Panduan Menerbitkan Karya dan Novel Sendiri #1
Saya kongsikan sedikit panduan tentang
penerbitan karya.
Persoalan utama yang perlu anda jawab,
Adakah karya tersebut mahu dihantar ke syarikat penerbitan atau mahu
terbitkan sendiri?
Untuk Part Pertama ini, saya kongsikan panduan sekiranya anda mahu karya dihantar ke syarikat penerbitan. Antara perkara asas yang perlu dilakukan:
1. Taip semula manuskrip bertulisan tangan kedalam bentuk softcopy. Anda boleh gunakan Microsoft Words atau Kingsoft Writer untuk tujuan ini. Taip menggunakan format ini:
- Font Size: 12
- Font Face/Type: Times New Roman
- Line Spacing: Double Spacing
Diingatkan!
WAJIB taip semula manuskrip
anda kedalam bentuk softcopy. Jangan malas. Tujuan taip semula kedalam bentuk
softcopy ini adalah untuk memudahkan editor membuat kerja2 penyuntingan dan
juga wordscount.
2. Pilih syarikat penerbitan mengikut genre manuskrip yang ditulis. Contohnya:
Untuk
genre thriller, urban atau noir - Mungkin FIXI atau Lejen Press
Untuk
tema cinta leleh dan jiwang karat - Karya Seni atau Kaki Novel.
Tema
cinta penuh konflik - Mungkin Alaf21 atau Buku Prima.
Untuk
tema kasih, sayang, patuh, syariah - Galeri Ilmu, PTS atau Jemari Seni.
3. Dapatkan contact number editor syarikat penerbitan tersebut, atau emailnya. Boleh cuba berhubung dengannya, nyatakan hasrat untuk menghantar manuskrip karya.
Ada editor rumah penerbitan akan meminta anda menghantar proposal karya terlebih dahulu. Ada juga yang meminta dihantarkan manuskrip penuh terus. Biasanya akan minta dihantar dalam bentuk softcopy dan ada juga dalam bentuk printing kertas berjilid.
Dan nanti, editor akan membantu dan menerangkan kepada anda langkah serta prosedur seterusnya.
Manakala, jika anda mahu terbitkannya sendiri, akan diterangkan pada Part Kedua nanti.
*Kemaskini: Part Kedua DISINI.
*Kemaskini: Part Kedua DISINI.
Sumber:
Attokz Dikulgai, salah seorang penulis dalam Antologi Jiwa Kacau dan Fobia - Kumpulan Cerpen.
Attokz Dikulgai, salah seorang penulis dalam Antologi Jiwa Kacau dan Fobia - Kumpulan Cerpen.
Comments
bagus ni..akak rasa akak ni berbakat juga menulis tau...ehehehe...
bolehla tunggu "episod" seterusnya ni..hehehe
dengan adanya info kau ni, mane tahu aku tbe2 bersemangat nak tulis semula..haha
tapi xsehebat kau menulis lah, haha :D
yeayy !
BTW Lana masih nak lagi dengar cerita pasal aktiviti tolong orang susah yang am buat tu? Am boleh karang sebab ada masa free sekarang ni.
skrg ayie tgok ramai blogger berbakat dlm menghasilan novel..dgn ada entri tip2 mcm ni semoga membantu mereka..kn lana.. :)
lana pun boleh mencuba hantar penulisan ke mana tau ada bakat yg belum diasah...ahaks :D
Sama2. Jadikan panduan baby..mana tahu masa akan dtg, baby dah ada karya sndiri, boleh refer entry2 mcmni..ataupun pergi mana2 kursus/kelas penulisan. :)
Itula kak..saya pun baru tahu, terus tanya sumber itu, boleh tidak saya nak share di blog.
Ko ada karya ko? mana? Meh hantar kat aku,ehehehe
Wa'alaikumusalam.
Apa lagi kak, karang sebuah novel la,hehehe. Takpun mula dgn cerpen,ehehe.
Sama2..smoga bermanfaat ya.
Wa'alaikumusalam. Ko excited sgt ni kenapa lynn,hhahaha
Dah ada angan2 tu, permulaan bagus dah tu, tinggal nak habiskan je. Ko simpan je karya2 ko tu lynn, esok lusa terbuka hati nk tulis semula kan. Tgk2 10-15 thun akn dtg, "Lynn Damya-Penulis Novel Popular
" perghhh,ehehehe :D
Mudah2an panduan ni berguna..utk siapa2 yg perlukannya.
Wa'alaikumusalam. Aku dah tak boleh nak BW mcm selalu yana.. tapi bila ada waktu lpg, aku mmg bls..walaupun makan waktu yg lama nak membalasnya..
