Hak Cipta
Saya nak tanya pendapat, pandangan, cadangan anda tentang topik Hak Cipta.
Sejauh mana, kita boleh katakan sesuatu itu adalah hasil kita dan hak ciptanya adalah milik kita.
Saya merujuk pada dunia blog umumnya, dan 'sesuatu' itu saya refer pada penulisan kita (entry, cerpen, puisi, pantun etc) dan hasil seni kita (biasanya, doodle, karikatur, poster, header, template, quotes dsbgnya).
Saya confius. Kadang2 bila saya buat header atau quotes, saya ambil beberapa hasil kerja tangan orang lain, dan mengeditnya mengikut keperluan saya.
Untuk setiap hasilnya, saya jarang letak watermark atau label, sebab saya rasa macam tak layak je. Contoh macam quotes dibawah. Background belakang diambil dari sumber yang dibenarkan. Saya cuma edit apa yang patut, padankan quotes yang sesuai, dan siap.
Perlu ke saya letak watermark?? Dah ada 30 quotes..tapi yang the latest saja saya letak, tu pun teragak2.
Untuk setiap hasilnya, saya jarang letak watermark atau label, sebab saya rasa macam tak layak je. Contoh macam quotes dibawah. Background belakang diambil dari sumber yang dibenarkan. Saya cuma edit apa yang patut, padankan quotes yang sesuai, dan siap.
Perlu ke saya letak watermark?? Dah ada 30 quotes..tapi yang the latest saja saya letak, tu pun teragak2.
Comments
kes Lana ni, tak tahu lah saya nak bagi pendapat macam mana. confuse jugak ni
tia pun tak berani nak kata apa kak sebab macam isu sensitif je ni.
Kalau gambar selain dari muka aku, aku tak letak watermark. Pertama, sebab malas. Keduanya, tak ada keuntungan untuk aku atau orang lain. Kalau mendatangkan keuntungan untuk orang lain, aku kira sedekah je lah. Hehehe.
For me, personally, tujuan asal watermark untuk security semata.
Tapi, sekarang macam ramai orang buat watermark untuk publisiti. Dah tu letak watermark kat hujung2 gambar. Orang boleh je amik gambar tu, edit, crop. Hingat orang yang guna computer ni yang dungu2? Jadi aku tak nampak kat mana relevannya kalau guna watermark tapi tak capai motif sebenar penggunaan watermark tu sendiri.
Haaa, taip panjang2. Baca balik macam tunggang langgang. Engko faham tak ni? Kahkah
pasal watermark ni saya no comment, klu rasa nak letak, letak la, klu rasa tak kisah org lain amik, tak payah letak.
my style, kalau gambor hasil snap dan dari kamera sendiri memang akan letak watermark
tapi, kalau ambik dari sumber lain, akan bagi backlink and no watermark
T.Karut ~ Ala..terkenang lagi rupanya,hahaha, sabar je la TK. Ak punya quotes pun, ada je yg ambik.
Nurdani ~ Kes dani, memang kena letak watermark dani.. karikatur yg dani buat, mmg pure hasil tgn dani. Itu la, lana pun confius jugak ni,huhu
Syaf ~ Aku faham bos! hahaha. Waa,good comment. Sebab tu la aku bertanya ni, aku nak tahu, sejauh mana keperluannya. Aku tak suka buat main bedal je. Part gambar dari kamera sendiri, yg tu memang ak pun letak watermark gak. Ramai buat watermark utk publisiti? Ada benar jugak. Ak ada buat macamtu, uhuuuuu (-_-) kih3
MalayMale ~ Tq. Ok, noted.
Muja ~ Bergantung pada mood la ni,hehehe
Penaberkala ~ I understand sir!
sy tak kisah. boleh je share kecuali gambar peribadi.. hehe..
Kalau kita cuma ambil quotes tu dan lepas tu kita cari gambar background yang lain daripada yang sedia ada, dan lepas tu kita edit, itu boleh dikatakan kita punya..
