RSS Feed

Pendidik

52

July 5, 2013 by

Semasa bergelar student, pernah sekali saja dapat seorang pensyarah lelaki untuk subjek Algebra.
Dan dia seorang lah yang paling saya ingati sampai hari ini.

Saya tak pernah berdepan dengan pendidik seperti dia.
Banyak alasan, banyak benar rungutannya. 
Setiap kali syarahan, selalu student yang lewat. Tapi, dengan dia, dia paling lambat. 
Bukan sedikit lambatnya, lepas sejam baru dia tiba.

Katakan ada 3 kali kelas dalam seminggu, dia lewat sejam untuk setiap waktu.
3 jam waktu kelasnya terbuang macam tu.
Ok takpa. Dia ambil inisiatif untuk buat kelas ganti hujung minggu.

Tapi, kelas ganti pun, lewat sejam juga,huhu. Bertabah dan agak stress juga kami waktu itu. 

Kadang2 alasan lewatnya tu, "saya sakit perut", "gastrik", "salah makan", "hari ini saya demam".
Saya tahu dia manusia biasa, tapi kalau alasan tu asyik pusing2 kat situ...

Dia pernah beberapa kali beritahu, nak berhenti jadi pensyarah, nak buat bisnes bla bla bla.

Jika anda tidak berminat menjadi sebahagian daripada warga pendidik, carilah bidang lain yang sesuai dengan jiwa. Jangan biar orang yang dahagakan ilmu merana.

Kerja sebagai pendidik bukan pilihan terakhir.


52 comments »

Noh Kodiang said...

erm...bagus2...aku pon cam dalam dilemma gak ni..malas nak bekerja...tapi kalau keja tu menarik aku x kesah sangat pon...hahaha

Norhasniza Khalid said...

banyak kerja lain yang sesuai..
kan lana,,,

the malay male said...

byk sgt kerja luar yang dibuatnya kor

Wirda Amir said...

assalamualaikum lana..

sesuaikah beliau digelar sebagai pendidik...?tp akak rasa ada juga yg suka pensyarah tu...student yg malas kot..tp apalah ertinya buat kelas ganti tu..kalau kita ikuti masa dgn betul..kelas ganti tu blh buat aktiviti lain..sabo je le..hehehe

Dzureen Darwis said...

Saya ada seorang pensyarah yang sebegitu rupa dan saya assume dia benar2 sakit. Wallahualam. Semester pun dah nak berakhir jadi tidak menjadi maslaah lagi bagi saya. Hehe

caliph shuriken said...

dia mcm tangkap muat jaa kerjaya tu kot, huh...

||aLeaSaRa|| said...

salam lana.yelah sikap dia tu menyusahkan orang lain.nampak sangat dia dah tak minat mengajar,kan.kerjaya ni memang bukan pilihan terakhir ^^

sha (chirp chirp) said...

mendidik tu bukan hanya sbg pekerjaan untuk mendapat imbuhan tapi kna la ade niat yg betul & minat. baru berkat mengajarnya :D

Teena Tna said...

Saya pun ada jugak lecturer yg slalu masuk lambat, tp tak selalu, ok la. Cuma sy terfikir macam mana gaji yg diorang dapat kalau asyik masuk kelas lambat jer..

Badrina Ibtisam said...

"Kerja sebagai pendidik bukan pilihan terakhir."

cikgu sy pernah ckp mcm ni jgk dulu..

:')

~ Cik Azz ~ said...

Betul..

Siapa yang macam nak tak nak mengajar tu, bagi je kat akak.. Sebab akak memang minat nak jadi cikgu, beberapa kali interview tapi takde rezeki jugak..

Zaman kini jadi cikgu sebab dah takde kerja yang sesuai dengan jiwa, bukan sebab minat, jauh sekali sebab tanggungjawab.. Segelintirnya macam tu la.. Bukan semua.. Kang ada pulak yang 'serang' akak... muehehehe..

Hatimi Tahirruddin said...

hehehe...kalau kes camni patutnya kena buat report kat dekan...tapi kalau sy lagi syok pensyarah camni...belajar pon sekejap je...yg penting kualiti yg diajar tu bukan berapa jam masa diambil utk mengajar....

aizamia3 said...

doakanlah moga ada perubahan dalam diri beliau demi untuk kebaikan beliau dan juga orang lain..

puteri kasih said...

dalam apa jua bidang yan kita ceburi, kita perlu memberi komitmen yang penuh. Kerjaya itu satu amanah yang sepatutnya kita laksanakan dengan penuh dedikasi kan lana :)

S.K.A said...

hmm xptt kalau mcm ni..sbb pndidik ni prlulah ikhlas dlam pkrjaannya..kalau dh xsuka ptt dia truskn krja lain..kcian kt students yg nk belajar..

cik natasya (: said...

