Derma darah

Harini, saya ke Hospital Putrajaya untuk Program Derma Darah.
Macam biasa, ia dikendalikan oleh Pusat Darah Negara.

Tapi, bukan mahu bercerita tentang itu.
Ini tentang kasih seorang ibu.

Sementara menanti seseorang tiba, saya duduk disatu sudut memerhati ragam manusia. Tidak lama, mata menangkap gelagat seorang wanita. Seorang ibu muda. Dia berlari-lari anak diruang legar, sambil menjerit keluarkan suara.

Bila dia semakin hampir ditempat saya, saya dengar butir bicaranya,
"anak mama, anak mama.. mana anak mama.." 
Anak kecilnya hilang dari pandangan mata.

Saya agak terpaku sebenarnya. Seketika. 
Itu kali pertama saya lihat seorang ibu begitu takut, risau, tidak peduli sesiapa, menjerit hiba mencari mana pergi anaknya.

Alhamdulillah. Anak kecilnya berjaya dijumpa.
Terlihat merayau disalah sebuah kedai didalam hospital.

Saya rasa hendak menulis tentangnya kerana..
Kedai itu berhampiran tempat duduk saya.
Dan ibu muda itu menangis terduduk dilantai sambil memeluk anaknya.
Dan mereka menghadap saya... Selamat saya bertahan dari keluarkan air mata.

Comments

ary_lee said…
kasih ibu... urmmmmm... tacink gak. Huhuhu.
nurdani said…
1. saya tak boleh derma darah sebab berat badan tak cukup.

2. kasih ibu. saya paling takut jadi macam tu sebab tu risau kalau tengok anak2 ni jalan sendirian jauh daripada mak ayah. alhamdulillah jumpa.
Unknown said…
sama dgn pensil,

dulu pensil pg Giant pilih kerongsang utk hari guru. asyik memilih, pensil dengar riuh2 belakang pensil, rupanya budak hilang. cina, muda lagi.. last2 dengan bantuan org dekat situ jumpa jugak.. dia main nyorok2 rupenye..
Unknown said…
hehe..siapa la tak sayang anak kan..hee.. lain kali tak boleh terleka..kena selalu perhatikan budak2..budak2 kan lasak..
Ooh Deo said…
Err.. Lana.. yg pernah saya jumpa si ibu marah anak dia bertubi2.. terpinga2 bdk tu kes merayau2 dlm kedai mainan.. biasala budak2..
Unknown said…
Salam Lana...alahai....touching la lana sib baik lana tahan ! kalau azie , azie pun tahan jugak hehehe...malu kot nages kat situ...tapi lepas tu azie mesti pikir kenapa bole terlepas pandang...ermm...
anak dia mesti x dok diam...sian mama dia...
ewanthology said…
budak2 hyperaktif, ibu bapa jgn leka.
muja said…
risau ibu melebihi orang lain,,
Unknown said…
assalamualaikum.

ibu tia paling takut jadi macam tu kak. sebab tu ibu jalan tak bawa adik kecil. kalau nak bawa pun, kami yang besar-besar akan kena bawa sekali supaya boleh tengok si kecil.

saya tak boleh nilai ibu tadi sebab hanya dia dan Allah s.w.t je yang tahu apa yang berlaku.

diharap orang lain tidak akan terus melemparkan tuduhan yang boleh membawa fitnah kepada ibu tadi.
caliph shuriken said…
msti laa risau giler, klau ilang jenuh nk cari budak tu, huh...
Anonymous said…
Salam lana...

Alahai...sebaklah pula...kerana anak seorang ibu boleh hilang rasa malu kan lana....

