RSS Feed

Fenomena/Trend

38

December 25, 2013 by

Agak risau apabila melihat keadaan masyarakat ketika ini.

Setiap perkara yang terjadi, akan dijadikan sebagai isu 'besar' selama beberapa hari.
Sehinggakan ia membentuk fenomena atau trend tersendiri.

Contoh yang mungkin masih diingati, video gwiyomi.
Bersusah payah buat video sendiri, share link, buat poster/imej langkah2 membuat gwiyomi.

Dan antara lainnya,
Kisah jenazah yg masih elok keadaannya walaupun slps bbrapa tahun dikebumikan, diselatan tanah air.
Tentang pemergian seorang pemuda di Turki.
Tak lupa juga, kejadian alam yang berlaku di Sabah baru-baru ini.

Yang saya hairan itu, setiap perkara yang berlaku, dijadikan sebuah 'cerita' yang seolah-olah mempunyai skrip yang sama. "Bagaimanalah nasib kita kelak", "Bersedia menghadapi bencana", "Arwah sepanjang hayatnya...."

Pakar agama, alim ulama' tiada pun bergebang tentangnya.
Kita pula berlebih-lebihan membuat spekulasi.

Saya faham dan mengerti, ada yang berkongsi dengan tujuan dijadikan pengajaran dan iktibar.
Cumanya, sejauh mana kita mengambil input dari setiap kejadian, dan apa perubahan dalam diri?


38 comments »

the malay male said...

jadikan pengajaran untuk diri sendiri... cuma jgn terikut ikut sangat nak share atau like apa apa dalam FB tu.

Genre Dari Langit said...

Akak biasanya tumpang baca jer..


Nong andy

ary_lee said...

Masing-masing bajet nak mengingatkan,,.. Tapi kejap je kesedarannya.. 2-3 hari, mula lah balik...


Tapi kan, Lana.. Ary teringin nak jadi trend setter.. GagagagaXD

Wirda Amir said...

Salam lanaku...

Akak pernah terfikir apa yg lana nyatakan di atas tu....sbb tu akak tak amik kisah n beriya2 sgt kalau kisah tu tentang manusia....tp bab bencana alam tu...akak pandangnya sebagai peringatan dari Allah utk kita......

Gee Lion said...

sekadar perkongsian Lana, buang yg keruh ambil yg jernih. mungkin itu yg diniatkan oleh depa waktu kongsi citer2 tu..

tentang video tu pulak terutama gwiyomi dan 'mcm cantik je mcm cantik je', itu based on minat masyarakat.

dah nampakkan minat masyarakat kita ni mcm mane?

Aku Penghibur said...

tentang bencana alam itu ..anggaplah ia sebagai peringtan ALLAH

Tukang Karut said...

pengajaran = kosong!

Vee said...

tapuk dada , tanya akal , tanya hati dan tanya iman ... kita bukan Allah utk kata yg ianya tiada pengajaran , kesedaran atau keinsafan pd mrk . muhasabah diri itu lebih baik daripada mempertikaikan .

Chic Na said...

dah jadi fenomena kan.. selalu cikna baca je, tak pernah berminat nak share benda2 mcm tu.. depends kat diri sendiri la camne nak ambil input dr sesuatu tu..

aisya said...

Baca utk pengetahun dan simpan ketat2 dalam kotak minda sendiri.

Cuma tak berapa berkenan sgt dgn mereka yg buat spekulasi dan konklusi sendiri. huhu (minta2 lah jgn jadi mcm ni jugak)

Mime MF said...

masing2 ada spekulasi sendiri pasal kejadian2 yg berlaku..yg penting sbnrnya sejauh mana impak kejadian tersebut terkesan di hati kita? perubahan kita? emm:)

Lynn Damya said...

Okay aku setuju ini, Lana..mmg risau tentang fenomena2 ini, owh ye, lagi2 viral2 mcm gangnam tu, then mcm comel je tu~ hmm...
owh btw, jemput makan Kimbap di blog aku~ hahaha

Qeela Aini said...

betul tu Lana..sangat setuju :D

QasehnyaRania said...

sekadar mmbaca dan mngetahuinya.
bnca alm sebagai tanda peringtan dri penciptaNya

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

selalu sekadar baca dan lihat saja.. sebelum share eloklah selidik terlebih dahulu kesahihannya..

Arham Md Ali said...

Assalamualaikum Lana, am kembali haha.

