Manage Your Finances

Assalamualaikum.

Saya kurang mahir dalam menguruskan kewangan sendiri. Masih tergagap lagi.

Bila dibelek2 jadual kewangan sendiri..duit banyak mengalir pada... Perut, hahahaaduyaii.
Bak kata ibunda saya, "ko ni kak long..makan nak yang sedap saja" (T__T)

Urmm..itulah cara saya reward diri sendiri, hihihi
Kadang2 setiap sebulan dua, beberapa bahan bacaan baru akan dibeli.

Secara ringkasnya, melalui pembacaan saya, ramai yang menguruskan kewangan dengan cara:
1. Dapat saja gaji, terus bayar bil, hutang piutang, bayaran bulanan etc.
2. Simpan sedikit di bank.
3. Beli barang keperluan rumah.
4. Bersedekah, membuat pelaburan, pembayaran insurans, dan sediakan dana kecemasan.

Selalunya dah selesai perkara2 diatas ini, baru fikir untuk memberi ganjaran pada diri sendiri.

Sekarang ini, saya cuba buat tabung yang saya beri nama 'KEMBARA'.
Idea ini saya perolehi dari ahli group Malaysian Backpackers Club.
Sehari simpan seringgit, set target (destinasi). Agak dah cukup, guna duit itu untuk melancong.

Anda bagaimana??

Pengurusan kewangan, manage your finances, bagaimana menguruskan duit, uruskan duit gaji, cara simpan duit,
Image by SylviaDalberg

Comments

ewanthology said…
yg penting masa dapat gaji ialah bayar hutang dulu, klu nak enjoy saya selalunya tunggu duit bonus :-)
Akak ni nama jer kerja accounts.. tapi kat lana.. bab budget memang kantoi... kantoi di sebabkan ikut nafsu makan n bisikan setan utk kehendak2 yg ntah apa2 sebenarnya ...

Nak di jdikan azam baru pun akak tak confident kekekekeke..

Nong andy
ary_lee said…
Bila bercakap tentang Finance, memang panjang lebar lah nampaknya. Hohoho. Terus terang ary katakan, meskipun ary graduate dalam bidang akaun, im not so good in managing my personal finance.

Kenapa ary katakan yang ary tak bijak dalam menguruskan kewangan ary? Sejak 5 bulan ary bekerja, 3bulan terawal, ary menghadapi defisit. Tapi defisit itu mula bertukar menjadi 'surplus' pada bulan ke-4 bekerja apabila ary mula dapat adapt cara berbelanja mengikut kemampuan.

Kalau Lana banyak habis kan duit pada makan, ary pula banyak habis pada kereta sebab ary suka travel. So, untuk overcome this problem, ary tak pakai aircond dan buka tingkap. Ini sedikit sebanyak membantu ary dalam mengurangkan perbelanjaan atas minyak. *lepas ni nak pakai basikal. GagagagaXD

Selalunya, after dapat gaji, ary akan bayar dulu semua perkara yang sepatutnya, simpan di bank dan lebih, baru lah buat belanja. Reward untuk diri sendiri? As kebanyakan barang yang ary nak adalah mahal, ary hanya reward diri ary setiap 6bulan. Macam 'bonus' lah jugak :-P

Banyak lagi sebenarnya nak taip. Tapi macam dah panjang sangat je. HahahaXD
Btw, tajuk buku yang lana tanya tu - Tiket Ke Neraka. And yes,indeed, i'm heartbroken rite now, Lana.
Tatatititutu^^
Chic Na said…
sama la kita Lana.. banyak habis ke makan.. hehe.. tp yg bezanya mama cikna selalu pesan "jangan kedekut utk beli makanan sedap2".. kekeke..
khairulsyarafi said…
samalah kita... duit habis kat perut ja! :D nak mkn sedap2?...mestilahkan perut kita :)
Unknown said…
cadangan yang bagus! (Y)
tapikan. macam pensil ni nak simpan seringit pun susah. tapi selalunya simpan syling. klau balik dari kedai ka apa, dapat saja syiling memang pensil akan masukkan dalam tabung. mcmtulah pensil simpan duit.
sekarang pensil dah mula bekerja, tapi gaji belum dapat. hehe. nampaknya pensil pun kena mula "tabung kembara" ;D
Anonymous said…
Salam lanaku...

