Kompleksiti Seorang Wanita
Sebagai seorang perempuan, saya akui wanita adalah makhluk yang kompleks.
Kami sendiri gagal memahami diri sendiri, apatah lagi cuba memahami antara satu sama lain.
Dalam rumit seorang wanita, banyak kecantikannya.
Waktu berjemaah misalnya, pakaian asas seorang perempuan adalah telekung putih.
Putih itu sendiri banyak jenisnya.
Ditambah pula kerawang bunga kertas, bunga ros dan bunga lawang,
Ada pula corak ornamental yang 'disadur' benang emas dan silver.
Saya suka melihatnya. Walau pelbagai rupa dan kelihatan meriah, itulah hawa.
Wanita sememangnya perhiasan didunia.
Cuma bezanya, jenis perhiasan apakah kita?
Comments
akak selalu jahit telekung sendiri yg polos..tanpa renda atau apa kerawangpun..akak lebih selesa begitu..kalau ada yg cantik sgt tu..semuanya pemberian saudara dan taulan..biasanya akak pakai di rumah yg berkerawang,yg polos tu akak pakai ketika berjemaah supaya tidak mengganggu kekusyukan jemaah yg lain...mcmcanapun akak tetap suka tgk telekung org lain yg cantik2 tu..takde masalah pada akak sbb waktu solat,kita memandang tepat ke tempat sujud..sebab tu juga akak buat alas sujud dari kain putih..tk suka pakai sejadah yg berwarna...
aha memang betul , setiap kali berjemaah pasti akan nampak telekung yang mereka gunakan begitu cantik sekali...mcm2 ada! yang terbaru telekung yang berwarna warni di gunakan...adakah bole digunakan?!
sebab azie tertarik dengan warnanya...rasa bersemangat nak solat...wawawa
sometimes mira pun tak faham diri mira, pastu nanti ade la org tolong bagi tau mira macam mane.. hehe
Moga kita semua berada di bawah lindunganNYA.. ;)
Serious, perempuan ni memang complicated. Tapi alhamdulillah bersyukur kerana dipilihNya utk menjadi seorang wanita.
Nawaitu kena putihkan dulu.. huhuhu...
ayie mmg suka tgok perempuan pakai telekung pergi masjid untuk berterawih...:)
Wirda ~ Wa'alaikumusalam. Akak jahit sendiri? waaa..pandai menjahit kak wirda ya.. :) Biasanya macam tu la, saya pun yang kerawang2 ni, pemberian orang. Cantik sbnrnya, skrg kan ada bermacam design, saya suka tgk sbnrnya, hehehe. Untuk budak2 pun, lawa2 je semua.
Noh ~ Like :p
Aleasara ~ Wa'alaikumusalam kak.. :) Aah kak.. kdg2 warna warni sgt smpai kita terbelek2 corak tu kan,ekekeke, saya le tu,huhu
Scya ~ InsyaAllah..mudah2an jadi seperti itu ya scya :)
Fatin ~ Kan? Kadang2 memang tak faham dgn diri sndiri. Tiba2 rsa sedih tak tentu pasal,hehehe. Org tegur baru perasan :D
Hasniza ~ Takda subjektif sgt ma,hihihi
SKA ~ Lana pun perasan juga. Bukan kat malaysia, belah2 asia yg femes dgn telekung mcm2 wrna dan gaya.
Jajas ~ aaaaaa...
Aisya ~ hurmmm..hehehe
Hafiz ~ err..can i say, less is more? :D
Aida ~ Teringat jugak,hehehe
Teena ~ Tahu takpe,hehehe. Kadang2 rambang mata sgt, smpai taktau nk pilih mana. Alhamdulillah, setiap ciptaan Allah tiada yg sia2.
KakAzz ~ Bunyi mcm menyindir tu kak,ekekeke. Apa2, psg lah niat yg betul bila menghadapNYA..
Caliph ~ Very complicated (-_-)
Sarip ~ Aaron ajisss! kemanakah kau pergi slma ni haaa,hahaha
Yana ~ Pengsan ak bca komen hang yana,haahahaha
Qeela ~ Deep sgt ke ni..rmai kata deep ni,hehehe. Thanks qeela :D
aah bnyk telekung makcik2 kat masjid tu cantik-cantikkkk.teringin tengok tapi tak suka nak pakai.haha ye ye saya pun tak paham diri sy.haha