RSS Feed

Blog dan Rumah

42

June 14, 2013 by

Saya teringat nasihat seorang rakan blogger melalui salah satu entrynya.

Anggaplah blog ini macam rumah. Jaga dan hiasi blog kita sebagaimana kita menjaga dan menghias rumah kita.

Begitu juga, sebagaimana kita menjaga adab apabila bertandang kerumah orang, lakukanlah perkara sama bila bertandang ke blog orang lain.

Apa anda rasa, bila tetamu yang datang ke rumah, dia memuji rumah anda cantik, kemas dan menenangkan? Tentu senyum sampai ketelinga. Anda rasa excited, suka dan gembira..tipu la kalau kata takda.

Macamana pula dapat tetamu mulut macam meriam? Sekali dia muntahkan peluru, bergegar alam? "Apasal rumah ko ni timah, buruk benor warna catnya" , "Ko dah setahun ke tak menyapu rumah rogayah oii, bersepah macam tongkang pecah". Sah2, senyum mati. Rasa nak angkat kaki, berkungfu dengan mulut meriam macam ini.

Menegur itu adalah salah satu kaedah untuk membaiki kelemahan.
Masalahnya, ramai menegur untuk menjatuhkan.

Kalau anda rasa nak menegur blogger, ingat2lah dua situasi tetamu diatas ini.


42 comments »

the malay male said...

boleh buat tips macam mana nak menegur pulak lepas ni ye..hehe

puteri kasih said...

nak menegur seseorang tu kena ada caranya. Jangan sampai ke tahap mengguriskan hati orang kan :)

||aLeaSaRa|| said...

tak retilah nak kondem blog orang sebab blog sendiri pun tak semestinya best di pandangan blogger lain,kan.buat apalah nak kutuk busuk2 apa kita dapat huhu..

Waalid5035 ™ said...

betul tu..lagi2 kalau yang menegur tu tak pakai nama sendiri..gune name anonymous je..lg tercabar tuan rumah..:)

Nana Liena said...

hehe..jemput datang rumah saya sebelum saya bercuti lagi ya..hehe..

kadang2 sya suka menegur tapi tegur pun di cbox macam contoh.. 'nanti letak follower widget ya..sebab tak dapat follow' huhu..

harap mereka2 tu tak makan hati dengan saya..

Rosniyati othman said...

salam...

niat baik untuk menegur, tapi untuk menegur seseorang pun kena la dengan caranya kan? lebih elok kalau kita tegur dengan bahasa yang sopan supaya tidak menjatuhkan maruah seseorang...pandangan rose ajer....

caliph shuriken said...

yup, btul tu.. ingat baik2 nama timah & rogayah :p

nice sharing, lana ^^

trah zain said...

hoho.. kuajaqqq..bak kata oghang utagha,,,haha...
apalah, tak nak puji, duk diam2 je la, tak yah nak kutuk..ish3...
*geleng kepala

Chic Na said...

err.. cikna tergelak baca dialog2 tu. hikhikhik..

Etuza Ezawarna said...

sebab tu kita komen baik2..menegur dengan niat ikhlas..tak apa..

kopi pasta said...

sebelum nak menegur orang, kene cermin diri dulu. layak ke tak nak kondem org tu..

Cik Pensil said...

buat masa ni, belum jumpa lagi blogger yang macam tu >_<

Tukang Karut said...

aku menunggu lana untuk menegur aku...

Wirda Amir said...

assalamualaikum lana...

orang yg suka menegur dgn cara ala2 mami jarum tu dah memang sifat mereka begitu wpun kdg2 cara je tak betu tp niat baik...ada org yg menegur dgn embut tetapi bernada sindiran..apapun cara menegur dan tujuan..sebaik2nya kita ingat bahawa kita juga tak sempurna...

mereka yg suka menegur kekurangan org lain ni selalunya menganggap mereka dah cukup baik...di situlah timbulnya rasa ego dan bangga diri..

seelok2nya saling bertukar pendapat untuk kebaikan bersama bukan menegur seolah2 menghina...

penaberkala said...

klu dah ada yang tegur, baik buruk pun kita terima je la
walaupun pedih sekalipun nk terima kan?
ada baiknya :)

ary_lee said...