Akak belanja je duit yg ada...kata ustaz,duit yg kita simpan itu belum tentu jd hak kita,jd belanjakan aja,paling penting menabung utk akhirat...cuma itu saja yg kita punya sebenar2nya...rezeki kemudian itu,in sya Allah asalkan kita berusaha...kdg2 rezeki yg kita tk sangka,misalnya diri akak sendiri,tk pernah menyangka akan miliki ruma dn kerata yg dibayar tunai....entah apalah kebaikan yg akak buat,akakpun tk tahu sehingga akak menerima anugerah dr Allah yg begitu..tp bg akak,ia bukan milik kekal sbb akan ditinggalkan jua akhirnya...
Gee Lion said…
dahulukan simpanan, baru settle yg lain. (:

tapi KEMBARA tu apa?
Tinta Lana said…
@ewanthology

Ok, thank you abgiwan. Lupa plak saya ttg bonus :)
Tinta Lana said…
@Genre Dari Langit

hahaha, selalunya mmg mcmtula kan kak. Walaupun kita kerja dan belajar dlm suatu bahagian, tapi kita sendiri kurg amalkan apa yg kita kerjakan dan belajar tu,hehe
Tinta Lana said…
@ary_lee

Lana sayang sangat ary..hahaha. Biar panjang, lana suka. Ary..lana kena google bila ary duk sebut defisit n surplus,hahaha. Selalu dengar, tapi kurg memahaminya.

Ok, macam lana, 3 bulan pertama kerja, biasanya lana tak menyimpan. Fokus lana, bayar duit untuk rumh sewa, kereta, dan bab makan pun lana kurgkan. Selepas 3 bulan itu, lana tengok baki, kalau banyak, mostly lana terus simpan sebanyak yg boleh dalam bank. Dengan tinggalkan sedikit baki smntra tunggu next gaji.

Bab kereta, lana memg dah lama amalkan apa yg ary tulis. Mmg banyak penjimatan. :)

Oic..setiap 6 bulan sekali? Ok juga. Macam lana, lana tak tahu nak reward apa sbnrnya..coz, i'm not a person yang suka beli barang2,gadget,any items. Jenis suka duk rumah, berangan,hahaha

Ok, thank you for answering my question,hahaha. Remember this, beri masa untuk diri sendiri :) jangan paksa diri untuk menerima semuanya..learn to blend ur emotion dgn keadaan sekeliling..percayalah, dalam apa jua keadaan, hidup kita jauh lebih senang berbanding dgn org yg kurg bernasib baik :)
Tinta Lana said…
@Khairulsyarafi

Siapa yang tak nak makan sedap2 kan fie?hahaha
Tinta Lana said…
@Cik Pensil

Akak pun suka simpan syiling! hehehe, seronok tgk balang penuh, walaupun bila kira sbnrnya tak banyak mana,hahaha

Wahh, adik kita dah start bekerja rupanya, tahniah! Jom, kita sama2 mulakan tabung kembara?hehehe >_<
Tinta Lana said…
@Wirda Amir

Seronoknya hati bila baca apa yang kak wirda tulis ni.. Akak, terima kasih sebab banyak memberi input, kata2 yang positif dan yang menyedarkan saya..

Masih muda (muda ke?hehe) dalam melayari hidup..banyak perkara yg kdg2 saya terlupa, terlepas pandang, dan terlantang..

Saya pula masih berusaha membayar hutang2 yang ada..tpi alhamdulillah, hidup kami bukan mudah, tapi tak pernah susah..
Tinta Lana said…
@Gee Lion

Thank you gee..

Oh, kembara..aaa, mengembara, or menjelajah. Mungkin paling dekat, melancong. Tapi melancong itu..bagi lana sekadar bercuti.

Lana nak kembara..nak tgk
kehidupan manusia kat tempat lain. Apa yg diorg buat untuk teruskan hidup, apa diorg makan, macamana budaya mereka, benda2 mcmtulah,hehehe
Cik Azz said…
Selalunya orang yang belajar bidang akaun ni memang sukar nak kawal kewangan sendiri.. Ni akak tengok dari kalangan orang yang terdekat.. Mungkin sebab dorang rasa itu bidang dorang, maka dorang ambil mudah..

