Fashihatul Mumtazah
Fashihatul Mumtazah, nama sahabat baik saya.
First time kami berjumpa, masa di UiTM Arau, rumah no. 2, Kolej Beringin. Orangnya sangat manis, peramah, mudah tersenyum. Dan waktu itu, hati saya berkata, "boleh buat kawan ni".
Kami dalam satu jabatan yang sama, Jabatan Sains Ukur dan Geomatik, cuma kursus saja berbeza. Saya ambil Diploma Sains Geomatik, pengkhususan Sistem Maklumat Geografi. Dan dia pula, memang pure Sains Geomatik.
Dengan dia la saya paling selesa untuk berkongsi pandangan dan meluahkan rasa. Dulu siap menyanyi lagu2 romantik bila call, dan kami juga saling jeles bila salah seorang dari kami rapat dengan orang lain. Serius, kalah orang bercinta habaq hang.
Paling tak bleh blah, tengah2 malam, rasa lapar, saya mengadu kat dia. Dia terus cakap, "Aku ada biskut dan horlicks, jom lah makan". Pa lagi, telan, hehe. Sebut pasal Horlicks, dia la yang ajar saya minum Horlicks. Terus, sepanjang kat Arau, boleh kata air Horlicks tetiba jadi favourite.
Terkenangkannya. Kadang2 rasa bersalah dengan dia, saya selalu buat 'perangai'. Sekarang, kami dipisahkan dengan jarak dan masa. Tunggu kad kahwin siapa sampai dulu, mungkin baru boleh bertemu. InsyaAllah.
Siapa sahabat baik anda dan kenangan dengannya? :)
Comments
Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)
http://insanbiasabiasa.blogspot.com/
bla nk kawen msing2 mntk pndpt antr 1 sma lain..
sling kongsi info..
best.. ;)
boleh macam tu?
hihihih
kalau ada bersyukur sangat2.. ;)
Aleasara ~ Bestnya kak..saya harap, one day,saya dgn bff saya pun dpt share pnglmn sbg isteri n ibu gak,hehee. Aah..saya suka nama dia..Fasih dan Istimewa maksudnya.. ^_^
Anna ~ Boleh kot,hihihi, yg penting jgn mencari musuh kan na >_<
Berry ~ Cari yang baru berry, yg sama level plak, sama2 dah kawen,hehehe
nnti klo kawen buat hebahan kat blog..hehe
ho ho ho..pernah jd my peberet sy
Yumida ~ insyaAllah kak..kalau kawen,kih3
Hanaahmad ~ Betul hana..mencari teman baik ni, bukan nak yg sempurna. Asal bleh kongsi sedih gembira dah le. Shbt mmg bertukar ganti spnjg usia yg kita lalui kan. Time sekolah, lain kawan kita. Dah bekerja, dpt kwn baru pula :)
ow..kwn baik lana ke..ingtkan siapa tadi..hehe
yaya dlu pon ade kwn baik..time sekolah la..sekrng da xde..kwn biasa tu rmai la..ssh nak cri yg btul2 boleh buat shbat skrng.. =)
layan baik ngan semua rakan yg ada :p
Aida ~ Terima dan hargai siapapun yang ada sekeliling kita kan.. :)
tapi sekarang ni si dia la jadi sahabat baik....
auuuww auuuwww aku tengah angau :-P
horlick mmg sedap kak utk alas perut..kenyang.. ^^
Tak kena, tak tau.. Dah kena, rasa ngilu.. :)
siapa yg kawen dulu...? ntah knpa hati ayie berat merasakan...lana yg k**** dulu..hehe
Mime ~ Gosip2 memang akt plg best bila ad bff,kih3
Nana ~ Fashihatul maksudnya fasih. Mumtazah tu, Istimewa :) aah dear, horlick mmg sesuai buat alas perut, dah la sedap, kenyang plak tu,hehehe
Caliph ~ Nama awak pun sedap caliph.. ^_^
Cik Azz ~ Betul tu kak..memang sakit bila dibuat perbandingan. Kalau kita ditempat yg baik takpa, ni dibanding smpai tercela,huhu. Memang terluka dibuatnya..amboi, kemain ayat ak,hehehe
Ayie ~ Wa'alaikumusslm ayie :) hati ayie yg rsa berat. hati lana tak rasa menda,keh3
the one yg betul2 tinggalkan kesan kat dalam life aku ialah salsabilla..tua setahun drpd aku..just kawan jer, tapi aku sampai pernah menangis sebab rindu kat dia..
masa tu bergaduh, berbulan2 kot dia x balas sms and x jawab call aku..time nak tido, teringat kat dia, sedar2 dah mengalir air mata..