Blog dan Rumah
Saya teringat nasihat seorang rakan blogger melalui salah satu entrynya.
Anggaplah blog ini macam rumah. Jaga dan hiasi blog kita sebagaimana kita menjaga dan menghias rumah kita.
Begitu juga, sebagaimana kita menjaga adab apabila bertandang kerumah orang, lakukanlah perkara sama bila bertandang ke blog orang lain.
Apa anda rasa, bila tetamu yang datang ke rumah, dia memuji rumah anda cantik, kemas dan menenangkan? Tentu senyum sampai ketelinga. Anda rasa excited, suka dan gembira..tipu la kalau kata takda.
Macamana pula dapat tetamu mulut macam meriam? Sekali dia muntahkan peluru, bergegar alam? "Apasal rumah ko ni timah, buruk benor warna catnya" , "Ko dah setahun ke tak menyapu rumah rogayah oii, bersepah macam tongkang pecah". Sah2, senyum mati. Rasa nak angkat kaki, berkungfu dengan mulut meriam macam ini.
Menegur itu adalah salah satu kaedah untuk membaiki kelemahan.
Masalahnya, ramai menegur untuk menjatuhkan.
Kalau anda rasa nak menegur blogger, ingat2lah dua situasi tetamu diatas ini.
Comments
kadang2 sya suka menegur tapi tegur pun di cbox macam contoh.. 'nanti letak follower widget ya..sebab tak dapat follow' huhu..
harap mereka2 tu tak makan hati dengan saya..
niat baik untuk menegur, tapi untuk menegur seseorang pun kena la dengan caranya kan? lebih elok kalau kita tegur dengan bahasa yang sopan supaya tidak menjatuhkan maruah seseorang...pandangan rose ajer....
nice sharing, lana ^^
apalah, tak nak puji, duk diam2 je la, tak yah nak kutuk..ish3...
*geleng kepala
orang yg suka menegur dgn cara ala2 mami jarum tu dah memang sifat mereka begitu wpun kdg2 cara je tak betu tp niat baik...ada org yg menegur dgn embut tetapi bernada sindiran..apapun cara menegur dan tujuan..sebaik2nya kita ingat bahawa kita juga tak sempurna...
mereka yg suka menegur kekurangan org lain ni selalunya menganggap mereka dah cukup baik...di situlah timbulnya rasa ego dan bangga diri..
seelok2nya saling bertukar pendapat untuk kebaikan bersama bukan menegur seolah2 menghina...
walaupun pedih sekalipun nk terima kan?
ada baiknya :)
Yup. its true.
You know what? Bilik ary pun kalerful macam blog ary:P
hehe..xlme lgi yaya jdila cmtu..rumah xbtuka cat..gaya pon cmtu je..ngeee xde mse nk 'kemas' uma lorh..hoo
memang betul pun lana , blog bole di anggap seperti "rumahku syurgaku" bila rumah kita cantik mcm tu juga lah blog kita...mesti kita nak buat yang terbaik kan...
bila kita masuk jer blog ! waahhhh rasa x nak keluar dah...ada jer benda nak di buat...yelah dah sampai rumah mesti lah bahagia kan...hehehe
Puteri ~ Biasanya teguran memang akan buat kita terguris hati..kita cuma nak kurgkn level 'terguris' tu je, hehe.
Aleasara ~ Betul kak lea.. nak tegur lebih2 pun, kita pun banyak kelemahannya.. Sebab tu la, nak menegur tu, tujuannya, biar perbaiki kelemahan. Bukan sampai mengaibkan.
Nana ~ Alaa..nak kemana lagi tu nana,hehehe. InsyaALLAH..kalau diorg yg minta nana follow balik, tpi nana tak jumpa follow button, rsanya, diorng sndiri pun tahu nak buat apa lepas tu. Cumanya nana, mmg ada yg tak nak letak.
Rosniyati ~ Wa'alaikumusalam rose. Betul tu, niat tak menghalalkan cara. Manusia asalnya suka pada perkara baik2, lemah lembut dan sopan santun. Jadi, cubalah berlemah lembut dalam menegur org juga.
Trah ~ phewww, siap geleng2 kepala trah,hehehe
Cikna ~ err..hehehe. Ingat tau dialog tu,hehehe
Kopi ~ Kita punya pandangan plak kopi, semua orang ada kelayakan untuk menegur..cuma cara kita menegur tu, yg membezakan tiap orang.
CikPensil ~ Akak pun. Fisha, lau ada pa nak tegur akak, sila tegur, hee >_<
Wirda ~ Wa'alaikumusalam kak wirda.. :) Aah, ada yang sifat semulajadi. Itulah yang kita cuba nak elakkan kan kak.. nak elak timbul rasa ego dan bangga diri tu. Kdg kita tak sedar, kita rasa kita dah bagus sbb capai satu tahap tertentu. So, time tu kita mula rsa kita bleh guna kelebihan tu utk main terjah je org lain.
Penaberkala ~ Asalkan tidak smpai ke tahap menghina.. :)
Teena ~ Analogi kan teena.. tak leh bygkn blog pun ada habuknya,hehehe
Fyna ~ Tq fyna.. selesa untuk kita, dan selesa utk org lain juga.. ^_^
Hery ~ Tapi, 'rumah' maintain kemas lagi kan :D
MystoryPic ~ Betul.. :)
MyNotes ~ Betul kak vee, jangan sampai mengaibkan tuan rumah. Kan ada bnyk cara, pilih la yang elok2.
Hana ~ eh? rumah terbuka nak raya ke apa hana,hehehe
Hatimi ~ Ya, bersederhana dalam setiap perbuatan.. ^_^
Baby ~ Kita bertindak dulu kan baby? Sebelum orang memberi, kita dulu yang memberi.
Chepi ~ Pedas masih boleh diterima. Tgk juga apa yg cuba disampaikan. Tapi kalau dah sampai tahap menghina..bukan bingit telinga, senget terus telinga,ekeke
KayJue ~ Aah, kena tgk personaliti org tu juga, macamna penerimaannya. Mungkin sesama ahli keluarga, kawan rapat, kita boleh lebih telus..tpi dgn org yg baru kenal, tentulah lain caranya.
kita doakan yang baik2 sudahlah untuk orang macam tu.. ;)