Derma darah
Harini, saya ke Hospital Putrajaya untuk Program Derma Darah.
Macam biasa, ia dikendalikan oleh Pusat Darah Negara.
Tapi, bukan mahu bercerita tentang itu.
Ini tentang kasih seorang ibu.
Sementara menanti seseorang tiba, saya duduk disatu sudut memerhati ragam manusia. Tidak lama, mata menangkap gelagat seorang wanita. Seorang ibu muda. Dia berlari-lari anak diruang legar, sambil menjerit keluarkan suara.
Bila dia semakin hampir ditempat saya, saya dengar butir bicaranya,
"anak mama, anak mama.. mana anak mama.."
Anak kecilnya hilang dari pandangan mata.
Saya agak terpaku sebenarnya. Seketika.
Itu kali pertama saya lihat seorang ibu begitu takut, risau, tidak peduli sesiapa, menjerit hiba mencari mana pergi anaknya.
Alhamdulillah. Anak kecilnya berjaya dijumpa.
Terlihat merayau disalah sebuah kedai didalam hospital.
Saya rasa hendak menulis tentangnya kerana..
Kedai itu berhampiran tempat duduk saya.
Dan ibu muda itu menangis terduduk dilantai sambil memeluk anaknya.
Dan mereka menghadap saya... Selamat saya bertahan dari keluarkan air mata.
Comments
2. kasih ibu. saya paling takut jadi macam tu sebab tu risau kalau tengok anak2 ni jalan sendirian jauh daripada mak ayah. alhamdulillah jumpa.
dulu pensil pg Giant pilih kerongsang utk hari guru. asyik memilih, pensil dengar riuh2 belakang pensil, rupanya budak hilang. cina, muda lagi.. last2 dengan bantuan org dekat situ jumpa jugak.. dia main nyorok2 rupenye..
anak dia mesti x dok diam...sian mama dia...
ibu tia paling takut jadi macam tu kak. sebab tu ibu jalan tak bawa adik kecil. kalau nak bawa pun, kami yang besar-besar akan kena bawa sekali supaya boleh tengok si kecil.
saya tak boleh nilai ibu tadi sebab hanya dia dan Allah s.w.t je yang tahu apa yang berlaku.
diharap orang lain tidak akan terus melemparkan tuduhan yang boleh membawa fitnah kepada ibu tadi.
Alahai...sebaklah pula...kerana anak seorang ibu boleh hilang rasa malu kan lana....
Risau juga sebab byk kes culik anak kecil...
nasib baik anak dia tak pergi merayau jauh...
sebak baca entry ni..
kalau aku, aku join peluk dua beranak tu sekali. "Kalau" lah.
Hehe
Oa salam pndatang baru ya kak dari tangga,,
Salam silaturrahmi kak,,
nasib baik staff kita di klia peramah dan baik hati.begitu juga foreigner,cepat mereka bertindak pergi ke info counter untuk staff buat announcement.
masa kat alamanda,kebetulan kak lea perasan budak menangis cari mak dia.kak lea saja diri dekat2 budak tu nak tengok sapa datang dekat,10 minit masa takde sapa.
kak lea cakap lembut2 dengan budak tu,tanya nama dia,datang dengan sapa,apa nama mak/ayah dia,mak dia pakai baju warna apa..then kak lea bawa pergi info counter.kak lea sanggup tunggu sampai mak budak tu datang.bila tengkok budak tu terus terpa dan jerit "makkk..." sambil menangis..
baru kak lea blah selepas pastikan budak tu betul2 selamat,dan betul2 jumpa mak dia,bukan orang yang menyamar.kita tak pasti kiri kanan depan belakang kita penjenayah ke tak.diorang pun pergi shooping jugak,kan...
Berry ~ :)
Nurdani ~ 1. Maknanya..dani lagi ringan dari lana. 2. Betul. Sebenarnya, sebelum ibu tu menjerit2, lana prasan ada budak kecil berlari masuk kedai, tpi blkg budak tu ada laki dewasa. So, tak expect apa2.
Nana ~ That's right nana :)
Azstory ~ Yg itu pernah jumpa. Kesian si anak. Selalunya, ibubapa yg leka. Anak2 tetap budak2, tahu bermain saja..
TMM ~ Betul.
Muja ~ Itu sudah semestinya.
Caliph ~ Betul tu awak.. Dgn bermacam2 kes skrg, risau dibuatnya..
Wirda ~ Wa'alaikumsalam wbt kak wirda. Betul tu kak. Risau kalau anak kecil yg tidak bersalah menjadi mangsa jenayah.
Fana ~ Iya fana. Kasih ibu..tiada tolak bandingnya.
Norain ~ Alhamdulillah.. tak sampai 5minit sbnrnya.. tpi 5minit sudah cukup lama bagi ibu tu.. :)
Pari2putih ~ Suka akak dpt komen ya,hehehe :) Thanks a lot akk..sayang dia ^^ Akak tentu tahukan camna prasaan seorang ibu..
Chepi ~ Dalam apa jua keadaan, ibu jugalah insan yg paling membuatkan kita tersentuh hati kan..
Aizamia ~ Syukur alhamdulillah kak.. :)
Syaf ~ hahaha, ak betul2 tergamam weh. Depa dua beranak berpelukan. Anak tu smpai menangis, tak faham kenapa mak dia mcmtu..
MyNotes ~ Anak tidak akan mampu membalas jasa ibunya..itu sudah pasti kak vee :)
Sally ~ :)
T.Islam ~ Wa'alaikumusalam. InsyaAllah, akk bls kunjungannya nanti ya ^_^
Alesara ~ sila lah komennya kak,hehehe. Akak..akak dah buat yg terbaik utk tolong budak tu berjumpa balik org tuanya. Itulah yg sbaik2nya kita buat. :)
memang mengharukan klu jumpa situasi mcm tu...
jadi pd ibu bapa sila perhatikan dimana anak2 kecil anda berada...jgn sesekali terlepas pandang...
Ayie ~ Wa'alaikumusalam ayie :) Yang penting, tak leka kan yie :)
MimeMF ~ Sambil sedih, aku terus taip buat draft dlm hndpn, heh3
Addin ~ Ibu tu bukan takat risau dah, dia tak peduli apa dah, menjerit kat ruang legar hospital..
Hatimi ~ Itu yang buat risau sebenarnya broTimi. Sekarang kan banyak kes jenayah melibatkan kanak2..
cian kat ibu tu..budak kcik ni biasala kan..lepa sikit je nth mane2 ilang..huuu