Akak pulak memang dari kecik dah diajar menabung.. Kami dulu orang susah.. jadi, bab makan dan barangan peribadi tu ikut mana yang ada je.. Bila dah kerja, budaya suka menyimpan tu akak kekalkan.. Lepas tu dapat pulak kawan2 yang ikut sama jenis yang suka menabung.. Tak dapat simpan banyak, dapat simpan sikitpun jadi la.. Bila tak menyimpan ni, rasa macam kehilangan sesuatu je.. hehh..

Tapi sekarang ni dah tak kerja, jadi makin ketat la bajet.. huhu..

Lagi satu, bila dapat menderma atau menyumbang walaupun sedikit, hati rasa puas dan terasa ingin menyumbang lagi.. Tapi ini semua bergantung pada rezeki kewangan yang ada jugak, kan..

Cuma, bab melancong tu memang takde dalam list akak la.. Memang takde buat bajet untuk ke arah itu.. Paling2 pun pergi PD je.. hehehe..
Cik Azz said…
Lagi satu, lupa nak cakap.. haha..

Bab makan ni akak tak suka makan yang mahal2.. Pada akak, asal sedap dan kena dengan selera, itu dah memadai.. Maklum la, orang kampung, makan apa yang ada je..

Makan mahal2, kat tempat mahal2, akhirnya kena membuang jugak, kan...

Muahahahahahaha...... tettt...
Sop said…
pengurusan kewangan Sop pun out
mmg susah nak menyimpan.. huhuh
nurdani said…
saya dulu ada masalah menabung. teruja sangat dengan kehendak sampai abai keperluan
Unknown said…
sy selalu kalau bab ni, mmg cerewet sikit.. mmg ada peruntukan utk itu ini.. bab makan? sy ni tak byk makan.. smpai kawan pernah ckp.. siapa kahwin dgn sy boleh jimat beras. haha! shopping pun kurang.. cuma kalau bab novel tu.. susah nak ckp.. time ada duit lebih baru boleh masuk bookstore.. kalau tak nanti menangis.. huhu.. ini ckp org yg tak kerja lagi lah.. dh kerja nnti baru boleh rujuk balik soalan ni.. eh.. hehe.. tp yg sy selalu amalkan dari kecik.. lebih duit hari ini, simpan terus dalam tabung. sebab tu kalau kt hostel, suka peruntukan berapa ringgit sehari.. lebih tu simpan terus. takleh pakai utk hari esok.. dah kumpul byk2 nanti boleh guna utk reward diri sendiri plak. :D
Unknown said…
Nak berjalan mana Lana? Am pergi Kemboja haritu 4 hari 3 malam termasuk makan minum, hotel, kenderaan dan beli souvenir cuma 120 USD tak termasuk flight ticket.

Asia Tenggara cantik untuk diterokai dan murah. Am plan untuk satu hari nnti pergi Donsol dekat Filipina. Dekat situ ada satu pantai dimana probability untuk kita berenang dengan ikan paus adalah hampir 100%. Best.

Dah ramai sangat yang komen pasal financing jadi better untuk bagi komen tentang benda yang am tau. :)
miss yatie said…
akak pun mcm tu, setel bil dan barang rumah..yg lebih baru fikir untuk kegunaan apalg..yg pasti setiap bulan pun akak akan beli bahan untuk minda dan pengetahuan...
Fiza Aizzawa said…
Fiza bab makan mmg kene utamakan dulu.. hehe.. hutang2 pun jgn lupe byr..
Vee said…
duit saya , saya bahagikan kepada 3 akaun . sedikit cash in hand utk keperluan semasa . saya mmg suka simpan duit . saya juga suka simpan duit rm5 sebab nampak cantik tapi selalunya akan jadi duit raya utk anak buah .
Teena Tna said…
Hmm. Saya belum ada gaji lagi. Tapi tiba-tiba terasa nak simpan duit untuk masa depan. Lebih jelas lagi untuk perkahwinan. Hehe.
CD said…
masa aku gi kursus kahwin, ustaz ckp, 70% untuk byr segala mak nenek bil, sara hidup dan keperluan. 30% tu simpan. actually formula 70-20-10.
tapi 10% tu kemahuan. kalo boleh saving lagi cantik cun melecun..
NasQ said…
walaupun dah pergi kursus kewangan, tapi still rasa malas nak ikut dan belanja ikut suka hati...huhu
Hazmin Hamudin said…
Memang kena bayar hutang dulu duit gaji tu. Ada balance baru boleh guna untuk benda lain.
||aLeaSaRa|| said…
as-salam lana yang comel,rindulah nak sembang2.apa khabar sihat tak?

