Fashihatul Mumtazah

Fashihatul Mumtazah, nama sahabat baik saya.

First time kami berjumpa, masa di UiTM Arau, rumah no. 2, Kolej Beringin. Orangnya sangat manis, peramah, mudah tersenyum. Dan waktu itu, hati saya berkata, "boleh buat kawan ni".

Kami dalam satu jabatan yang sama, Jabatan Sains Ukur dan Geomatik, cuma kursus saja berbeza. Saya ambil Diploma Sains Geomatik, pengkhususan Sistem Maklumat Geografi. Dan dia pula, memang pure Sains Geomatik.

Dengan dia la saya paling selesa untuk berkongsi pandangan dan meluahkan rasa. Dulu siap menyanyi lagu2 romantik bila call, dan kami juga saling jeles bila salah seorang dari kami rapat dengan orang lain. Serius, kalah orang bercinta habaq hang.

Paling tak bleh blah, tengah2 malam, rasa lapar, saya mengadu kat dia. Dia terus cakap, "Aku ada biskut dan horlicks, jom lah makan". Pa lagi, telan, hehe. Sebut pasal Horlicks, dia la yang ajar saya minum Horlicks. Terus, sepanjang kat Arau, boleh kata air Horlicks tetiba jadi favourite.

Terkenangkannya. Kadang2 rasa bersalah dengan dia, saya selalu buat 'perangai'. Sekarang, kami dipisahkan dengan jarak dan masa. Tunggu kad kahwin siapa sampai dulu, mungkin baru boleh bertemu. InsyaAllah.

Siapa sahabat baik anda dan kenangan dengannya? :)

Comments

Teena Tna said…
Best kan ade kawan yg sekepala ngn kita, ttbe rindu kt mmbe2..
Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

http://insanbiasabiasa.blogspot.com/
||aLeaSaRa|| said…
bff kat lea namanya fara farina,anak org kaya tapi selalu merendah diri.kitorang dh kawan 17 tahun.dgn dia kami berkongsi sgla ksh suka duka sbg remaja,sbg pelajr yg sllu tidur lewat buat assignment,sbg isteri dan ibu pulak ^^.best n ayu je nama kawan lana tu :)
Kawan baik sy nama.Shikin... ;)
Mia Liana said…
kawan baik kak mia.... bff... ialah kak aida...
Miss Zahirah said…
sya ade best fren jgk..
bla nk kawen msing2 mntk pndpt antr 1 sma lain..
sling kongsi info..
best.. ;)
Annamariana1989 said…
saya xde kawan baik..
boleh macam tu?
hihihih
Unknown said…
mesti rindu sangat kat dia kan? sebab susah nak jumpa lagi best friend.. betul tak?
Latifahzainal said…
bestnya kalau ada kawan baik kan..boleh share semua perkara..
NasQ said…
oooo surveryor ke ni.,..
Lynn Damya said…
seronok kan ade kawan mcm tu, ak ade sorg gak, dia mcm lelaki sikit lah tp kecik je orgnya, selesa kwn dgn dia sbb masing2 kelakar dan dia tak gedik mcm certain kaum hawa ni, haha jd dia lah yg kena layan kegedikan aku ni, haha..and mcm kau jugak, mmg aku selalu paw makanan dia, hahaha tp skg dh habis study entah bila dpt jumpe lg...aku di johor, dia di sabah :(
Anonymous said…
saya x de sahabat baik . semua kwn saya layan sama rata . dan saya tak berkongsi masalah dgn mereka . hanya sekadar cerita gemira dikongsikan .
Berry Lavynia said…
skrg susah nk 'gosip2', bila masing2 dh kawen,sibuk dgn urusan sndiri..xada lg kwn rapat, xada lg gelak ketawa anak2 remaja yg dulu.. :D
aizamia3 said…
bukan senang ada kawan susah dan senang bersama..
kalau ada bersyukur sangat2.. ;)
Tinta Lana said…
Teena Tna ~ i'll visit u later k.. insyaAllah :)

Aleasara ~ Bestnya kak..saya harap, one day,saya dgn bff saya pun dpt share pnglmn sbg isteri n ibu gak,hehee. Aah..saya suka nama dia..Fasih dan Istimewa maksudnya.. ^_^

Anna ~ Boleh kot,hihihi, yg penting jgn mencari musuh kan na >_<
Tinta Lana said…
Lynn Damya ~ jauh..sorg johor, sorg sabah. Mohon bertabah,keh3. InsyaAllah..salu2 la kenang dlm doa. Cam mak aku, dah 30thn, baru dpt jupe balik bestfren dia time sek men. Masing2 umur dah nak 60,hehehe

Berry ~ Cari yang baru berry, yg sama level plak, sama2 dah kawen,hehehe
Syaf said…
Hard to find one, terutama perempuan. Susah nak baca hati orang. Kadang-kadang nampak macam ngam, tapi tikam belakang.
Unknown said…
cantik namanya
nnti klo kawen buat hebahan kat blog..hehe
ho ho ho..pernah jd my peberet sy
hanaahmad said…
Indah namanya seindah pekertinya. Aku selalu percaya jika ke mana2 kita pergi pasti ada seorang teman yang bakalan jadi teman baik. Biasalah, teman silih berganti dan terpisah dek jarak dan masa. :)
Tinta Lana said…
Syaf ~ ko mesti ad pengalaman tikam2 tu kan?hahhaha

