RSS Feed

Hak Cipta

46

May 22, 2013 by

Saya nak tanya pendapat, pandangan, cadangan anda tentang topik Hak Cipta.

Sejauh mana, kita boleh katakan sesuatu itu adalah hasil kita dan hak ciptanya adalah milik kita. 

Saya merujuk pada dunia blog umumnya, dan 'sesuatu' itu saya refer pada penulisan kita (entry, cerpen, puisi, pantun etc) dan hasil seni kita (biasanya, doodle, karikatur, poster, header, template, quotes dsbgnya).

Saya confius. Kadang2 bila saya buat header atau quotes, saya ambil beberapa hasil kerja tangan orang lain, dan mengeditnya mengikut keperluan saya.

Untuk setiap hasilnya, saya jarang letak watermark atau label, sebab saya rasa macam tak layak je. Contoh macam quotes dibawah. Background belakang diambil dari sumber yang dibenarkan. Saya cuma edit apa yang patut, padankan quotes yang sesuai, dan siap.

Perlu ke saya letak watermark?? Dah ada 30 quotes..tapi yang the latest saja saya letak, tu pun teragak2.

Apa pandangan anda?



46 comments »

Puteri Kasih said...

selalunya kalau gambar ori yang puteri ambil sendiri puteri letak watermark. Tapi kalau gambar dari sumber lain, puteri cuba elakkan meletakkan watermark.

Tukang Karut said...

ntah... aku pun dicopy orang...

nurdani said...

kalau macam saya, memang letak watermark sebab just nak tunjuk yang itu karya kita sahaja. tapi kalau ada yang saya ambil dari mana2 kemudian edit, saya takkan letak watermark kot. sebab 100% bukan idea sendiri. maybe.hehe.

kes Lana ni, tak tahu lah saya nak bagi pendapat macam mana. confuse jugak ni

Tia Fatihah said...

assalamualaikum.

tia pun tak berani nak kata apa kak sebab macam isu sensitif je ni.

Syaf said...

Aku letak watermark KALAU gambar tu datangnya dari camera aku. Gambar original (especially gambar yang ada muka aku), so that tak ada orang boleh guna untuk benda lain especially benda yang tak elok. Sekarang kan ada macam2 kes. Kalau gambar aku tu jenis yang blur or aku dah crop2, memang aku tak letak watermark.

Kalau gambar selain dari muka aku, aku tak letak watermark. Pertama, sebab malas. Keduanya, tak ada keuntungan untuk aku atau orang lain. Kalau mendatangkan keuntungan untuk orang lain, aku kira sedekah je lah. Hehehe.

For me, personally, tujuan asal watermark untuk security semata.

Tapi, sekarang macam ramai orang buat watermark untuk publisiti. Dah tu letak watermark kat hujung2 gambar. Orang boleh je amik gambar tu, edit, crop. Hingat orang yang guna computer ni yang dungu2? Jadi aku tak nampak kat mana relevannya kalau guna watermark tapi tak capai motif sebenar penggunaan watermark tu sendiri.

Haaa, taip panjang2. Baca balik macam tunggang langgang. Engko faham tak ni? Kahkah

the malay male said...

quote tu mmg terbaik.

pasal watermark ni saya no comment, klu rasa nak letak, letak la, klu rasa tak kisah org lain amik, tak payah letak.

muja said...

pernah rasa rajin nak letak watermark,, sekarang dah malas,, hehe

penaberkala said...

masing-masing punya style
my style, kalau gambor hasil snap dan dari kamera sendiri memang akan letak watermark
tapi, kalau ambik dari sumber lain, akan bagi backlink and no watermark

Tinta Lana said...

Puteri ~ Ooo..ok..Tq puteri :)

T.Karut ~ Ala..terkenang lagi rupanya,hahaha, sabar je la TK. Ak punya quotes pun, ada je yg ambik.