Terima kasih yana.. :)
Tapi rajin tang lain..ok la tu.hehe
Boleh tak aku nk tukar 'pernah' tu kepada 'akan'? hahaha. Cehh, angan mat piah aku ni T__T
Hehehe.....percaya je lana ye...akak ni kalau hati sedang bermuram durja..byk yg bermain di minda...tp bila hati dh ceria..idea hilang entah ke mana...masalahnya,bermuram tu cuma sekali sekala je....hehehe...
saya bab penulisan memang zero.
tapi respek kepada penulis yang megekalkan aspek bahasa melayu.
hari tu baru je trtanya camne nak terbitkn novel sndiri. ^^
btw kak lana.
this is me.
Badrina Ibtisam.
:D
Alhamdulillah. Yes jugak! hehehe
Wa'alaikumusalam. Err..siapa yg tegar tu? hihi
Akak boleh minta tolong anak buah taipkan? :)
Akak tulis dulu kat kertas ke..nanti boleh minta tolong mereka taipkan semula.. hehehe
Nak jugak menulis macamni! hahaha
#Lana dah baca dah emel yg am bagi..thanks a lot..sgt2 membantu. Banyak lana dapat dari emel am tu.
Siapa2 pun boleh mencuba..asalkan ada manuskrip sendiri.. ^_^
Wa'alaikumusalam ayie. Semoga membantu ayie juga. Ayie ada bakat juga dalam bidang penulisan ni kan.. ^^ Lana pun teringin juga cuba..tpi..batu pengasah takda..nak asah dgn apa bakat tu..eh,hahaha
Terima kasih puteri. Itu juga dikira satu panduan/tips juga tu.
Ok arra :)
Aisya bila? hehehe
Bukan senang kan nak susun patah perkataan jadi satu bahan bacaan? @__@
Macam kita juga,hehehe
Wa'alaikumusalam. Sedih..tetiba sedih,gedik plak kan,hahaha
Akak..akak shout kat shoutbox pun dah ckup..sayang akak! hehehe
Akak..saya percaya akak memang boleh menulis..entry akak buktinya. Ok, tak leh ckp lebih2, ti kembang kempis akak dibuatnya,hik3
Ya dik teena.. kamu kan tgh praktikal..takpa :)
Aah..akak pun respect, nak jaga bahasa, nak jaga jalan cerita juga..payah tu.
Eh, mana pergi Ibtisam? hahaha
Wah..kalau rina ada manuskrip n nak terbitkan, boleh refer panduan cmni.. ^_^
dulu sy pnah tnya novelist liyana zahim panduan cmni..
sy pnah tulis satu citer tapi x transfer dlm bentuk softcopy pun, hukk...
Lana, ary nak ajak main badminton plak kat Presint 18R8. Mau?
Assalamualaikum.
Saudara/i Momo, terima kasih singgah ke blog saya :)
Untuk persoalan yang Momo kemukakan dientry saya bertajuk 'Panduan Menerbitkan Karya Dan Novel Sendiri', saudara ada bertanya syarikat penerbitan mana yg sesuai untuk dihantarkan karya yg genrenya cenderung kearah fiksyen/fairytale kan?
Sejujurnya, saya tiada jawapannya. Untuk pengetahuan saudara, entry yg saya tulis itu, sumbernya diambil dari saudara Attokz Dikulgai (ada saya tulis namanya dipenghujung entry, dan link FBnya saya sertakan sekali disitu). Saya minta izinnya terlebih dahulu untuk share di blog saya.
Yang ada dalam pengetahuan saya, mungkin saudara boleh cuba menghantar ke PTS atau Bookstation? PTS banyak cabang. Mungkin untuk permulaan, saudara cuba layari laman web PTS Publication untuk maklumat lanjut.
Saya cadangkan juga Bookstation sebab ada beberapa novel genre begitu diterbitkn oleh syrkt berkenaan. Mungkin juga boleh mencuba syarikat penerbitan FIXI.
Itu saja dalam pengetahuan saya. Maaf kerana tidak banyak yang dapat saya bantu..
Wassalam.
Wa'alaikumusalam.
Maaf, saya kurang pasti tentang itu. Sebab saya sendiri pun tiada pengalaman menghantar karya.
Wa'alaikumusalam.
Zah, secara personal, saya rasa zah perlu cari titik fokus dulu, maksud sya, genre apa yg zah mahu utamakan.
Saya tak sangka pula panduan ringkas saya berguna kepada yang lain.
Semoga ada manfaat kepada bakal penulis yang mencarinya.
Saudara/i, apa yang saya tahu, proposal ni mungkin lebih kepada sinopsis karya yang dihasilkan, boleh jadi editor minta pengkarya hantarkan beberapa chapter awal hasil tulisannya sebagai penilaian dipihak mereka. Wallahu'alam, maaf, saya juga tidak berapa tahu..
Terima kasih..
Maaf atas kelewatan saya membalas. Saya cadangkan ke syarikat Alaf21.