Yumida ~ insyaAllah kak..kalau kawen,kih3

Hanaahmad ~ Betul hana..mencari teman baik ni, bukan nak yg sempurna. Asal bleh kongsi sedih gembira dah le. Shbt mmg bertukar ganti spnjg usia yg kita lalui kan. Time sekolah, lain kawan kita. Dah bekerja, dpt kwn baru pula :)
IMA SALSUZAIMA said…
hurm, xtau nak kata apa. bleh x mcm tu. sy bukn seorg kwn yg baik. xde kwn rapat kot.
Yaya Mohd said…
salam..

ow..kwn baik lana ke..ingtkan siapa tadi..hehe

yaya dlu pon ade kwn baik..time sekolah la..sekrng da xde..kwn biasa tu rmai la..ssh nak cri yg btul2 boleh buat shbat skrng.. =)
kyo_9 said…
macam xde gak..
layan baik ngan semua rakan yg ada :p
Jie said…
Jie pun ada jugak, sabah jauh nun disana. jarak memisahkan :)
Aida Ismail said…
Its really hard to find one nowadays. Yang betul2 namanya sahabat. Tapi sangat appreciate kawan2 yang ada sekarang. :)
sahabat baik sukar dicari... seronoknya ada sahabat baik. Terkenang akak pada adik angkat akak Zuraini Mamat. Dia berasal dari Kelantan. Nantilah kak buat entri tentang dia 1 day bila free. Rindu kat dia juga
Tinta Lana said…
Cik Yaya ~ betul yaya..memang susah nak cari shbt skrg..

Aida ~ Terima dan hargai siapapun yang ada sekeliling kita kan.. :)
Karen Monica said…
samalah..puteri dan kawan baik pun dipisahkan oleh jarak.
Lisa Sheila said…
seronok ada sahabat baik kan lana... semoga ukhuwah yang terbina itu akan terus berkekalan...inshaallah :)
Tengkubutang said…
sedapnya nama kawan
Unknown said…
sahabat baik .... ramai
tapi sekarang ni si dia la jadi sahabat baik....
auuuww auuuwww aku tengah angau :-P
Tinta Lana said…
Chepi ~ hahaha, hadoila ko ni chepi :p
Anonymous said…
wat a nice name yer !
Mime MF said…
hehe best pulak bila terkenang zaman² duk dgn BFF kita...teringat gelak² sama, tdo sebantal, gosip²..haaaa..
Unknown said…
hehe.namanya sedap la kak..apa ya maksudnya? hehe

horlick mmg sedap kak utk alas perut..kenyang.. ^^
Aimacomel said…
kawan baik saya masa belajar dlu... ajim, ahh rindunya kat dia.. kenangan? byk sgt smpai tak tau mana yg patut diingat. kwan baik masa sekolah, 4 anak dara pingitan yg bajet hot je.. kekekeke, memang rindu sgt!
caliph shuriken said…
wahh, sedap nama dia.. x pnah dgr nama cmni, huh...
Cik Azz said…
Akak takde kawan baik... Semuanya sama je.. Akak tak nak beza-bezakan dalam memilih kawan ni. Sakit bila dijadikan perbezaan dan perbandingan..

Tak kena, tak tau.. Dah kena, rasa ngilu.. :)
Unknown said…
as salamualaikum...lana

siapa yg kawen dulu...? ntah knpa hati ayie berat merasakan...lana yg k**** dulu..hehe
Unknown said…
ada sorang! nanti saya cerita dalam entri.. hehe
Tinta Lana said…
Kesuma ~ Nama dia memang best kak.. semua nama adik beradiknya pun best,hehehe

Mime ~ Gosip2 memang akt plg best bila ad bff,kih3

Nana ~ Fashihatul maksudnya fasih. Mumtazah tu, Istimewa :) aah dear, horlick mmg sesuai buat alas perut, dah la sedap, kenyang plak tu,hehehe
Tinta Lana said…
Baby ~ Yg bajet hot? kita rsa, aima memang hot,ekekeke :P

Caliph ~ Nama awak pun sedap caliph.. ^_^

Cik Azz ~ Betul tu kak..memang sakit bila dibuat perbandingan. Kalau kita ditempat yg baik takpa, ni dibanding smpai tercela,huhu. Memang terluka dibuatnya..amboi, kemain ayat ak,hehehe

Ayie ~ Wa'alaikumusslm ayie :) hati ayie yg rsa berat. hati lana tak rasa menda,keh3
Shida Radzuan said…
hehe..so romantik lana hahaaa..tp xdnafikan shida duk asrama dulu mcm tu juga ^_^
Encik H said…
aku ada banyak kawan baik dalam masa2 yg berbeza..kebanyakannya perempuan..

the one yg betul2 tinggalkan kesan kat dalam life aku ialah salsabilla..tua setahun drpd aku..just kawan jer, tapi aku sampai pernah menangis sebab rindu kat dia..

masa tu bergaduh, berbulan2 kot dia x balas sms and x jawab call aku..time nak tido, teringat kat dia, sedar2 dah mengalir air mata..

Popular Posts