Kalau kita belajar psikologi kan, setiap orang ada persona masing-masing tau. Persona ni macam topengla yang kita akan bertukar mengikut keadaan. Macam cakap dengan mak perangai lain, dengan kawan lain, dekat cikgu lain - semua tu memang diri kita, bukan berpura-pura walaupun setiap individu tu kita layan berlainan.

Tapi banyak faktor la dalam kehidupan sebenar ni yang buat kita banyak persona ni - rasa hormat, takut, segan semua tu.Tapi zaman sekarang dengan sosial media terutamanya, kita akan rasa cenderung untuk kongsi cerita tau sebab memang naluri manusia rasanya untuk berkongsi benda gembira dan jadi centre of attention walau sedikit manapun. Dan kadang-kadang kita memang nak berkongsi benda yang dalam fikiran kita bermanfaat untuk semua.

Jadi interestingla tengok betapa laju benda jadi viral zaman sekarang ni. Sampai kadang-kadang rasa kita ni lagi jujur online ke pada dunia sebenar.

Ada pepatah English la yang tulis "I use to wonder how it feels like to read inside a person's mind. But now facebook is invented and I take that back."

aizamia3 said...

Sekadar mengambil tau cuma tidaklah sampai ke tahap nak share bagai.. cuma bila bencana alam tu akak ambil ianya sebagai peringatan dariNYA.

Tinta Lana said...

@the malay male

Ya, itula sebaiknya.

Tinta Lana said...

@Genre Dari Langit

Saya juga. Cukup untuk mengetahui, nanti tidak terpinga2 bila org lain bercerita.

Tinta Lana said...

@ary_lee

Bajet ya,hehe

Hang nak jadi trend setter apa ary,hahaha

Tinta Lana said...

@Wirda Amir

Wa'alaikumusalam kak wirda.

Ya kak, setiap bencana alam yg berlaku memang banyak mengingatkan kita kepada pencipta. Setiap kali leka dihanyut arus dunia, bila berlaku kejadian begini, sdikit sbnyk kita cari balik asal usul diri....

Tinta Lana said...

@Gee Lion

Memang nampak sgt minat msyrkt kita ni mcmna,hadoiila,hehehe

Tinta Lana said...

@Aku Penghibur

Terima kasih acik..

Tinta Lana said...

@Tukang Karut

hehehe, dah macam persamaan matematik je ha.

Tinta Lana said...

@Vee

Maafkan saya kak vee..saya tiada menyebut bahawa tiadanya pengajaran. Dan saya juga tidak mempertikaikan..

Tinta Lana said...

@Chic Na

Bagaimana dengan yang kurg matang dalam menilai dan mengambil input dari sesuatu itu cikna..itu sbhgn apa yg lana nak sampaikan..

Tinta Lana said...

@aisya

Spekulasi, konklusi dan... kontroversi,hehehe

Tinta Lana said...

@Mime MF

Katakanlah kita ambil sesuatu kejadian itu sbg peringatan.

Apa yang kita ingat sbnrnya..? :)

Tinta Lana said...

@Lynn Damya

Dah pergi tgk dah lynn, mcm terlepas dari KL gangster ko ckp aku ya,hahahah

Tinta Lana said...

@Qeela Aini

Terima kasih qeela singgah sini :)

caliph shuriken said...

kebiasaannya begitulah.. x lama pastu diorg akan up isu2 lain plak, huh...

Tinta Lana said...

@QasehnyaRania

Baik kakak.. :)

Tinta Lana said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)

Yup. Siasat dan selidik dulu sebelum percaya terburu2.

Tinta Lana said...

@Arham Md Ali

Wa'alaikumusalam. Am suka buat lawatan mengejut,hahaha

Lana rasa lana pernah buat satu entry berkaitan persona ni. Tak ingat dah apa tajuknya..isinya, lebih kurg beginilah, mungkin didunia realiti attitude kita lain, dgn dunia maya pun lain. Tapi itu tak bermakna seseorg itu berpura2, cuma ia mcm satu sisi lain yg berbeza, kdg2 bergntg pda keadaan dan org yg kita berinteraksi dengannya.

Thanks a lot am, selalu berkongsi pandangan dan pendapat sendiri kat sini.

Tinta Lana said...

@aizamia3

Boleh je share kan kak, cuma pastikan dulu sahih ke tidak. :)

Tinta Lana said...

@caliph shuriken

Aah..ternanti juga apa cerita seterusnya,hehehe

Detective Fiqa said...

sekarang teruk kan. banyak benda buruk berlaku huhuhu

APAN said...

kalau dlm blogging, mungkin mengejar SEO mungkin

Powered by Blogger.