Faktor Pengaruh Mood Berblog #2
Sambungan dari Faktor Pengaruh Mood Berblog #1
Kedua, Layout/Rupa Blog.
Bahasa lainnya, Template. Ada beberapa perkara yang elok juga diambil kira dalam soal pemilihan template. Antaranya:
1. Pilih yang sesuai dengan isi kandungan blog.
Terutama bagi yang ada niche khusus dalam berblog, seperti bisnes, fotografi, dan berita. Tentu sedikit mengelirukan, isi blog tentang berita semasa, tapi template penuh rama2. Tak cukup rama2, tiba2 ada turun salji entah dari mana.
2. Guna template yang mesra pengguna dan mesra pemilik.
Satu perkara yang harus difahami, bila blog disettingkan "Visible to Search Engines", maknanya, blog kita juga milik umum. Pengguna alam maya yang lain juga berhak keatas blog kita. Jadi, usahakan memberi sedikit 'keselesaan' pada mereka.
Mesra Pengguna - Cuba pastikan blog ringan, penggunaan widget yang sederhana (terlalu banyak widget hanya menyebabkan gangguan, pengunjung boleh hilang tumpuan), widget dan tab menu disusunatur dengan baik (ikut ranking, mana yang anda rasakan penting, letak dibelah atas/hadapan sekali).
Mesra Pemilik - Pastikan anda sebagai pemilik blog tahu serba sedikit 'disebalik tabir' blog anda seperti kod HTML, bahagian Settings dsbgnya. Jangan sekadar tahu menukar header saja.
3. Pilih yang berkenan dimata.
Masing-masing ada citarasa sendiri. Diakhirnya, pilih lah mana yang berkenan dihati. Tidak guna juga kita cuba template yang mungkin pleasant dimata orang lain, tapi bila dimata kita, buat sakit je melihatnya.
Entry ini sekadar perkongsian. Tiada yang betul, tiada yang salah.
Jika anda juga ingin berkongsi pandangan, boleh dikongsi bersama di ruangan komen :)
Comments
azie suke kesemua nya sekali yang lana kata kan di dalam entry nie...kekadang ia jugak bergantung kepada mood tuan nya sendiri beserta masa...hehehe
'blog aku, suka hati akulah' dah tak boleh pakai since kita dah share blog dengan orang awam.
*klau pandai gabung kaler mekap blog kira bonus laa kn...
Adah kurg fhm psl coding. Stkat guna tuto boleh la. Tp nk godek2 sendiri mmg tak pndai. Hee
ye..mmg pentg tu layout..
kan..tp yaya pon xtau sgt nk edit layout ni..sbb t nmpk biasa je blog yaya..ngeee nk kne guna khdmat org buatkan..huhu
2. aaa..harap2 template aku skrg ni buat org rasa selesa..harap2 la..
widget rasanya x banyak..simple2 jer kot..coding tau la sikit2..
3. haaa..aku fikir camni jer, kalau aku sendiri x selesa, kemungkinan besar org lain pun akan rasa x selesa..
Terfikir, nak ubah kandungan blog or template? Bila pk2, Tak boleh nak ubah sebab kedua-dua nya dah align dengan diri ary^^v HahahaXD
Noh ~ sama2..ko dah bosan baru dtg jenguk ak kan?? hahahaha
Hatimi ~ suka? :D nak guna, boleh la guna timi,hehehe
Pensil ~ Setakat ni, akk rasa semua kena :)
Tia ~ Wa'alaikummussalam tia. Akk memg dari awal tak brapa setuju term "blog aku, suka hati akulah".. dunia maya ni takda boundary..
Trah ~ TQ trah.. :)
Izzudin ~ haa kan, ada masa malas melambung, kdg2 rajin ya amat :)
Malay ~ Saya pun suka blog yang ada ciri2 tu.
Asrul ~ macam ko kan, hari2 tukar bckgrd kucing kat blkg tu, hahahaha, mmg mood anak2 sungguh :D
Nurul~ Allah, maaf adah, terasa plak dia,hahaahha. Maksud lana, sekurang2nya ambil tahu sedikit pun tak apa.. tu adah ad usaha, guna tuto..ok dah tu ^_^
Yaya ~ Wa'alaikummussalam. Guna khidmat orang lain pun takpa yaya. Ada asas sedikit pun jadi.. :)
2. Bagi aku sendiri, ak selesa dengan template ko skrg..dari template scroll kanan ke kiri tu lgi ak da rasa cukup slesa :)
Muja ~ Eh, terus the end ke muja? hehehe
Ary Lee ~ Ary, lana tak cakap apa2 k,hahaahha. Actually lana rasa, seiring dengan perubahan masa, kita akan berubah sedikit demi sikit.. No worries. Sampai masa, kita sendiri pun mayb tak sedar kita dah berubah sebenarnya.. Apa la ak ckp ni kan ary,hahahaha
@encik H. ceyt. dia saja nak megedik...
*template blog aku, dah godek kaw2 nak bagi ringan seringan yang mungkin memandang blog aku tu penuh dengan gambar*
By the way, aku mmg suka ubah2 template. Aku prefer classic template sbb aku lebih familiar dgn html code untuk classic template. Biasanya aku ubah template ikut mood dan mata aku sendiri. Aku tak kisah sangat orang suka ke tak suka blog aku. Aku nakkan kepuasan berblogging tu so aku ubah template bila dah bosan dgn template lama. Dan aku sendiri memang tak suka widget2 mengarut yang buat blog aku berat. Hehe
owhhh...begitu ye...teringin pula nak ada blog sendiri...dgn citarasa sendiri...hehehe
tu yg bnyk guna gambar sebab Yuna cakap setiap gambar ada cerita..ehehehe
hana harap hana da semua tu
salam kunjungan.. :)
Kopi ~ Sama2 adik ku, akak mu ini juga newbie :). Ya, ak prasan perubahan yg ko cuba buat.. dalam usaha nak memudahkan org dtg singgah blog hang, tahniah :)
MimeMF ~ Bersabar je la ya :D
PuteriKasih ~ Ya puteri, itu yang lana cuba nak bagitau.. skurg2nya, kita dah ada blog, ambil tahu serba sedikit basicnya.
Sop ~ Itu sudah tentu! hahaha
Tenku ~ Welcome tenku ^^
Chepi ~ Sama2 chepi.. :)
Wirda ~ Wa'alaikummussalam kak wirda. Boleh diusahakan tu kak, :)
Azstory ~ hahaha, Yuna..alasan ke pa tu mir,hahaha. Tapi mmg betul, dlm stiap gmbr, ada cerita ^_^
Kayjue ~ nanti akk explain ya kjue :)
MyNotes ~ InsyaAllah..sebelum tu, pastikan, kita juga suka apa yg kita buat.. :)
Shida ~ Betul tu shida.. :)
Lin@yu ~ :)
Zeerazahra ~ Wa'alaikummussalam.. Tq zeera :)
dua tiga kali cuba tapi asyik terklik menatang tu...terpaksalah say hye hye bye bye di kotak jerit je...