Nurdani ~ Kes dani, memang kena letak watermark dani.. karikatur yg dani buat, mmg pure hasil tgn dani. Itu la, lana pun confius jugak ni,huhu

Tinta Lana said...

Tia ~ Wa'alaikummuslm..takpa tia :) alamak, isu sensitif ke?hehehe. Just wonder, sebab baru ni ada yg tegur berkenaan dengan header yg akk buat..kenapa tak letak watermark.

Syaf ~ Aku faham bos! hahaha. Waa,good comment. Sebab tu la aku bertanya ni, aku nak tahu, sejauh mana keperluannya. Aku tak suka buat main bedal je. Part gambar dari kamera sendiri, yg tu memang ak pun letak watermark gak. Ramai buat watermark utk publisiti? Ada benar jugak. Ak ada buat macamtu, uhuuuuu (-_-) kih3

MalayMale ~ Tq. Ok, noted.

Muja ~ Bergantung pada mood la ni,hehehe

Penaberkala ~ I understand sir!

4feet8 said...

haah. sokong juga malay male. terpulang. nak letak, letaklah, taknak letak pun tak mengapa. tp ada sesetgh blogger mahu dilink atau dikredit ke blog mereka..
sy tak kisah. boleh je share kecuali gambar peribadi.. hehe..

~ Cik Azz ~ said...

Benda yang kita ambil, lepas tu kita edit, tak payah la kita letak watermark sebab benda tu bukan 100% kerja kita..

Kalau kita cuma ambil quotes tu dan lepas tu kita cari gambar background yang lain daripada yang sedia ada, dan lepas tu kita edit, itu boleh dikatakan kita punya..

Quotes tu pun kena la letak sekali nama orang yang cipta quotes tu.. Jangan pulak letak nama kita pada quotes yang orang lain cipta..

*Lupa pulak nak letak watermark kat pantun sempena pilihanraya yang akak cipta hari tu.. Rugi betul kalau ada yang ciplak.. hahahaha..

Mime MF said...

ntah...selalu kalau yg buat sndiri je letak watermark...tapi kalau yg ambil dr org lain tu jrg la nk letak...tgk juga kot faktor² lain..huhu

Asrul "iLham" Sany said...

Hakcipta tu kalau yg dicipta itu sepenuhnya berasal drp kita...

ary_lee said...

Isu hak cipta.. sama tak ngan isu intellectual property (IP)? Rasanya lebih kurang sama je kot.. cuma IP tu dalam term bisnes dan hak cipta adalah term mudah difahami..


Dulu, ary suka letak watermark atas apa sahaja yang ary rasa milik ary dan ary rasa, sesiapa yang ambil tu tak boleh argue yang itu merupakan hak milik dia. Tapi since ary dengar apa yang disampaikan oleh seorang yang agak berpengetahuan agama berbanding ary, ary berfikir semula-Apakah benda itu merupakan hak ary sebenarnya?

Kata pensyarah ary tu, tak ada sesiapa yang layak untuk assume sesuatu benda itu merupakan IP/hak cipta mereka. Sebabnya, apa yang dihasilkan itu sebenarnya datang dari Allah s.w.t. Dan kalau dilihat, tak ada seorang pun ilmuwan islam yang meletakkan nama mereka dalam teori sains/fizikal yang dihasilkan. Cuma ilmuwan barat sahaja yang berbuat begitu. Contoh, kita belajar berkaitan theory Herzberg in management. Tapi tak pernah pula dengar teori ibnu sina, etc.

Ikut kata hati. Kalau hati rasa tak sedap, jangan buat^^

ary_lee said...

eh? macam dah komen tadi^^ Tapi tengok balik, takde plak= ="


*test je ni.

Arham Md Ali said...

Assalamualaikum,

Baru balik kelas, harini ada jamuan makan-makan sebab last class untuk semester ni. :) 3 Minggu lagi exam final.