Quotes tu pun kena la letak sekali nama orang yang cipta quotes tu.. Jangan pulak letak nama kita pada quotes yang orang lain cipta..
*Lupa pulak nak letak watermark kat pantun sempena pilihanraya yang akak cipta hari tu.. Rugi betul kalau ada yang ciplak.. hahahaha..
Dulu, ary suka letak watermark atas apa sahaja yang ary rasa milik ary dan ary rasa, sesiapa yang ambil tu tak boleh argue yang itu merupakan hak milik dia. Tapi since ary dengar apa yang disampaikan oleh seorang yang agak berpengetahuan agama berbanding ary, ary berfikir semula-Apakah benda itu merupakan hak ary sebenarnya?
Kata pensyarah ary tu, tak ada sesiapa yang layak untuk assume sesuatu benda itu merupakan IP/hak cipta mereka. Sebabnya, apa yang dihasilkan itu sebenarnya datang dari Allah s.w.t. Dan kalau dilihat, tak ada seorang pun ilmuwan islam yang meletakkan nama mereka dalam teori sains/fizikal yang dihasilkan. Cuma ilmuwan barat sahaja yang berbuat begitu. Contoh, kita belajar berkaitan theory Herzberg in management. Tapi tak pernah pula dengar teori ibnu sina, etc.
Ikut kata hati. Kalau hati rasa tak sedap, jangan buat^^
*test je ni.
Baru balik kelas, harini ada jamuan makan-makan sebab last class untuk semester ni. :) 3 Minggu lagi exam final.
Tak jadi pergi Palestin haritu sebab banyak masalahla, visa lambat nak siap, pastu orang yang nak ikut banyak cancel sbb hampir dengan waktu exam, benda-benda diluar kawalan macamtula.
Bab watermark ni interesting topik sebenarnya. Macam am sendiri tak suka dan tak pernah terfikir langsung untuk letak watermark ni. Macam am fahamla kalau orang letak watermark kalau ada gambar muka,sebab nak elak dari fitnah atau manipulasi.
Bab gambar yg kita amek pulak contoh scenery atau objek, untuk diri am sendiri tak perlu. Kalau orang tengok dan amek tanpa bagitahu, rasa tak rugi apa-apa. Sebab orang yang betul-betul menghargai dia akan hargai benda kita. Orang yang memang nak curi, biasa akan curi, they will find a way.
Tapi am takdela bukak ruang untuk dieksploitasi, semua gambar am upload dekat Flickr, memang tak letak watermark pun memang semua gambar itu hakmilik kita jadi boleh claim. Tapi am rasa am lenient je benda ni, sebab tak fikir langsung bab profit-profit ni.
Kalau letak watermark untuk promosi website atau business kita, bagi am tak jadi masalah, sebab tu free promotion kan, cuma jangan obvious sangatla.
menarik topik entry lana nih...
apa yg ayie faham...hak cipta apabila kita ambil 100% sebijik dari yg asal...sebaliknya jika karya itu telah diedit wlupun sedikit...ia bukan lagi tertakluk sbg hak cipta...
kalau quotes pulak..ayie rasa elok juga letak siapa yg punya kata2 tu kan..wlupun ia bukanlah sesuatu yg 'wajib'...x letak pun x salah...
mcm sy... x kesah je klu nak copy my pic... silakan aje... klu sy xnak kongsi ... in the first place pun da x masuk ini blog maa....
wallahuallam... :)
Hak cipta tentang quote itu atau gambar?
CikAzz ~ Ooo..itu pandangan akk ya.. saya buat quotes, mcm yg disebutkan akk tu la.. ambil quotes, ambil background, kemudian edit.. Tapi..rasa serba salah juga nak letak tidak,huhu. Aha, betul, yg menulis quotes tu, kena letak nama mereka. Cuma, ada sstgh quotes tak dpt dikenalpasti mna sumbernya.
