betul tu kjue..perubahan kalau berlaku terlalu cepat, biasanya jarang kekalnya..

baby comel said...

setakat ni tak pernah la keluar pakai lengan pendek. tapi silapnya saya ni org nya kecik molek jadi jarang pakai baju yang besar. cuma skg jarang keluar pakai t-shirt dah. selalu pakai blaus je. kalau malam hehehe sarung jersi la pe lagi =)

Powered by Blogger.