HahahaXD Lawak ler dialog yang ada nama timah tu.
Yup. its true.
You know what? Bilik ary pun kalerful macam blog ary:P

Teena Tna said...

Analogi yg menarik, tp rumah kalau bersepah nampak habuknya, blog x nmpak habuk..

fyna said...

betul tue dear. kita kena pastikan yang blog kita nih selesa untuk orang singgah... ^_^

Cik Yaya said...

salam..
hehe..xlme lgi yaya jdila cmtu..rumah xbtuka cat..gaya pon cmtu je..ngeee xde mse nk 'kemas' uma lorh..hoo

hazwan hairy said...

hehehe...xsmpat kemas rumah dh..bahaha

MystoryPic said...

itu la kan .... nak menegur tak salah tapi biar la berhemah

Mime MF said...

betul²..nak menegur biarlah betul caranya...jgn melayan org dengan cara yg kita sndiri pun tak suka..tetiba teringat kata² Prof.Muhaya..kita sndiri yg menentukan adakah mulut kita ni bau neraka atau bau syurga..pilihlah...

my notes said...

comment jgn sampai memalukan tuan rumah . takut Allah balikkan semula kat batang hidung sendiri ... huhuhuuu

hana hadi said...

nak buat rumah terbukalah bagi orang datang. tiba2 ja.. hehe

fadh leyanie said...

ada pepatah mgatakan,kalau nk tegur jgn sampai berpuaka2..haha :D

Hatimi Tahirruddin said...

hehe kalau nak tegur pun kena berpada2....tapi sama juga kalau nak puji...kena juga berpada2...jgn terlalu mengampu semata2 nak "jack" org lain...

baby comel said...

kalau kita nak orang hormat kita, kita kena dulu hormat org. tu memang asa kehidupan. Kalau nak menegur biar dgn cara mendidik, bukan menjatuhkan macam Lana cakap tu. Setuju sgt dgn mu Lana. You r soooo cute! Seriously, ni bukan nak memuji atau menguji tapi I love the way U are.

Azie Namico said...

hi lana ku !
memang betul pun lana , blog bole di anggap seperti "rumahku syurgaku" bila rumah kita cantik mcm tu juga lah blog kita...mesti kita nak buat yang terbaik kan...

bila kita masuk jer blog ! waahhhh rasa x nak keluar dah...ada jer benda nak di buat...yelah dah sampai rumah mesti lah bahagia kan...hehehe

Che Elfie said...

Teguran teguran tu banyak maknanya... ambil yang positive sudah... diorang sayang kat kita sebenarnya tu... kalau tak sayang... takkan nak tegur kan kan kan? kalaulah pedas amat pun teguran tu kan... kalau binggit telinga pun kan... LIC

Cik Kay Jue said...

betul juga tu kak.. nak menegur pn kena ada caranya. kadang-kadang ada orang tak boleh terima teguran yang direct.

Tinta Lana said...

TMM ~ boleh dipertimbangkan tu,hehehe

Puteri ~ Biasanya teguran memang akan buat kita terguris hati..kita cuma nak kurgkn level 'terguris' tu je, hehe.

Aleasara ~ Betul kak lea.. nak tegur lebih2 pun, kita pun banyak kelemahannya.. Sebab tu la, nak menegur tu, tujuannya, biar perbaiki kelemahan. Bukan sampai mengaibkan.

Tinta Lana said...

Waalid ~ Betul, bukan takat tercabar, terbakar pun ada :D

Nana ~ Alaa..nak kemana lagi tu nana,hehehe. InsyaALLAH..kalau diorg yg minta nana follow balik, tpi nana tak jumpa follow button, rsanya, diorng sndiri pun tahu nak buat apa lepas tu. Cumanya nana, mmg ada yg tak nak letak.