Tak jadi pergi Palestin haritu sebab banyak masalahla, visa lambat nak siap, pastu orang yang nak ikut banyak cancel sbb hampir dengan waktu exam, benda-benda diluar kawalan macamtula.

Bab watermark ni interesting topik sebenarnya. Macam am sendiri tak suka dan tak pernah terfikir langsung untuk letak watermark ni. Macam am fahamla kalau orang letak watermark kalau ada gambar muka,sebab nak elak dari fitnah atau manipulasi.

Bab gambar yg kita amek pulak contoh scenery atau objek, untuk diri am sendiri tak perlu. Kalau orang tengok dan amek tanpa bagitahu, rasa tak rugi apa-apa. Sebab orang yang betul-betul menghargai dia akan hargai benda kita. Orang yang memang nak curi, biasa akan curi, they will find a way.

Tapi am takdela bukak ruang untuk dieksploitasi, semua gambar am upload dekat Flickr, memang tak letak watermark pun memang semua gambar itu hakmilik kita jadi boleh claim. Tapi am rasa am lenient je benda ni, sebab tak fikir langsung bab profit-profit ni.

Kalau letak watermark untuk promosi website atau business kita, bagi am tak jadi masalah, sebab tu free promotion kan, cuma jangan obvious sangatla.

Nana Liena said...

kadang2 pun saya buat macam akak.. Quotes ni..gambar ambil secara rawak kat mana2..huhu.. tapi saya takut..kadang2 tu letak watermark..

Mek Onie said...

kalau onie lah kan...yang bukan hasil dari kita 100% onie takkan letak watermark or apa,sebab itu bukan dari onie 100%...hik

Ayie Abas said...

assalamualaikum....lana :)

menarik topik entry lana nih...

apa yg ayie faham...hak cipta apabila kita ambil 100% sebijik dari yg asal...sebaliknya jika karya itu telah diedit wlupun sedikit...ia bukan lagi tertakluk sbg hak cipta...

kalau quotes pulak..ayie rasa elok juga letak siapa yg punya kata2 tu kan..wlupun ia bukanlah sesuatu yg 'wajib'...x letak pun x salah...

||aLeaSaRa|| said...

hye lana,wah best baca komen kawan kat atas,kak lea pun sama pendapat dgn syaf & cik azz :)

Sop said...

jika kita ambil quote dan masukkan pada gambar dan ubah, kira boleh letak watermark sbb tu hasil kita ubahsuai jadikan gambar lain.. lainlah kita copy bulat2 :)

che'pi said...

depend on individu....
mcm sy... x kesah je klu nak copy my pic... silakan aje... klu sy xnak kongsi ... in the first place pun da x masuk ini blog maa....
wallahuallam... :)

Alif Haris said...

kalau rerasa nak orang kenal hasil kerja kita ye silakan letak watermark. tak gitu cik lana ? hehe.. tapi jangan lah copy bulat2 pastu claim itu hasil kita.. itu dah kira mencuri intelectual property..huhu

my notes said...

bagi saya , kalau dah pemilik image tu letak kat internet , maknanya dia membenarkan karyanya diambil org lain utk digunakan . saya mmg menyimpan byk imej yg cantik di mata saya utk saya letakkan firman / hadis / kata hikmah di atasnya ... bagi saya , ini bkn satu kesalahan selagi x de undang2 yg menyatakan begitu ... internet bermakna sharing ...

NinaAz said...

Bg ninaaa. Xperlu kot. Kalu kita punya baru letak ♥

M@W@R Q@SeH said...

mmg idea sndri & gabungan edit mengedit dr sumber lain tu dh cntik tp tu la kan...hak org xleh jd hak kita...nk selamat ape yg 100% dr idea kita je kita letak watermark...

Ieta Mat Saad said...

huhuhu... watermark itu apa dik Lana...? ceciter2... huhu... mmg akak buta bab2 grafik ni... plagiat akak tau la... huhu... Akak tak kisah kalo org nk copy tp sila lah kasitau... (Ish, mcm la entri akak best2 sampai ada org sanggup copy... haha...)

