Aurat #3 - UiTM Arau
UiTM Arau, tempat saya menyambung pelajaran selepas SPM.
Minggu2 awal disana, senior mengeluarkan arahan berkenaan dengan tatacara pemakaian. Antara yang ditekankan untuk junior perempuan, baju berlengan panjang (yang dimaksudkan, t-shirt/blouse).
Boleh dibilang baju lengan panjang saya waktu itu. Kalau adapun, ia lebih bersifat, melindungi diri dari kesejukan, nak2 sewaktu musim hujan.
Saya bagitahu perkara ini pada ayahanda. So, ayahanda dan ibunda membeli beberapa pasang baju lengan panjang dan mengeposnya keutara. Sampai sekarang, saya masih ingat lagi warna dan coraknya :).
Permulaannya, memang sedikit rasa kurang selesa, sebab dah biasa mengenakan baju lengan pendek saja. Tapi bila dikelilingi dengan suasana yang baik, lama2 alah bisa tegal biasa.
Permulaannya, memang sedikit rasa kurang selesa, sebab dah biasa mengenakan baju lengan pendek saja. Tapi bila dikelilingi dengan suasana yang baik, lama2 alah bisa tegal biasa.
Tetapi, orang kata, suatu perkara tu, bila kita dah biasa, dan bila cuba ubah haluan lama ke baru, amalan lama tu sedikit2 kekal ada. Bukan 100% hilang macamtu saja.
Samalah keadaannya saya. Kebiasaan berlengan pendek tu masih ada sampai sekarang. Kadang2, walaupun pakai baju lengan panjang, automatik je duk menyingsing lengan. Suka benar melipat lengan baju tu sampai kesiku,huhu.
Perubahan..ia sama seperti kejayaan. Ia bukan destinasi, tapi suatu perjalanan.
Moga perjalanan ini dipermudahkan untuk saya dan semua hambaNya :)
*Aurat #1 (Titik Permulaan) dan Aurat #2 (Ayahanda) boleh dibaca di SINI.
Moga perjalanan ini dipermudahkan untuk saya dan semua hambaNya :)
*Aurat #1 (Titik Permulaan) dan Aurat #2 (Ayahanda) boleh dibaca di SINI.
Comments
semua berkekalan ya kak..^^
mcm saya, dah mula nk bhenti merokok, tapi kdg2 tu isap jugak sebatang sehari kt office... hehe
Hmm , nak tanya boleh ? kalau time kita belajar tuh.. pakaian yg perlu dipakai mcm mana dan jenis kasut pula bgaimana ?.. err sbb Nurrul kena prepared brg2 seminggu je lagi.. so kena barang betul2 utk keperluan belajar..
mana yg baik perlu ikut kan?
Muja ~ kan muja? dah terbiasa menyingsing, huhu..
Teena ~ aah..ada minggu orientasi..urmm, lana pernah jadi PM juga..sangat berbeza keadaan msa lana kadi PM..zaman lna orientasi, tough juga. Shari dpt tido dalam 2-3jam je.. Tpi student baru skrg, serba serbi senang :)
Hana ~ urm, kalau kat area rumah, nak gi kedai or kekereta, lana pun biasa pkai lengan pendek, tpi sarung baju sejuk kat luar.. panas terik pun sarung baju sejuk jugak..bedal je la,hehehe
Nana ~ Lengan pendek kat dalam umah ok je..kat luar la..lagi2 dikhalayak rmai..takut nampak ketiak,hik3. InsyaAllah..amin..tq nana ^^
hahaha, sya faham..saya doakan abgiwn pun alah bisa tegal biasa..sama2 buat perubahan kearah lebih baik.. :)
AbgSop ~ aah abgsop, mana yg baik, kita ikut.. :)
Shida ~ Sama la shida..nak2 masa sem 1..macam2 benda baru blaja kat u dulu.. ^_^
Boleh.. urmm, generally, dari segi baju, cari yang longgar dan selesa dipakai. Baju kurung (ni dikira baju formal untuk pelajar prmpuan) memang item harus ada..seingat akk, ada hari2 kat uitm, kena pakai baju kurung. Bawak la juga blouse, kemeja, t-shirt yg sesuai tuk dipakai kekelas. Sesuai maksudnya..sederhana..tak terlalu berlebihan dari segi design, corak n warna.
Seeloknya, apa pun jenis pakaian yg kita bawak, make sure ada wrna2 basic (hitam/putih/biru korporat). Sebab, wrna2 camni, bawak pegi mana2 pun slmt.
Untuk aktiviti luar, bawak pakaian dan kasut sukan yg sesuai..
Dari segi kasut.. kasut bertutup memang harus ada (warna pun elok wrna basic mcm wrna baju yg akk sebut kat ats tadi). Sandal pun bawak juga dik..ada hari2 mesti rsa nak bersantai kan :) selipar pula, guna kat area asrama..utk nk ketoilet or kekedai terdekat.
Tu je yg akk bleh ingat..ada pa2 bleh tanya lagi..insyaAllah,cuba membantu :)
tapi..seluar mesti seluar panjang..even time naik bukit or bersukan..last aku keluar bandar pakai seluar paras lutut, rasanya 12 tahun lepas..
Whitecappuccino ~ InsyaAllah..
PuteriKasih ~ haa, camtu la lana rasa puteri,hhahaha, kdg2 tu, dah buat baru sedar..
Azstory ~ Betul tu mir, lana tak nafikan.
Kayjue ~ Iya, betul tu kjue..perubahan kalau berlaku terlalu cepat, biasanya jarang kekalnya..