Risau juga sebab byk kes culik anak kecil...
Annamariana1989 said…
kasih ibu hingga ke syurga ^__^
fana.akim said…
bukti kasih seorag ibu pada anaknya :(
a said…
alhamdulillah..nasib baik jumpa anak tuh.. :)
Unknown said…
Derma darah x pernah ~ takut :( pada ibubapa mohon jaga anak2.. skrg ni mcm mcm boleh jadi... sekelip mata kau berubah bak kata lirik sebuah lagu hahahah tak ingat nama lagu tu... LANA... yay! finally dapat gak akak menyinggah dan komen kat sini sorry sgt sgt.. bz tak tentu pasal jer sekarang ni.. take care ok and keep in touch! ^_^
Unknown said…
kasih ibu tiada bandingnya .... membawa kesyurga ..... i've seen so many time tangisan seorang insan bergelar ibu di hospital tempat saya kerja... and everytime i saw it .... confirm touching tanpa kawalan...
Cik Kay Jue said…
kasih sayang ibu kepada anaknya.. :')
nasib baik anak dia tak pergi merayau jauh...
aizamia3 said…
syukur tak jauh mana anaknya pergi.. ;)
sebak baca entry ni..
Syaf said…
:(

kalau aku, aku join peluk dua beranak tu sekali. "Kalau" lah.

Hehe
my notes said…
seorang ibu boleh jadi gila kerana anaknya , tapi anak sanggup ker ? ...
Unknown said…
err, teringat last derma darah, nurse tu cakap darah yg dh collect tu cukup utk bayi jer. haha, darah liat nak keluar dri badan...
Unknown said…
Sebak.. Kalau saya, mungkin tak dapat tahan air mata ni keluar ;D
Tangga ISLAM said…
hehehe kak lana ni,, tega sekali ya,, masa sanggup nahan nangisnya kak,,

Oa salam pndatang baru ya kak dari tangga,,
Salam silaturrahmi kak,,
||aLeaSaRa|| said…
nak komen ni.masa kak lea kerja kat klia dulu,memang dah biasa budak hilang,bukan setakat warga tempatan,anak foreigner dari macam2 negara paling ramai.dahlah negara kita..mau tak meroyan mak bapak budak tu.

nasib baik staff kita di klia peramah dan baik hati.begitu juga foreigner,cepat mereka bertindak pergi ke info counter untuk staff buat announcement.

masa kat alamanda,kebetulan kak lea perasan budak menangis cari mak dia.kak lea saja diri dekat2 budak tu nak tengok sapa datang dekat,10 minit masa takde sapa.

kak lea cakap lembut2 dengan budak tu,tanya nama dia,datang dengan sapa,apa nama mak/ayah dia,mak dia pakai baju warna apa..then kak lea bawa pergi info counter.kak lea sanggup tunggu sampai mak budak tu datang.bila tengkok budak tu terus terpa dan jerit "makkk..." sambil menangis..

baru kak lea blah selepas pastikan budak tu betul2 selamat,dan betul2 jumpa mak dia,bukan orang yang menyamar.kita tak pasti kiri kanan depan belakang kita penjenayah ke tak.diorang pun pergi shooping jugak,kan...
Tinta Lana said…
Ary ~ kalau ary kat tmpt kjadian, kompem tacink..huhu

Berry ~ :)

Nurdani ~ 1. Maknanya..dani lagi ringan dari lana. 2. Betul. Sebenarnya, sebelum ibu tu menjerit2, lana prasan ada budak kecil berlari masuk kedai, tpi blkg budak tu ada laki dewasa. So, tak expect apa2.
Tinta Lana said…
CikPensil ~ Itu pun salah satu punca.. anak2, kekal dgn dunia fantasinya. Semua tempat, slagi ada ruang utk bermain, dia akan buat. Ibu bapa kena beri perhatian.

Nana ~ That's right nana :)

Azstory ~ Yg itu pernah jumpa. Kesian si anak. Selalunya, ibubapa yg leka. Anak2 tetap budak2, tahu bermain saja..
Tinta Lana said…
Azie ~ Wa'alaikumusalam zie. Mmg lana bertahan pun zie, sbb tmpt lana duk dkt ngan ibu muda tu jumpa ank dia semula. Kang dgn lana skali menangis, nnti org pkir pa plak,hehehe

TMM ~ Betul.