Rosniyati ~ Wa'alaikumusalam rose. Betul tu, niat tak menghalalkan cara. Manusia asalnya suka pada perkara baik2, lemah lembut dan sopan santun. Jadi, cubalah berlemah lembut dalam menegur org juga.

Tinta Lana said...

Caliph ~ Ingat tau nama depa tu :p hehehe

Trah ~ phewww, siap geleng2 kepala trah,hehehe

Cikna ~ err..hehehe. Ingat tau dialog tu,hehehe

Tinta Lana said...

Etuza ~ Macam uncle..uncle selalu bagi komen yg baik2.. ^_^ Ya, betulkan niat menegur kerana apa.

Kopi ~ Kita punya pandangan plak kopi, semua orang ada kelayakan untuk menegur..cuma cara kita menegur tu, yg membezakan tiap orang.

CikPensil ~ Akak pun. Fisha, lau ada pa nak tegur akak, sila tegur, hee >_<

Tinta Lana said...

Tukang Karut ~ Lau camtu, ko la tegur aku dulu.. Ko kan lebih tua..erkk

Wirda ~ Wa'alaikumusalam kak wirda.. :) Aah, ada yang sifat semulajadi. Itulah yang kita cuba nak elakkan kan kak.. nak elak timbul rasa ego dan bangga diri tu. Kdg kita tak sedar, kita rasa kita dah bagus sbb capai satu tahap tertentu. So, time tu kita mula rsa kita bleh guna kelebihan tu utk main terjah je org lain.

Penaberkala ~ Asalkan tidak smpai ke tahap menghina.. :)

Tinta Lana said...

AryLee ~ hehe, kalerful but stylish..eceh, memandai ak tmbh,hehehe

Teena ~ Analogi kan teena.. tak leh bygkn blog pun ada habuknya,hehehe

Fyna ~ Tq fyna.. selesa untuk kita, dan selesa utk org lain juga.. ^_^

Tinta Lana said...

Yaya ~ Wa'alaikumusalam. hehehe, masa ada yaya..cuba cari ya.. :)

Hery ~ Tapi, 'rumah' maintain kemas lagi kan :D

MystoryPic ~ Betul.. :)

Tinta Lana said...

Mime~ Tq mime share kata2 Prof Muhaya. Aah, pilih nak mulut kita bau wangi ke busuk.

MyNotes ~ Betul kak vee, jangan sampai mengaibkan tuan rumah. Kan ada bnyk cara, pilih la yang elok2.

Hana ~ eh? rumah terbuka nak raya ke apa hana,hehehe

Tinta Lana said...

Fadh ~ kenapa ak tak pernah dgr pepatah tu, hahahah

Hatimi ~ Ya, bersederhana dalam setiap perbuatan.. ^_^

Baby ~ Kita bertindak dulu kan baby? Sebelum orang memberi, kita dulu yang memberi.

Tinta Lana said...

Azie ~ Eh, tpi lana selalu rasa nak keluar dari blog,hahaha

Chepi ~ Pedas masih boleh diterima. Tgk juga apa yg cuba disampaikan. Tapi kalau dah sampai tahap menghina..bukan bingit telinga, senget terus telinga,ekeke

KayJue ~ Aah, kena tgk personaliti org tu juga, macamna penerimaannya. Mungkin sesama ahli keluarga, kawan rapat, kita boleh lebih telus..tpi dgn org yg baru kenal, tentulah lain caranya.

aizamia3 said...

alah Lana.. kita nak puaskan hati semua orang memang susah.. walau dah cuba sebaik mungkin untuk rumah sendiri tapi ada yang berbunyi, tu biasa.. ;)
kita doakan yang baik2 sudahlah untuk orang macam tu.. ;)

Aida Ismail said...

Betul tu. Nak tegur kena la berhemah sikit. Jangan sampai terguris dihati. Boleh buat musuh nanti..

Powered by Blogger.