owh kak lea pun selalu lepaskan bayar ansuran bulanan,supaya tak serabutkan otak he3.

bulan ni kena buat lagi sekalilah sistem duit sampul.tahun ni sesak sikit sebab tiga2 anak sekolah,banyak kos khas untuk pendidikan huhu

Anonymous said…
Salam lana..

Singgah sini,akakpun ada hutang juga lana,akak anggap segala bil adalah hutang,jd akak juga berhutang....hahaha...akakpun tak senang tp tidak juga susah,yg penting kita bersyukur,memang kita bekerja dn berusaha,hakikatnya rezeki itu dtgnya dari Allah....kena ingat itu sentiasa....
BungaTulip said…
selalu saya akan bayar segala yang perlu dulu. ada lebih akan di simpan dan ambil sedikit untuk belanja harian.

menyimpan itu perlu tapi terkadang saya pun tidak disiplin jugak..ehe

Memula gaji je buat simpanan..tapi akhirnya sebelum gaji bulan berikutnya duit simpanan itu yang saya kacau. adoyai..bila ntah nak banyak duit simpanan tu
Unknown said…
Salam lana
nak penyimpan...memang kene ada displin yang tinggi...x bole mis, klu mis..the next month kita sakit sikit...sebab kene simpan double....jadi kene focus...simpan target.....usaha.....dan dok diam2 jer dulu....lepas tu...lana tau apa langkah lana seterusnya....hehehe...
azie pulak....dah bayar hutang semua....ok cun ! tengok saving ok cun....3 bulan kemudian...shopping atau travel...pilih salah satu...jgn buat dua2 sekali...nanti syahid....
Tinta Lana said…
@~ Cik Azz ~

Akak..saya pulak..dari kecik memg tak diajar menabung,hahaha, tpi pesan mak suruh berjimat tu memang ada.

Biasanya, bila ada duit syiling lebihan dari beli apa2, yang tu saya masukkan dalam tabung, sedar tak sedar dah banyak. Pastu simpan dan kumpulkan sekali dengan duit raya, hjg thun baru masuk bank,hehehe

Pasal tabung kembara tu, saya memg ada fikir..cuma bila baca yg dalam grup Malaysian Backpackers tu, tertarik plak saya dgn cara msing2 kumpul bajet untuk pi melancong. Seronok plak ^_^
Tinta Lana said…
@~ Cik Azz ~

hahaha, sama la, saya makan asal sedap. Sebab tu la mak saya perli2 macamtu.

Makcik saya plak pernah ckp, ko ni tolak batu dgn kayu je,hahaha
Tinta Lana said…
@Sop

Mmg susah skit bila tak mulakan dari awal,huhu
Tinta Lana said…
@nurdani

Sekarang dah boleh menabung la ya,hehe. Duit kan..sukar simpan, senang dihabiskan.
Tinta Lana said…
@aisya

Ohohoh, sebelum ini pun, lana susah nak kawal perbelanjaan untuk dua perkara ni, makanan dgn buku/novel. Tapi skrg, tang buku dah boleh kawal. Dah tetapkan bila ada pesta/karnival je boleh beli. Sebelum pesta berlangsung, list dulu apa nak dibeli.

Bab makan sampai skrg..fail,ekekeke

Thanks aisya for sharing your story..^_^
Tinta Lana said…
@Arham Md Ali

Dalam RM400 jugak la tu kan?

Yup, agree. Lana pun target negara2 berhampiran je dulu. Memang banyak tempat cantik sbnrnya. Oh, am nak pergi Donsol? 1st time lana tahu psl tmpt ni,hahaha. Lana teringin nak pergi Halong Bay am, oh ya, satu lgi, gua terbesar (ada dalam entry sblm ni).