Huhu . Patut la kak lana ingat sampai sekarang . sour moment . Bidang yg tak kene dgn diri dia sebenarnya tu :)

Etuza Ezawarna said...

aduh malulah macam tu, ada yg kata berhutang dengan studet. kena bayar tu beb.entahnlah manusia macam2 ragam kan lana. maafkan lah dia..

Azie Namico said...

Salam lana...uittt jadi pensyarah best tu....disiplin kene tinggi...baru student2 respect..keje apa pun mcm tu jugak..kene ada jiwa....baru berjaya...ahaks

aisya said...

sabar je la dgn lecturer mcm tu. huhu. mcm tak ikhlas je nak mengajar. student yang jadi mangsa.

cik kiwi's said...

report lah pada pihak atasan. jangan nanti bagi kesan pada pembelajaran korang sudah :)

Nong Andy said...

memang...

ada juga guru akak dulu yg mcm tu..

mengajar mcm melepas batuk di tangga ja.

paling mudah dia pesan.

" balik rumah... baca!"

okey.. kalau budak sekolah. kompom la kata-kata tu tak berapa nak di pakai.

dan akak dpt 8 utk subjek dia..

pepandai lak salah kan guru kan Lana. akak sendiri yg malas belajar kah..kah..kah..

tapi akak rasa itu salah satu punca. bagi subjeknya yg mana gurunya bersungguh.. memang agak power juga markah yg akak dpt. kadang ketegasan/ kesungguhan guru memang yg bagi POINT kat pelajar. Bila pelajar kena tekan dek guru.. yg bengap pun boleh dpt A

kan..kan..kan...

Menulis Untuk Berkongsi said...

ada masalah peribadi tuh . atau jadi pensyarah sbb dah tak der pilihan masa tuh ... tak per lah . dah berlalu pun ...

Cik Zaitul said...

Hai lana , lama xsinggahhhh.. lama gilaaaak.

Bru tau function g+ , patut cari blig , nak komen n3 depa ... xde....

Ok2 balik isu semasa,dorg ni igt keje cegu ni mudah , gaji mahal.. tapi depa xtau kan pahalanya menolong , menyebarkan ilmu...

Hrp adela pendidik yg berkhidmat kerana nak bngsa ya maju, bkn pk duit semata2... atau gelaran kan....

aswadz said...

mesti lecturer tu stylo kan. hahaha...

faridah nazurah said...

huhuhu teruknya perangai lecturer kalau begitu. xbersyukur. buat masa ni xpernah lg jumpa lecturer yg kerap buat alasan. tp ada jugak yg busy je manjang, so class byk cancel. tp klau sekali lec tu buat class, mmg dia akan terangkan sampai kitaorang fham..

hehe kak, ida sihat je. busy la sekarang. sekarang ni tengah final exam. nak online tu mcm malas sikit.

Sam Banjamin said...

apa khabar lecture tu sekarang? masih menjadi lecture? hmm.. mungkin ramai la yg senasib kamu.. hehehe..

ary_lee said...

tapi tulahhh... ada orang jadi pendidik sebab katanya, xda pilihan. rasa nak lempang je orang mcm tu.
Kalau nak jadi pendidik tu, kena lah ada niat betul2^^

Cik Yaya said...

salam..
ye..btul tu stju dgn lana..
kerja pndidik mmg bukn senang..kalau dri xikhls beri ilmu, cmne kesan dekat orang yg menerima ilmu yg xikhls dsampaikan tu...hmm

drzirakudo said...

hmm..baik dy tgglkn je bdang pensyarah.. tkut la nnt kne tanya.. stiap pkrjaan kn perlu letak responsibilities

Wirda Amir said...

salam lana...

aduhai..gelihati akak baca tulisan lana di chatbox akak..hehehe..masa tu akak dah ofline n tido.....sebenarnya nakak tak tau la istilah yg lana tulis tu...contohnya siderbar...nak tgk di mana tu..hehehe..apa yg akak nampak n faham cuma iklan drypers..hehehehe

Jajas said...

selamat berpuasa lana...

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow.

