Pendidik
Semasa bergelar student, pernah sekali saja dapat seorang pensyarah lelaki untuk subjek Algebra.
Dan dia seorang lah yang paling saya ingati sampai hari ini.
Saya tak pernah berdepan dengan pendidik seperti dia.
Banyak alasan, banyak benar rungutannya.
Setiap kali syarahan, selalu student yang lewat. Tapi, dengan dia, dia paling lambat.
Bukan sedikit lambatnya, lepas sejam baru dia tiba.
Katakan ada 3 kali kelas dalam seminggu, dia lewat sejam untuk setiap waktu.
3 jam waktu kelasnya terbuang macam tu.
Ok takpa. Dia ambil inisiatif untuk buat kelas ganti hujung minggu.
Tapi, kelas ganti pun, lewat sejam juga,huhu. Bertabah dan agak stress juga kami waktu itu.
Kadang2 alasan lewatnya tu, "saya sakit perut", "gastrik", "salah makan", "hari ini saya demam".
Saya tahu dia manusia biasa, tapi kalau alasan tu asyik pusing2 kat situ...
Dia pernah beberapa kali beritahu, nak berhenti jadi pensyarah, nak buat bisnes bla bla bla.
Jika anda tidak berminat menjadi sebahagian daripada warga pendidik, carilah bidang lain yang sesuai dengan jiwa. Jangan biar orang yang dahagakan ilmu merana.
Kerja sebagai pendidik bukan pilihan terakhir.
Comments
kan lana,,,
sesuaikah beliau digelar sebagai pendidik...?tp akak rasa ada juga yg suka pensyarah tu...student yg malas kot..tp apalah ertinya buat kelas ganti tu..kalau kita ikuti masa dgn betul..kelas ganti tu blh buat aktiviti lain..sabo je le..hehehe
cikgu sy pernah ckp mcm ni jgk dulu..
:')
Siapa yang macam nak tak nak mengajar tu, bagi je kat akak.. Sebab akak memang minat nak jadi cikgu, beberapa kali interview tapi takde rezeki jugak..
Zaman kini jadi cikgu sebab dah takde kerja yang sesuai dengan jiwa, bukan sebab minat, jauh sekali sebab tanggungjawab.. Segelintirnya macam tu la.. Bukan semua.. Kang ada pulak yang 'serang' akak... muehehehe..
ada juga guru akak dulu yg mcm tu..
mengajar mcm melepas batuk di tangga ja.
paling mudah dia pesan.
" balik rumah... baca!"
okey.. kalau budak sekolah. kompom la kata-kata tu tak berapa nak di pakai.
dan akak dpt 8 utk subjek dia..
pepandai lak salah kan guru kan Lana. akak sendiri yg malas belajar kah..kah..kah..
tapi akak rasa itu salah satu punca. bagi subjeknya yg mana gurunya bersungguh.. memang agak power juga markah yg akak dpt. kadang ketegasan/ kesungguhan guru memang yg bagi POINT kat pelajar. Bila pelajar kena tekan dek guru.. yg bengap pun boleh dpt A
kan..kan..kan...
Bru tau function g+ , patut cari blig , nak komen n3 depa ... xde....
Ok2 balik isu semasa,dorg ni igt keje cegu ni mudah , gaji mahal.. tapi depa xtau kan pahalanya menolong , menyebarkan ilmu...
Hrp adela pendidik yg berkhidmat kerana nak bngsa ya maju, bkn pk duit semata2... atau gelaran kan....
hehe kak, ida sihat je. busy la sekarang. sekarang ni tengah final exam. nak online tu mcm malas sikit.
Kalau nak jadi pendidik tu, kena lah ada niat betul2^^
ye..btul tu stju dgn lana..
kerja pndidik mmg bukn senang..kalau dri xikhls beri ilmu, cmne kesan dekat orang yg menerima ilmu yg xikhls dsampaikan tu...hmm
aduhai..gelihati akak baca tulisan lana di chatbox akak..hehehe..masa tu akak dah ofline n tido.....sebenarnya nakak tak tau la istilah yg lana tulis tu...contohnya siderbar...nak tgk di mana tu..hehehe..apa yg akak nampak n faham cuma iklan drypers..hehehehe
Selamat menyambut Ramadan.
aku mmg xboleh nk respect pendidik yg mcmm tu, haha
Norhasniza ~ Itu lah mama, gaya dia tu, dah tak nak jadi pensyarah tu, silakanlah berhenti,huhu.
T.M.M ~ Kot la kan abgiwn (-_-)
Dzureen ~ Saya pernah bertanya pensyarah lain yang sama jabatan dengannya.. dan jawapannya, "memang perangai dia begitu" huhu.