Nong Andy said...

Akak rasa untuk gambar yg bukan akak sendiri yg snap /tangkap, akak rasa tak nak bubuh watermark.

Hak cipta tentang quote itu atau gambar?

Nurul Farahizzati said...

perlu! supaya orang tu tak suka2 hati dia je nak plagiarize hasil kita :D

boni kacak said...

saya setuju dengan Cik Azz :)

Tinta Lana said...

4feet8 ~ Gambar peribadi, saya rasa memang patut letak watermark. Takut kalau gambar boleh disalahguna kearah yg tidak elok.

CikAzz ~ Ooo..itu pandangan akk ya.. saya buat quotes, mcm yg disebutkan akk tu la.. ambil quotes, ambil background, kemudian edit.. Tapi..rasa serba salah juga nak letak tidak,huhu. Aha, betul, yg menulis quotes tu, kena letak nama mereka. Cuma, ada sstgh quotes tak dpt dikenalpasti mna sumbernya.

MimeMF ~ Hang rajin melukis kan? lukisan2 tu mmg ptut letak watermark, hasil sndiri.

Tinta Lana said...

AryLee ~ i'm not sure whether dua2 tu sama ke tidak ary.. Tq so much untuk pendapat ary :) Apa yang pensyarah ary sebut tu, i agreed..As i said before dalam entry Originality, kita takda hak keatas apa2 pun sebenarnya kat dunia ni.

Arham ~ Wa'alaikummussalam wbt. Kejap je ya da nak final. Moga ketemu hikmah disebalik pembatalan pergi Palestin..there must be a reason why its happen kan :). Ya juga..orang kalau dah berniat nak mencuri, they will do anything. Thanks am, pendapat yang bernas untuk dikongsi bersama2 :)

Ayie ~ Wa'alaikummussalam wbt. TQ ayie.. urm, kalau macamtu, maybe lana boleh pertimbangkan utk letak watermark kat quotes lepas ni..

Tinta Lana said...

Che'pi ~ Boleh terima juga. Kira macam, bila kita dah decide letak gambar di maya, kita juga kena bersedia untuk berkongsinya dengan semua pengguna maya kan chepi :)

Alif ~ Begitulah nampaknya encik alif,hehehe. Lebih2 lagi hasil kerja seperti doodle,karikatur tu.

MyNotes ~ Tq. Saya pun berbuat begitu. Save mana2 yang dirasakan boleh digunakan sbgai latar artworks.. Nampaknya, saya perlu recheck balik keperluan meletakkan watermark.

Tinta Lana said...

MawarQaseh ~ Tq akakku.. ^_^

Ieta ~ Watermark tu..alamak, cane nak explain ya,hehe. Kita letak label kita pada produk ciptaan kita. Cth paling mudah yg akk bleh nampak dalam dunia blog ni, bila letak gambar, kita bubuh label kita pada gambar tersebut. Label tu boleh jadi nama kita or url link blog kita. Macam akk tgk gambar buku yang ada dalam entry FIXI:Tuhan tu, saya ada bubuh url blog saya dibahagian bawah gambar. Itula watermark. Harap penjelasan ini boleh difahami.

NongAndy ~ Hak cipta untuk kedua2nya kak. Dalam kes saya, quotes yg saya buat, saya hasilkan dengan menggunakan bckgrd dari smuber yg dibenarkan. Quotes boleh cari dimana. Saya redo diphotoshop. So, hasilnya tu, boleh ke saya letak watermark? sdgkn gmbr dri sumber lain, quotes pun dari sumber lain..saya cuma edit saja.. saya blur,huhuhu

Aida Ismail said...