MimeMF ~ Hang rajin melukis kan? lukisan2 tu mmg ptut letak watermark, hasil sndiri.
Arham ~ Wa'alaikummussalam wbt. Kejap je ya da nak final. Moga ketemu hikmah disebalik pembatalan pergi Palestin..there must be a reason why its happen kan :). Ya juga..orang kalau dah berniat nak mencuri, they will do anything. Thanks am, pendapat yang bernas untuk dikongsi bersama2 :)
Ayie ~ Wa'alaikummussalam wbt. TQ ayie.. urm, kalau macamtu, maybe lana boleh pertimbangkan utk letak watermark kat quotes lepas ni..
Alif ~ Begitulah nampaknya encik alif,hehehe. Lebih2 lagi hasil kerja seperti doodle,karikatur tu.
MyNotes ~ Tq. Saya pun berbuat begitu. Save mana2 yang dirasakan boleh digunakan sbgai latar artworks.. Nampaknya, saya perlu recheck balik keperluan meletakkan watermark.
Ieta ~ Watermark tu..alamak, cane nak explain ya,hehe. Kita letak label kita pada produk ciptaan kita. Cth paling mudah yg akk bleh nampak dalam dunia blog ni, bila letak gambar, kita bubuh label kita pada gambar tersebut. Label tu boleh jadi nama kita or url link blog kita. Macam akk tgk gambar buku yang ada dalam entry FIXI:Tuhan tu, saya ada bubuh url blog saya dibahagian bawah gambar. Itula watermark. Harap penjelasan ini boleh difahami.
NongAndy ~ Hak cipta untuk kedua2nya kak. Dalam kes saya, quotes yg saya buat, saya hasilkan dengan menggunakan bckgrd dari smuber yg dibenarkan. Quotes boleh cari dimana. Saya redo diphotoshop. So, hasilnya tu, boleh ke saya letak watermark? sdgkn gmbr dri sumber lain, quotes pun dari sumber lain..saya cuma edit saja.. saya blur,huhuhu
senang cerita apa yg di-watermark-kan tu adalah hasil kerja kita dan kita tak mahu org lain amek imej tu sesuka hati tanpa kredit....ye la nak letak wordings pon hasil kerja jugak kan...hehehe
personally, kalau something tu bukan karya kita 100%, aku rasa xperlu letak watermark..
Hatimi ~ urmm, itu la yg sbnrnya buat saya dilema ni timi.. sebab walaupun kita ambil dari sumber lain, tapi hasilnya sesuatu yang baru kan.. tpi, rasanya saya pun dah tahu apa nak buat ^_^ Tq untuk maklumbalas.
Caliph ~ Baik awak! ^^
Encik H ~ hahaha, jgn la ckp camtu, lukis bodoh2..ada usaha jugak kan kat situ ^_^
quote by:
designed by:
tapi ade sesetgh quote xreleven nk letak penama sebab ianya dah berulang2 kali digunakan org lain hingga org asal tak tahu siapa.
macam cerpen, photography, itu semua datang dari idea sendiri wajib ada watermark sendiri. Kalau gambar org lain then kita edit rasanya tak patut digunakan bimbang mencetus rasa tidak senang jika dipublish.
Publish pulak yg sy nampak tgk tempat.. seperti di FB, FB fan page, blog, instagram, ada berkaitan sensitivities of public.
idea asal:
diubah:
itupun jika org tu izinkan..
kalau rasa perlu..hasil dr tgn sndri mgkin letak kalau ia milik kekal tp kalau skadar pkongsian xkot..tp biasanya shida letak jika dr camera sndri :)
Kayjue ~ Thanks kjue for ur opinion :)
Shida ~ Terima kasih shida.. ^^
*saya dapat rasa apa perasaan org yg mengambil penulisan org lain tanpa kredit. dan saya sedang merasakannya. tak tahu nak cakap pe, marah? tak jugak. tapi terasa tak syok la =)