Selamat menyambut Ramadan.

latifah zainal said...

alhamdulillah tak pernah lg jumpa pensyarah mcm tu.ade la jugak pnsyarah yg masuk lewat tapi xdela selalu dan xdela smpi satu jam lewatnya..kalau dapat pnsyrah mcm tu x tahulah nak ckp,sbr jela..

lynndamya said...

okay, aku mmg setuju dgn kweujudan golongan pendidik yg mcm ni, cuma pendidik aku tu org berada, mewah, bukan je selalu buang masa student utk tggu dia, paling sakit hati, dia merendah2kan student yg low class mcm aku ni... sabar je lah...

aku mmg xboleh nk respect pendidik yg mcmm tu, haha

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Mcam-mcam karenah...hope kita2 tk mcam tu lah...

Mime MF said...

mak aihh..first time jugak dgq lecture yg lewat masuk..huhu selalu student..tp xptut r dia bt cmtu kan...kesian kt student..

Tinta Lana said...

Noh ~ Maybe ko kena start define balik perkataan kerja tu noh :)

Norhasniza ~ Itu lah mama, gaya dia tu, dah tak nak jadi pensyarah tu, silakanlah berhenti,huhu.

T.M.M ~ Kot la kan abgiwn (-_-)

Tinta Lana said...

Wirda ~ Wa'alaikumusalam kak wirda. Soalan itu untuk saya ke? Maaf, bagi saya jawapannya tidak sesuai beliau digelar pendidik. Entry ini bukanlah untuk mengaibkannya, cuma apa yang dibuatnya sukar saya nak faham dan terima. Impactnya besar kak, lebih2 lgi kami student yg bnyk buat field work. Untuk siapkn keja2 fieldwork, mmg kami guna waktu hujung minggu.. Tapi bila tiap minggu asyik buat kelas gantinya saja, huhu, geram juga kami dibuatnya..

Dzureen ~ Saya pernah bertanya pensyarah lain yang sama jabatan dengannya.. dan jawapannya, "memang perangai dia begitu" huhu.

Caliph ~ Daripada gayanya, mcmtulah awk..tangkap muat je.

Tinta Lana said...

Aleasara ~ Wa'alaikumusalam kak lea..sepanjg satu semester tu kak..memang nampak jelas dia tak berminat dgn apa yg dia buat.. Kita manusia kan kak..kita boleh rasa n nampak melalui body languange tu kan..

Sha ~ Mana2 bidang pekerjaan pun sha, memang itulah sepatutnya, perlu perbetulkan niat n ada minat. Apatah lagi mendidik, sbb kita sedang membina umat sbnrnya.

Teena ~ Aha, tu lah dia..mana berkatnya, kalau apa yg kita buat, org sekeliling tak suka dan asyik menyampah saja,huhu.

Tinta Lana said...

Badrina ~ Ingat tu.. :)

CikAzz ~ Apa yang kak azz tulis tu mmg kenyataan kan kak.. memang kita tak digalakkan memilih kerja dizaman moden ni..cuma, kalau boleh, kita usaha. Tak suka macamana pun kerjaya kita, jgnla sampai menyusahkan org sekeliling kita. Apatah lagi kerjaya mulia mcm pendidik ni.

Hatimi ~ Masalahnya, dari awal lagi, kualiti takda bro timi,huhu. Dia bukan pensyarah muda yg baru2.. paling2 dah 10 tahun mengajar. Itu yg buat kami bertambah bingung tu (T__T)

Tinta Lana said...

Aizamia ~ Saya memang harap junior2 saya tak terima nasib yg sama..

Puteri ~ Betul puteri. Berikan yang terbaik walaupun mungkin bidang itu bukan pilihan kita :)

SKA ~ Memang kesian pun.. sebab ad student yg betul2 nak belajar n timba ilmu. Bila buat mcmni, student la jadi mangsa.

Tinta Lana said...

Tasya ~ Memang ingat. Muka dia, cara dia berpakaian, cara dia mengajor, memang ingat tahap dalam punya,ekekeke

Etuza ~ Ya, berhutang masa dengan kami..

Azie ~ Wa'alaikumusalam azie. Kena ada jiwa, baru berjaya. Phewww, terbaik zie,ahahaha

Tinta Lana said...

Aisya ~ Memang bersabar pun aisya. Selepas dah 5 tahun, baru tergerak nak bercerita kat sini,heh3.

Cik Kiwi ~ Lana pernah tanya pensyarah lain yg sama jabatan dengannya.. memang sebelum batch kami pun, dapat aduan sama. Tapi tak tahulah kenapa tiada tindakan diambil, maybe belum ada staff/lecturer lain yg sesuai untuk gantikan tempatnya.