Pa2 hal, nak sampai Gua Niah dulu,hehehe.
Tinta Lana said…
@KY Atie

Alhamdulillah..tak rugi melabur untuk 'makanan' minda ni kan kak atie..

Pernah saya baca, nak lambatkan proses nyanyuk, banyakkan membaca..insyaAllah..
Tinta Lana said…
@Hafiza AizZawa

Yes, hutang dengan bil, jangan lupa bayar..hutang ptptn.. T__T
Tinta Lana said…
@Vee

Kak Vee.. 3 akaun itu..boleh akak describe pembahagian macamana tu?
Tinta Lana said…
@Teena Tna

Bagus2, dah ada niat tu, eloklah menyimpan dari skrg teena,hehehe
Tinta Lana said…
@Nurul Farahizzati

Kenapa time aku pi kursus, ustaz tak habaq pun..ahahaha

Ok, thanks share formula tu.
Tinta Lana said…
@Hazmin Hamudin

Betul. Tapi lebih baik kalau boleh menyimpan balance tu kan..kalau takda benda penting nak beli, saving is much better.
Tinta Lana said…
@||aLeaSaRa||

Wa'alaikumusalam kak lea yang lagi comel kuasa ganda lima,hehehe >_< Alhamdulillah, sihat dan sangat sihat. Sakit kecil2 tu biasalah ^_^

Oh..sebut pasal anak2..pasti kena lebih bijak menguruskan duit, lagi2 kalau semuanya bersekolah.

Sistem duit sampul? Macamana tu kak lea..menarik bunyinya.
Tinta Lana said…
@Wirda Amir

Wa'alaikumusalam.. baik kak..hehe. Akak, bila saya toleh hari2 yg dah dilalui..kdg2 rezeki tu selalu dtg dari sumber yg saya tak jangka..
Tinta Lana said…
@BungaTulip

hahaha, geli hati lana..lana faham BT.. kita awal2 tu kemain bersemangat nak simpan. Last2, usik juga yg simpanan tu ya.

Kdg2 lana saja selit2 duit kat poket kecil dlm dompet, konon nak guna masa2 kecemasan la.. dan2 je, tak sempat nak cemas, dah habis duit tu,ekekeke
Tinta Lana said…
@Azie Namico

Wa'alaikumusalam. Dok diam2 tu yg berat bagi kebanyakan org azie..rsa mcm cacing kepanasan,hahaha

Oh..cara azie pun best juga ya.. 3bulan skali, pilih antara shopping or gi travel ya.

Amboi, boleh syahid dibuatnya,hahaha. Selang seli antara shopping dgn travel pun ok juga kan ^^
APAN said…
wow...nak kemana tuh sis?
shamyheart said…
wah, bagus tu. saya pun tengah merancang bersungguh-sungguh untuk kumpul dan simpan duit mulai tahun ini. azam tahun baru. Hehe~
caliph shuriken said…
yg ni laa klau bca skali imbas bunyi mcm manage ur fiance/fiancee, hukk...
QasehnyaRania said…
sy ada buat sehari seringgit ni. tapi utk anak la. sbb masa mula kawin dulu ada mmber baik yg gtau. ads mkcik ni bgtau mula menabung sehari singgit. kalau rasa berat simpan je la RM30 terus sbulan. kalau rezeki anak awal alhamdulillah, kalau rezeki anak lewat. sndiri kira. hihi.

kalau sorang dah tiga ploh hengget, dua org dh brapa kan. nak nak mcm ciksu ni dh 6 tahun kawin.
Lynn Damya said…
Hmmm..persoalan yg bagus, reward kpd diri sendiri kan, aku rasa tiap2 bulan reward tu aku sekalikan dgn reward utk parents aku sekali...xmahal..cuma malam2 kami akan pergi bersantai2 tepi laut kat Jb tu, or pergi mana2 yg santai...kat kedai makan pun boleh...dan berbual, bergurau serta ketawa je lah dgn bersungguh2....er.. buat mcm kedai tu kita punya, org xpandang serong sgt sbb kite dgn parents, hahaha...

aku pun nk simpan duit lah, nak melancong..jommm ! :D

Popular Posts