Caliph ~ Daripada gayanya, mcmtulah awk..tangkap muat je.
Sha ~ Mana2 bidang pekerjaan pun sha, memang itulah sepatutnya, perlu perbetulkan niat n ada minat. Apatah lagi mendidik, sbb kita sedang membina umat sbnrnya.
Teena ~ Aha, tu lah dia..mana berkatnya, kalau apa yg kita buat, org sekeliling tak suka dan asyik menyampah saja,huhu.
CikAzz ~ Apa yang kak azz tulis tu mmg kenyataan kan kak.. memang kita tak digalakkan memilih kerja dizaman moden ni..cuma, kalau boleh, kita usaha. Tak suka macamana pun kerjaya kita, jgnla sampai menyusahkan org sekeliling kita. Apatah lagi kerjaya mulia mcm pendidik ni.
Hatimi ~ Masalahnya, dari awal lagi, kualiti takda bro timi,huhu. Dia bukan pensyarah muda yg baru2.. paling2 dah 10 tahun mengajar. Itu yg buat kami bertambah bingung tu (T__T)
Puteri ~ Betul puteri. Berikan yang terbaik walaupun mungkin bidang itu bukan pilihan kita :)
SKA ~ Memang kesian pun.. sebab ad student yg betul2 nak belajar n timba ilmu. Bila buat mcmni, student la jadi mangsa.
Etuza ~ Ya, berhutang masa dengan kami..
Azie ~ Wa'alaikumusalam azie. Kena ada jiwa, baru berjaya. Phewww, terbaik zie,ahahaha
Cik Kiwi ~ Lana pernah tanya pensyarah lain yg sama jabatan dengannya.. memang sebelum batch kami pun, dapat aduan sama. Tapi tak tahulah kenapa tiada tindakan diambil, maybe belum ada staff/lecturer lain yg sesuai untuk gantikan tempatnya.
NongAndy ~ hahaha, akak, saya tak rasa mcm tu lah kak. Sebab benda sma berlaku pda saya. Selama ambil subjek algebra, dari diploma smpai ke degree, dengan dia result saya kurg baik. Dan benda tu tak jadi pda saya saja, puratanya memang satu batch result jatuh. Ketegasan,kesungguhan, dan juga kelembutan.. 3 ni, kalau ada pda mna2 pendidik, saya memang tak nafikan, anak didiknya jadi lebih baik.
Cik Zaitul ~ ak pn..lama gilakk tak pi jenguk hang,hahaha. Memang ada pendidik yang betul2 nak mendidik..cuma ya lah, Allah nak tunjukkan sesuatu pada ak kot time tu.. pentingnya tak ambil mudah soal bekerja ni. Lagi2 bila nak mengajar org.
Aswadz ~ Stylo pa bendanya, umur dah 40 series,hahaha
Sam ~ Tak tahu la lana apa jadi sam..dan..lana tak mo amik tahu pun, ekekeke. Merajuk sudah..keh3
AryLee ~ Memandangkan org dah ada pengalaman mcm ni..siapa yg kata takda pilihan tu..lempang je ary,keh3. eh tak2, jgn buat, gurau je..tak psl2 msuk jail,heh3.
Drzirakudo ~ Betul. Bila buat sesuatu, takda minat, letakkan pula ia sbg tanggungjwb. Tak minat pun, cubalah galas tanggungjwb tu sebaik mungkin.
Wirda ~ Wa'alaikumusalam. hehehe, saya mmg cepat blur kak, kdg2 lmbt je tangkapnya,heh3. ok, sidebar tu, kalau mcm diblog saya, ruang sebelah kanan blog. Sebelah kiri ruang untuk entry kan. Sebelah kanan, bermula dari iklan - followers - shoutbox -bloglist - blog archive. Blog akak pun sidebarnya sblh knn bukan? :)
Ada blog, sidebarnya ada disebelah kiri, dan ada juga yang letak dikiri dan kanan. Biasanya sidebar, kita letakkan segala macam widget :)
T.I ~ Wa'alaikumusalam wbt. Terima kasih.. selamat berpuasa juga ya..
Latifah ~ Takpa ipah..tak payah ckp pa2..ckup la lana yg bercakap..ekekeke. Kadang2 satu jam stgh tau ipah..dan kami bersabar :D
Hazlina ~ Lana rasa, tu la yg lana dpt..supaya lana tak jadi macamtu.
MimeMF ~ Kalau hang kat tempat ak mime, kdg2 mmg sakit jiwa habaq hang,keh3.