NongAndy ~ hahaha, akak, saya tak rasa mcm tu lah kak. Sebab benda sma berlaku pda saya. Selama ambil subjek algebra, dari diploma smpai ke degree, dengan dia result saya kurg baik. Dan benda tu tak jadi pda saya saja, puratanya memang satu batch result jatuh. Ketegasan,kesungguhan, dan juga kelembutan.. 3 ni, kalau ada pda mna2 pendidik, saya memang tak nafikan, anak didiknya jadi lebih baik.

Tinta Lana said...

M.U.B ~ Ya kak Vee..mujurlah dah berlalu..kalau tak, mahu tiap minggu citer psl dia saja,keh3

Cik Zaitul ~ ak pn..lama gilakk tak pi jenguk hang,hahaha. Memang ada pendidik yang betul2 nak mendidik..cuma ya lah, Allah nak tunjukkan sesuatu pada ak kot time tu.. pentingnya tak ambil mudah soal bekerja ni. Lagi2 bila nak mengajar org.

Aswadz ~ Stylo pa bendanya, umur dah 40 series,hahaha

Tinta Lana said...

Faridah ~ Kira..lana beruntung la jumpa..ekekeke. Ok, takpa, saja usik ida..tahu ida busy study skrg,hehe >_<

Sam ~ Tak tahu la lana apa jadi sam..dan..lana tak mo amik tahu pun, ekekeke. Merajuk sudah..keh3

AryLee ~ Memandangkan org dah ada pengalaman mcm ni..siapa yg kata takda pilihan tu..lempang je ary,keh3. eh tak2, jgn buat, gurau je..tak psl2 msuk jail,heh3.

Tinta Lana said...

Cik Yaya ~ Wa'alaikumusalam. Macamana kesan dekat org yg terima ilmu tak ikhlas tu? Cam apa yg terjadi kat lana la yaya, sampai skrg teringat. Siap tulis entry lagi, ekekeke.

Drzirakudo ~ Betul. Bila buat sesuatu, takda minat, letakkan pula ia sbg tanggungjwb. Tak minat pun, cubalah galas tanggungjwb tu sebaik mungkin.

Wirda ~ Wa'alaikumusalam. hehehe, saya mmg cepat blur kak, kdg2 lmbt je tangkapnya,heh3. ok, sidebar tu, kalau mcm diblog saya, ruang sebelah kanan blog. Sebelah kiri ruang untuk entry kan. Sebelah kanan, bermula dari iklan - followers - shoutbox -bloglist - blog archive. Blog akak pun sidebarnya sblh knn bukan? :)

Ada blog, sidebarnya ada disebelah kiri, dan ada juga yang letak dikiri dan kanan. Biasanya sidebar, kita letakkan segala macam widget :)

Tinta Lana said...

Jajas ~ Selamat berpuasa jas :)

T.I ~ Wa'alaikumusalam wbt. Terima kasih.. selamat berpuasa juga ya..

Latifah ~ Takpa ipah..tak payah ckp pa2..ckup la lana yg bercakap..ekekeke. Kadang2 satu jam stgh tau ipah..dan kami bersabar :D

Tinta Lana said...

Lynndamya ~ Ada pulak ke kes camni weh?? Membezakan anak muridnya..ada low n high class? Tak leh jadi ni,hahahaha. Meh la kita sama2 bersabar lynn.. mengingatkn diri sndiri ngan org lain, tidak menjadi sprti mereka, hehehe.

Hazlina ~ Lana rasa, tu la yg lana dpt..supaya lana tak jadi macamtu.

MimeMF ~ Kalau hang kat tempat ak mime, kdg2 mmg sakit jiwa habaq hang,keh3.

tenku butang said...

hemm.. kesian kat student klu dapat pensyarah camni.. ilmu tergantung2.. byk masa terbuang..

hana hadi said...

sabar jelah.. agaknya sekarang di pensyarah tu keja apa ekk. hehe

Aida Ismail said...

Betul tu. Tugas pendidik bukannya senang. Hmmm..nasib baik Aida tak pernah dapat pensyarah yang macam ni.

baby comel said...

haaa amik kau. sebenarnya, tu semua mentaliti. dalam mind set mmg dah di set kan begitu. tu yg semedang je lambat kan.. adoii, sabar jelah kalau dapat cikgu camni.

Powered by Blogger.