Muja ~ Itu sudah semestinya.
Tinta Lana said…
Tia ~ Wa'alaikumusalam. InsyaAllah tia.. Tiada ibu yang mahu kehilangan anaknya. Moga apa yg berlaku menjadi pengajaran buat kami yg melihat kejadian ini didepan mata..

Caliph ~ Betul tu awak.. Dgn bermacam2 kes skrg, risau dibuatnya..

Wirda ~ Wa'alaikumsalam wbt kak wirda. Betul tu kak. Risau kalau anak kecil yg tidak bersalah menjadi mangsa jenayah.
Tinta Lana said…
Anna ~ ^_^

Fana ~ Iya fana. Kasih ibu..tiada tolak bandingnya.

Norain ~ Alhamdulillah.. tak sampai 5minit sbnrnya.. tpi 5minit sudah cukup lama bagi ibu tu.. :)

Pari2putih ~ Suka akak dpt komen ya,hehehe :) Thanks a lot akk..sayang dia ^^ Akak tentu tahukan camna prasaan seorang ibu..

Chepi ~ Dalam apa jua keadaan, ibu jugalah insan yg paling membuatkan kita tersentuh hati kan..
Tinta Lana said…
Kayjue ~ Aah kjue..mujur anknya berlari masuk dlm kedai..kalau kejalan raya,huhu

Aizamia ~ Syukur alhamdulillah kak.. :)

Syaf ~ hahaha, ak betul2 tergamam weh. Depa dua beranak berpelukan. Anak tu smpai menangis, tak faham kenapa mak dia mcmtu..

MyNotes ~ Anak tidak akan mampu membalas jasa ibunya..itu sudah pasti kak vee :)
Tinta Lana said…
Kopi ~ Ko nervous ek,ekeke

Sally ~ :)

T.Islam ~ Wa'alaikumusalam. InsyaAllah, akk bls kunjungannya nanti ya ^_^

Alesara ~ sila lah komennya kak,hehehe. Akak..akak dah buat yg terbaik utk tolong budak tu berjumpa balik org tuanya. Itulah yg sbaik2nya kita buat. :)
ProfHariz said…
Cheq dah tak boleh derma darah :(
Unknown said…
assalamualaikum..lana :)

memang mengharukan klu jumpa situasi mcm tu...

jadi pd ibu bapa sila perhatikan dimana anak2 kecil anda berada...jgn sesekali terlepas pandang...
Mime MF said…
mak iah...sedih tu...nsb baik jumpa jugak anak dia...kasih ibu...:')
NasQ said…
maunya tak risau!!! kalau aku pun hilang akal kejab kot...
Addin said…
sedih nyaa :( mesti mak dia risau sesangaattttt !
Unknown said…
ha tu la mesti panik punya lebih2 lg zaman sekarang ni byk kes2 yg tak sedap didengar berlaku kpd budak2 yg hilang....
Tinta Lana said…
Prof ~ :) Allah suruh derma lain kot,hik3

Ayie ~ Wa'alaikumusalam ayie :) Yang penting, tak leka kan yie :)

MimeMF ~ Sambil sedih, aku terus taip buat draft dlm hndpn, heh3
Tinta Lana said…
TK ~ Kasih seorang bapa. Tentu kau fahamkan macamana perasaan jadi parents.

Addin ~ Ibu tu bukan takat risau dah, dia tak peduli apa dah, menjerit kat ruang legar hospital..

Hatimi ~ Itu yang buat risau sebenarnya broTimi. Sekarang kan banyak kes jenayah melibatkan kanak2..
Yaya Mohd said…
uish..lau yaya,pon risau jgk..
cian kat ibu tu..budak kcik ni biasala kan..lepa sikit je nth mane2 ilang..huuu
touching my heart... sedih baca entri ni. Terasa macam akak lah ibu itu. Alhamdulillah anak2 akak sume ada dlm rumah ni :)

Popular Posts