Untuk kau
Lately ini, ada seorang kenalan, agak lama saya tidak berhubung dengannya.
Dia akan jenguk sini, setiap kali dia update blognya.
Dia memang tidak aktif, cuma setelah mula membina rumahtangga lebih setahun yang lalu, dia kembali menulis semula.
Alhamdulillah, dia juga baru menimang cahaya mata.
Ada satu entry barunya yang menarik minat saya.
Kisah hidupnya menjadi surirumah sepenuh masa.
Dia zahirkan rasa terkilan dengan kata2 org sekeliling, "belajar tinggi2, akhirnya jadi suri rumah juga". Ada juga dia suarakan cemburu dengan apa yang rakan2 lain lalui - bergaji, berseronok kesana-sini.
Hidup aku pun tak indah mana.. kdg2 aku sedih, menyesal dengan jalan yang dipilih. Tapi aku tahu, setiap yang berlaku ada sebab dan hikmahnya.
Jangan meratapi diri. Percaya gerak hati, penghujungnya ada sinar menanti.
Comments
mungkin sbb banyak cakap belakang,buatkan otak dan hati kita terusik..,mcm hasutan syaitan la juga ..hati2 dengan hati..
owh ye, tentang kenalan kau tu, harap dia tak terkilan sangat dgn jalan yg dia pilih..masing2 ade suka duka dan jalan cerita masing2...cakap2 orang sekeliling tu mmg ade je even kita buat apa sekalipun, mcm aku ni belum kahwin lagi, tahu pulak diorg sibuk tanya bila nak kawin, bila nak kawin..cuba klw aku dah kawin, confirm akan ckp aku sia2 belajar tggi2 pun jd bini org dan surirumah jugak...so just chill selagi boleh..hehe
awat lana? kenapa dikau berduka?
Fokus je dengan apa yang ada sekarang.. walaupun tak bekerja dan jadi surirumah tapi tetap boleh buat sesuatu (bisness online mungkin).. Orang hanya pandai berkata-kata tapi mereka tak lalui apa kita rasa.. 'yang susah kita.. yang senang pun kita..'
psstt: Akak pun kalau boleh nak jadi surirumah tapi masih belum tiba waktu itu..
it's okay :')
bersyukurlah kepada Allah jua. itu kan lebih baek...
kan lana.
Aku kalau di bagi pilihan mahu rasanya duduk jadi suri rumah tumpukan sepenuh perhatian pada keluarga biar anak2 kelak membesar depan mata..tak semestinya yang bekerja itu bahagia. Namun rezeki itu masing2 kan. Kadang kita kurang dari segi kewangan tapi kita dilebihkan dari segi yang lain..
buat kawan lana..bersabarlah, kadang orang-orang sekeliling yang menekan..biarkan saja. sebab bahagia/derita itu kamu yang rasa. dapat menjaga anak dengan tangan sendiri pun satu kepuasan kan..
moga kita menjadi hambaNya yg pandai bersyukur dgn nikmat yg tak terhitung berbanding ujian yg begitu sedikit....
hidup tak seindah mana?sedih dn kesal..bykkan beristighfar ye sygku lana....insyaAllah,ada jln keluarnya....
Mulut orang memang tak boleh tutp sebab tak kena diri dan kaum kerabat sendiri...
Salam ziah hujung minggu dari bunda...
even kena kerja sekali pun, untuk tolong suami d zaman payah sekarang ni.
kalau aku senang, aku soh bakal bini aku dok umah je nanti. koya...
I hope she's reading this.. ^_^