Dari Alam Angker
Assalamualaikum.
Sekarang saya mengumpul komik Gempak Starz - Dari Alam Angker (D.A.A). Komik D.A.A ni semua dalam tema yg sama - seram. Tapi tak seram mana pun, nama pun komik kan,hehe.
Saya rekomenkan karya Nizam Bachok ni. Sebagai Pemenang Anugerah PeKOMIK Siri Mini Komik Terbaik 2009 & Illustrator Manual/Digital Terbaik 2011, memang tak mengecewakan. Dari segi jalan ceritanya tu, relate sangat dengan amalan ilmu sihir, ilmu hitam dikalangan orang Melayu.
Antara Seringai Malam dengan Warisan Puaka, saya prefer Warisan Puaka. Sebab mesej yang ingin disampaikan tu lebih jelas dan ada banyak tajuk menarik dalam Warisan Puaka, antaranya Orang Minyak, Susuk, Toyol dan Anak Patung Manisah.
Karya dari Oga, Core, Puyuh dan Kash tidak kurang menariknya.
Dari Oga, bertajuk Mamai, memang best lah lukisannya. Riak muka watak2 tu, yang mana ketakutan, gelisah, gelabah, semua menjadilah. Lukisan hantunya pun, seram woo, hoho.
Komik Peri Puaka pula karya Core dan Puyuh. Yang ni lain sikit dari 4 komik yang saya ada ni. Pertama, sebab ia berwarna. Keduanya, makhluk2 angker dalam komik ni, memang pelik2. Macam alien. Paling geli, cerita bertajuk Insatiable Appetite,wheww.
Akhir sekali, Panggilan Kubur karya Kash. Sesuailah dengan tajuknya, kebanyakan cerita ada kaitan dengan panggilan dari yang telah ke alam kematian. Apapun, semua ini sebagai hiburan. Kita sediamaklum, bukan kita sahaja yang menghuni dunia fana ni, ada pelbagai lagi makhluk ciptaanNYA selain kita.
Comments
Memang SANGAT bukan taste ary. HahahaXD
Tak pernah baca walaupun "Dari Alam Angker" sangat sinonim di kalangan pembaca komik tegar macam ary.
Scary lah, Lana = ="
Dulu suka baca gila-gila.. Tu yang pe'el kadang-kadang jadi gila-gila jugak.. kikiki...
Takut nak baca yang seram-seram ni.. hehe..
hahahah, yup, ada yg memg scary hantu yg dia lukis tu ary, lana pun tak tgk lama2, baca skripnya je,hahaha
Dulu lana takda duit nak beli komik2 mcmni.. tu yg duk pulun beli apa yg tak mampu beli dulu,hohoho
Sempat gak saya menelaah Gila2 n Ujang dulu kak, itupun bila balik kekampung sbb pakcik saya sorg tu suka beli dua majalah tu.
Kak, tgh musim ni kak, skrg ni sya duk ralit kumpul cerita seram..napa ntah,hehe
Masa dulu, saya hanya mampu pinjam je komik anak2 sidek tu helmi, pernah beli pun 2,3 siri je.
Nama2 kampung tu memg real la maknanya.
Ooh..lana baru nak try baca komik jenis mcmni yus,hehe
Aku baca entri ko je, tang gambar aku terpaksa skip..buat masa ni xleh sangat nak baca komik seram.bahaya..ehehe..cumanya husband dok ajak baca cite dragon ball. kemain banyak koleksi dia. aku pun dah terjebak sama layan komik
Jemput singgah ke blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)
hahaha, faham sgt2, dulu ada masalah serupa gak bila baca komik, taktau turutannya tu mcamana.
Terutama Panggilan Kubur, saya pun tak tenung lama2,huhu
Wa'alaikumusalam.
Ya, dengan condition ko skrg ni. Maaf kalau ia agak mengganggu. Wow, aku sndiri tak pernh bca lgi komik dragon ball,haha, takat tgk citer pernah la msa zaman sekolah.
Doraemon..ang ang ang,toteimodaisuki,doraeemoonn,hehe
Agree. Saya peminat Zint juga. Saya start kumpul komik Gempak Starz pun lepas adik perkenalkan komik Zint 'Bodyguard' tu. Aksi+Lawak.
Detective Conan kompem belikan?hik3 >_<
nizam bachok stail rotoscope dia mmg power...minat gak dia.
#dulu time kanak2 ribena suka baca detektif hantu... jalan cerita dia best
Lawak kampus dah banyak siri kan mime.
Haritu pi bookfair, lau tak silap la, lawak kampus dah dibukukan jadi satu, tebal ooo, dgn hard cover lagi.
Rotoscope?
Serius best, mula2 aku baca Warisan Puaka Nizam Bachok tu la..dua kali ulang. Jalan cerita dgn stail dia menarik.
Ya ke..ak pernah gak apan beli komik utopia.. tak ingt plak ada siri ni..
Dua2 tu ak rasa ada lagi..cuma dah terevolusi..hehe
Agree..walaupun Peri Puaka tu 1st komik dia yg aku ada, tpi tula kopi..terlalu detail..ada certain part dlm komik tu,buat ak rasa geli geleman plak,hoho
Maaf lambat reply. Koleksi yang saya ada ini saya perolehi dari kedai buku MPH.
Jadi, saudara/i boleh cuba cari disana, good luck. :)