Aida cuma letak cop kat gambar sendiri je. Kalau dari sumber lain contohnya dari pakcik google, memang tak la. Even sudah diedit sekalipun. Hehe~

Hatimi Tahirruddin said...

mmg menarik topik yg dibincangkan dalam entri ni...sependapat dgn bro SOP dan Ayie...saya rasa kalau kita ambil gambar2 yg royalti free lepas tu kita edit2 takde masalah nak letak watermark ni....
senang cerita apa yg di-watermark-kan tu adalah hasil kerja kita dan kita tak mahu org lain amek imej tu sesuka hati tanpa kredit....ye la nak letak wordings pon hasil kerja jugak kan...hehehe

caliph shuriken said...

klau pic milik kita mmg patut letak watermark.. tapi klau amik kt google x perlu laa letak ^^

Encik H said...

aku x pernah letak watermark..sebab aku lukis bodoh2 jer..hahaha

personally, kalau something tu bukan karya kita 100%, aku rasa xperlu letak watermark..

Tinta Lana said...

Aida ~ TQ aida.. urmm, kalau ad gmbr lana, mmg lana letak watermark..risau kalau org guna utk tujuan yg tidak baik.

Hatimi ~ urmm, itu la yg sbnrnya buat saya dilema ni timi.. sebab walaupun kita ambil dari sumber lain, tapi hasilnya sesuatu yang baru kan.. tpi, rasanya saya pun dah tahu apa nak buat ^_^ Tq untuk maklumbalas.

Caliph ~ Baik awak! ^^

Encik H ~ hahaha, jgn la ckp camtu, lukis bodoh2..ada usaha jugak kan kat situ ^_^

azstory311 said...

Yang biasa saya buat, kalau quote org lain design sendiri, quote tu bubuh nama org yg buat quote tu, then design bubuh nama kita.

quote by:
designed by:

tapi ade sesetgh quote xreleven nk letak penama sebab ianya dah berulang2 kali digunakan org lain hingga org asal tak tahu siapa.

macam cerpen, photography, itu semua datang dari idea sendiri wajib ada watermark sendiri. Kalau gambar org lain then kita edit rasanya tak patut digunakan bimbang mencetus rasa tidak senang jika dipublish.

Publish pulak yg sy nampak tgk tempat.. seperti di FB, FB fan page, blog, instagram, ada berkaitan sensitivities of public.

azstory311 said...

owh ya, kalau rajin jika kita guna hasil kerja org lain kemudian kita edit ikut citarasa sendiri letak

idea asal:
diubah:

itupun jika org tu izinkan..

Cik Kay Jue said...

kalau sy kan kak, saya juz letak watermark pada pic yang sy capture or edit je.. lain2 sy tak letak.. >_<

Shida Radzuan said...

kalau shida bergantung lana..
kalau rasa perlu..hasil dr tgn sndri mgkin letak kalau ia milik kekal tp kalau skadar pkongsian xkot..tp biasanya shida letak jika dr camera sndri :)

Tinta Lana said...

Azstory ~ "quote by, designed by" That was a good idea mir. Tak terfikir nak buat macamtu. Ya, ada quotes, kita tak tahu asal usulnya. Terima kasih banyak2.. :)

Kayjue ~ Thanks kjue for ur opinion :)

Shida ~ Terima kasih shida.. ^^

baby comel said...

saya jarang sgt2 ambil sesuatu artikel tu bulat2. Sebab saya rasa bersalah atau rasa tak hormat bila saya ambik karya atau hasil penulisan org lain camtu je. Kebiasaan saya akan buat ayat sendiri sebaik yg mungkin dan menulis mengikut gaya dan kreativiti saya. kecuali image saya memang takkan letak apa-apa lebih2 lagi bila source from google image.
*saya dapat rasa apa perasaan org yg mengambil penulisan org lain tanpa kredit. dan saya sedang merasakannya. tak tahu nak cakap pe, marah? tak jugak. tapi terasa tak syok la =)

Powered by Blogger.